Backpackers 101 – Tips Digital Untuk Trip Selamat

March 15, 2023

Pelancongan


“Eh Haziq, 2 hari lagi nak gi Thailand. Aku rasa aku dah bawak semua benda dalam beg ni. Apa lagi eh yang nak kena bawa?” Tanya Danial kepada Haziq yang merupakan backpackers tegar. 

Ilustrasi  menunjukkan 2 orang backpackers yang sedang melihat peta

Mungkin kalau tengok balik segala barang yang dibawa, dah lengkap. Dah check, dah kira, dah tick semua yang ada dalam list. Tapi anda betul-betul pasti ke?  Itu baru checklist fizikal. 

Anda pun kena ada list baru yang fokus hanya untuk aplikasi-aplikasi yang diperlukan sepanjang perjalanan backpacking anda. Daripada pengurusan kewangan, penerbangan, dan macam-macam lagi. Tapi sebelum tahu tentang aplikasi-aplikasi yang penting, mesti anda nak tahu tips umum berkaitan backpacking juga kan? 

TIPS NAK JADI BACKPACKER YANG SERBA SEDIA

Jadi ini 5 tips backpacking yang yang perlu anda tahu untuk sentiasa berjaga-jaga dan bersedia bagi sebarang kemungkinan.

#1 Jadi backpacker yang minimalist

Ilustrasi  menunjukkan seorang pemuda yang sedang backpacking

Jangan bawa banyak-banyak barang tau! Sebab inilah kesilapan yang selalu orang lakukan. Pastikan apa yang anda bawa itu sememangnya barang yang anda betul-betul perlukan.  Anda akan galas beg anda ni di mana je anda berada, jadi baik kurangkan berat dana bawa barang penting je. Untuk checklist yang lengkap, anda boleh baca artikel INI

#2 Peneman yang berpengalaman

Ilustrasi  menunjukkan 2 orang rakan yang sedang menggalas beg

Kalau anda bergerak solo dan sukakan cabaran, anda terkecuali. Tapi kalau ini adalah kali pertama anda jadi backpacker dan anda ingin bergerak dengan rakan anda, maka carilah rakan yang berpengalaman.

Bukanlah apa, jauh perjalanan luas pengetahuan. Peribahasa ni betul tau. Pengalaman ni mahal, boleh menyelamatkan anda daripada terkena scam dan membuat kesalahan.

#3 Makan street food!

Ilustrasi  menunjukkan seorang wanita yang sedang memesan makanan

Jaranglah dengar backpackers pergi melancong makan fine dining. Selalunya akan makan makanan jalanan yang sebenarnya lagi best dan boleh kenal budaya setempat dengan lebih dalam. Makanan yang jarang anda temukan dan juga paling penting, murah. Tak perlulah bajet yang tinggi. Untuk elak sepanjang perjalanan singgah akan asyik ke tandas sahaja, amati perkara di bawah:

  • Ramai tak? Biasanya kalau ramai, ada pelanggan yang selalu datang. Lagi ramai lagi fresh makanan yang dijual.
  • Kalau ada open kitchen lagi bagus, tengok macam mana makanan tu dimasak, bersih ke tak tempat masak tu? 
  • Barang basah disimpan tempat khas dalam bekas polisteren (dan sebagainya) atau terdedah?
  • Bersih tak sudu, garpu, chopstick dan sebagainya?

Kalau yakin kesemua di atas baru boleh cuba okay! Kalau tak, pergi je kedai runcit macam 7-Eleven dan beli makanan di situ. 

#4 Bawa kamera, headlamp dan botol

Ilustrasi menunjukkan sebuah kamera, headlamp dan botol air
  • Botol: Paling penting, bawa botol anda sentiasa. Anda boleh jimatkan wang dan kurangkan pencemaran. 
  • Kamera: mestilah untuk anda rakam momen-momen indah ketika anda ke sana. Kadang-kadang kita tak tahu bila kita akan jejak lagi ke tempat sedemikian kan?
  • Headlamp: ini penting juga sebab senang untuk pakai dan untuk kecemasan sekiranya anda lalu di kawasan gelap.

Ilustrasi  menunjukkan gambar-gambar beg untuk backpacking.

#5 Pastikan Beg Anda Sesuai

Beg anda mesti kena kalis air! Bayangkan kalau beg anda berfabrikkan kain. Oh no! Mesti basah nanti kalau lalu di kawasan hujan. Satu lagi! Jangan lupa untuk sentiasa perhatikan beg anda. Takut dicuri orang!

OKAY DAH DAPAT 5 TIPS KAN? JOM TAHU 5 APLIKASI YANG BOLEH MEMBANTU PULA!

