Program ini memberi pendekatan literasi kepada masyarakat untuk lebih mudah memahami perkara berkenaan ketersambungan jalur lebar, maklumat digital, dan peluang daripada solusi yang telah disediakan dari pihak kerajaan.

Peluang untuk anda mempelajari dan menerokai maklumat dan juga peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan!

Antara objektif utama di dalam program ini adalah untuk merapatkan jurang dengan rakyat dengan membina masyarakat yang bermaklumat melalui penyampaian informasi secara tepat dan cepat selain memperkukuhkan ekonomi digital, memperkasa masyarakat, dan meningkatkan penggunaan jalur lebar yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.