Melancong Dengan Tourist Guide Sendiri

February 13, 2023

Pelancongan

“Kita dekat mana ni???? Eh salah ke aku baca peta kertas ni??? Tak kan la dah sesat!”. 

Sesat semasa melancong memang satu mimpi buruk. Malah berbahaya juga. Peta dah ambil dekat pusat pelancongan, nak hire pemandu pelancong banyak hal pulak, takut tak selesa dan mahal. Jadi apa solusinya? 

Guna je pemandu pelancong digital. Hampir semua industri sedang giat menggunakan pembangunan teknologi bagi memudahkan dan mempercepatkan sesuatu proses kerja. Bidang pelancongan juga tidak terlepas daripada menggunakan teknologi dalam memastikan pengalaman melancong yang lebih memuaskan. 

Ilustrasi menunjukkan perbezaan pelancong yang menggunakan aplikasi peta dan peta fizikal

Apatah lagi dengan ketersambungan jalur lebar dan teknologi 5G yang merealisasikan banyak penggunaan peranti dan aplikasi.  Kalau dulu pergi melancong nak kena tempah tourist guide, nak kena ada peta fizikal, kena ambil brosur dekat pusat pelancongan dan banyak lagi, tapi sekarang dah tak perlu. Hanya guna tourist guide atau pemandu pelancong kat telefon pintar anda. Tapi apa bendanya Digital Tourist Guide itu? Jom kita explore!

PEMANDU PELANCONG DALAM POKET

Ilustrasi menunjukkan seorang pelancong lelaki dengan peta bertanyakan arah

Digital Tourist Guide – Panduan perjalanan digital yang mempunyai ciri-ciri seperti kepakaran panduan bandar, peta, gambar dan ulasan pakar tentang tarikan dan lokasi untuk dikunjungi. Sama ada anda ingin pergi ke destinasi pelancongan yang sentiasa popular atau tersembunyi yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa pun, panduan pelancongan ini akan membantu anda sampai ke lokasi dan memberikan pengalaman yang memuaskan. 

Kenapa Anda Patut Cuba Pemandu Pelancong Digital?  

Ilustrasi menunjukkan 2 pelancong yang sedang menggunakan aplikasi peta
  1. Kuasa di tangan anda – pemandu pelancong digital akan memudahkan anda merancang perjalanan.  Ikut masa sendiri dan anda bebas untuk membuat rancangan pelancongan sendiri. 
  1. Kos efektif – Hanya muat turun ke dalam telefon dan anda dah boleh guna dan mulakan perjalanan. Berbeza kalau anda guna pemandu pelancong yang kebanyakannya perlu dibayar. Selalunya agak mahal dan kadang-kadang ada yang jenis scammers. Jadi dah boleh jimat kos untuk bayar tour guide dan gunakan untuk benda lain. 
  1. Perkongsian komuniti – kebanyakan aplikasi tour guide yang ada sekarang membenarkan pengguna untuk berkongsi review terhadap lokasi yang dikunjungi mereka. Ini satu kelebihan kepada pelancong lain kerana ada review yang authentic dan jujur daripada pelancong – pelancong seperti mereka. Kadang-kadang review yang ada di laman web yang kononnya daripada pakar adalah review dibayar. 
  1. Kepelbagaian sumber – Pelancong kini boleh akses kepada pelbagai sumber dengan kehadiran banyak aplikasi digital travel guide yang boleh dimuat turun ke telefon.  Jadi anda boleh plan perjalanan travel anda menggunakan aplikasi yang berbeza. 

Manfaat kepada Dua Pihak 

Kemudahan pemandu pelancong digital ini juga boleh dimanfaatkan kepada service provider, bukan hanya kepada pelancong. Kebanyakan aplikasi ini memberi peluang kepada pengendali hotel-hotel dan lokasi pelancongan untuk memuat naik maklumat tentang lokasi-lokasi mereka dan juga promosi yang sedang berjalan. 

Gambar menunjukkan digital travel planner. Kredit imej daripada letstravelitup. 

Berikut merupakan antara pemandu pelancong digital yang anda boleh muat turun : – 

  • Trip Advisor – boleh digunakan di dalam dan luar negara. Hampir kesemua destinasi terkenal serata dunia ada dalam aplikasi dan juga laman web ini. 
Ikon menunjukkan logo Trip Advisor
  • Voicemap – pemandu pelancong dengan bantuan audio. Mengandungi 330 destinasi serata dunia. Audio terperinci berkaitan destinasi seperti anda mempunyai pemandu pelancong fizikal. 
Ikon menunjukkan logo VoiceMap
  • GPSmyCity – mengandungi lebih daripada 1000 destinasi yang boleh diakses. Boleh diguna secara offline juga. 
Ikon menunjukkan logo GPSmyCity

MELANCONG DALAM DAN LUAR NEGARA DENGAN KETERSAMBUNGAN DI HUJUNG JARI

Ilustrasi menunjukkan seorang pasangan yang mengambil gambar di destinasi pelancongan

Pembantu pelancong digital ini akan membantu anda mendapatkan pengalaman melancong secara mandiri yang lebih menarik dan unik. Dengan liputan teknologi 5G yang semakin meluas diluar dan dalam negara, ini akan menjadi peneman setia aktiviti melancong anda. 

Sesebuah inovasi teknologi bermula daripada keperluan. Inovasi-inovasi ini dicipta bagi memudahkan perjalanan sesuatu kerja atau aktiviti. Cipta pengalaman melancong yang tidak boleh dilupakan dengan menggunakan teknologi pemandu pelancong digital ini. 

Selamat melancong!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content