4 Kategori Aplikasi Bantu Mudahkan Trip Backpacking Anda! 

#1 Rancang Perjalanan 

Ikon-ikon menunjukkan logo-logo aplikasi perancangan perjalanan. Kredit logo jenama masing-masing. 
  • Maps.me – Aplikasi peta paling popular di kalangan backpackers. Pilih destinasi, muat turun peta untuk gunakan offline bila tiba di destinasi, pin lokasi-lokasi yang ingin dituju di peta yang dimuat turun. Antara tips popular, pin lokasi penginapan. Jadi dah penat berjalan dan nak balik rehat, anda cuma buka peta dan tekan pin untuk dapatkan arahan pulang ke lokasi penginapan dari mana saja anda berada di kawasan peta tersebut.
  • Layari/muat turun di: Laman Web | Android | iOS
  • GPSmyCITY – Tak pasti nak pergi mana dan nak jimat kos? Muat turun aplikasi ini untuk lokasi yang menarik dan cipta tour and sendiri. Kalau nak tahu macam mana nak jadi Tourist Guide sendiri? Baca artikel – Melancong Dengan Tourist Guide Sendiri.
  • Layari/muat turun di: Laman Web | Android | iOS
  • Skyscanner – Semak harga harga penerbangan untuk tarikh yang berbeza. Pilih untuk keseluruhan bulan untuk mendapatkan perbandingan kos. Tak sure nak pergi mana? Guna carian  ‘di mana-mana‘ mereka untuk membantu anda membuat keputusan! Nak tahu tips pilih flight paling murah, anda boleh semak di SINI.
  • Muat turun di: Android | iOS
  • Pengangkutan – Ada 3 aplikasi pengangkutan yang popular digunakan backpacker untuk tujuan yang sedikit berbeza dari satu sama lain. Rome2rio bolehkan anda buat carian flight, bas, feri, train dari point A ke point B dari seluruh dunia. Bookaway pula bagus untuk carian pengangkutan darat dan Omio sesuai untuk mencari pengangkutan di benua Eropah. 
  • Layari/muat turun: 

#2 Penginapan

Ikon-ikon menunjukkan logo-logo aplikasi penginapan. Kredit logo jenama masing-masing. 
  • Booking.com – Bukan untuk trip pelancongan je, nak backpacking pun boleh guna app ni. Paling best boleh batal tempahan secara percuma, paling lambat 12 jam sebelum masa check-in. Senang bila nak tukar plan.
  • Hostelworld – Aplikasi paling top bila nak jimat dan boleh baca review backpackers yang lain sebelum tempah.
  • Couchsurfing – Duduk rumah orang bila backpacking dengan percuma? Boleh dengan aplikasi ini. Jimat kos penginapan dan boleh selami budaya tempatan dengan lebih dekat!
  • Layari/muat turun: 

#3 Belanjawan Perjalanan

Ikon-ikon menunjukkan logo-logo aplikasi perancang kewangan. Kredit logo jenama masing-masing. 
  • Travel Spend – Penjejak perbelanjaan terbaik anda. Boleh check balik berapa dah anda keluarkan duit dan baki bajet anda. Siap ada statistik ya. 
  • Splitwise – Mudah bila travel dengan member. Senang nak kira siapa bayar berapa dan siapa hutang siapa. Tak adalah penang nanti. 
  • Wise & BigPay – Tak perlu akaun bank. Boleh je pakai aplikasi ini untuk transaksi.
  • Muat turun:

Boleh buat pilihan mana satu yang paling praktikal untuk anda!

#4 Storan dan Mengedit Gambar

Ikon-ikon menunjukkan logo Google Photos, Lightroom, Snapseed, VN & Capcut. Kredit logo jenama masing-masing.
  • Google Photos – Tak payah pening nak backup gambar, muat turun je aplikasi ini dan automasikan proses. Kalau banyak sangat gambar, belilah plan yang disarankan.
  • Lightroom & Snapseed – Jalan jauh-jauh tapi kadang cuaca dan lighting tak memberangsangkan. Tapi enhance je dengan aplikasi-aplikasi tersebut.
  • Capcut & VN – Edit on-the-go dengan aplikasi yang mesra. Tak pening kepala nak edit sekaligus nanti. 
  • Muat turun:

BERKOMUNIKASI DENGAN PENDUDUK TEMPATAN & JUGA TERSAYANG

Pergi negara orang mesti nak kenal lebih dekat dengan budaya dan orang di sana. Jadi pastikan anda siap sedia dengan tools komunikasi sepert Google Translate. Anda boleh baca lebih lanjut di artikel – Ketahui ‘HIDDEN FEATURES’ Google Translate

Kadangkala ada sesetengah negara menyekat media sosial seperti Facebook dan chatting app seperti WhatsApp. Jadi anda boleh gunakan servis VPN (Virtual Private Network) untuk elakkan perkara ini berlaku dan kekal berkomunikasi dengan yang tersayang. Baca artikel – Alamat IP dan Kenapa Anda Perlu Tahu – untuk ketahui mengenai kepentingan VPN. 

BONUS – Setting jam badan dengan APP ini

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Timshifter. Kredit imej daripada aplikasi tersebut.

Dah jalan penat-penat tapi jetlag buat lagi penat. Ada satu aplikasi ini, Timeshifter,  yang digunakan oleh angkasawan dan juga pekerja syif untuk reset jam badan (circadian rythm) dengan pantas jadi perjalanan anda akan jadi lebih memuaskan bila jam badan kembali normal!

Muat turun di:  Android | iOS

PANDUAN BACKPACKING DIGITAL UNTUK RUJUKAN SEMUA!

Ilustrasi  menunjukkan seorang backpackers yang sedang melihat keindahan alam

Bukan dapat tahu aplikasi sahaja, siap tahu tips. Lepas ni, bolehlah anda yakin untuk pergi backpacking trip, walaupun solo. Jangan lupa backpackers, anda kena ada 2 checklist dah sekarang. Barang dan aplikasi. Internet memang power sebab boleh jadi teman perjalanan anda dan ini dimungkinkan dengan ketersambungan jalur lebar yang mantap!

Selamat bercuti!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content