Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

March 17, 2023

Pelancongan

“Dyna, malam ni tentative kita apa eh? Ada main board games tak?” 

“Takde pulak, berat ah nak bawa dari rumah” 

Ilustrasi  menunjukkan permainan-permainan berpapan

Eh haah betul kan, dah la banyak barang bila nak pergi staycation atau trip dengan yang tersayang. Kalau bawa board games atau card games lagilah berat. Tapi ramai tak sedar dan tahu yang sebenarnya banyak tau board games yang dah ada dalam versi digital. Tinggal kena muat turun kat peranti atau buka saja di browser laptop

6 Board & Card Games VERSI DIGITAL

#1 Teka Perkataan Dengan Charades

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Charades. Kredit imej daripada Charades.

Anda pernah main game yang teka-teka atas kepala tu tak? Kalau dulu game charade ini ditulis je atas kertas atau ada juga versi kad. Game ini pun sekarang dah ada dalam versi online tau. Tapi yang best dalam versi online ini, anda boleh pilih di bahagian ‘custom’. Anda buat pilih perkataan anda sendiri yang cuma diketahui atau familiar oleh member-member anda je. Macam inside joke gitu. Boleh main ramai-ramai dan yang paling penting, percuma!

Boleh Bermain di: Laman Web | Android | iOS

#2 Tak Hilang Dah Kad UNO! 

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Uno. Kredit imej daripada Uno.

Mesti ramai yang tahu permainan UNO ni. Ala yang kad kena disuaikan dengan warna dan juga nombor yang sama untuk setiap pemain. Kini, tak perlu risau kalau kad UNO hilang sebab dah boleh download sahaja daripada telefon atau tab/iPad!

Boleh Bermain di: Laman Web | Android | iOS

#3 Tiles Pun Confirm Tak Akan Hilang – Scrabble® Go

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Scrabble® Go. Kredit imej daripada Scrabble® Go.

Teringat zaman sekolah ataupun sewaktu di rumah, bermain Sahibba ataupun kalau dalam versi bahasa Inggeris, Scrabble. Boleh susun perkataan dan disebabkan had masanya agak singkat, maka makin mencabar dan seronok nak main. Baru ada thrill. Paling tak syok bila tiles tak cukup sebab hilang. Itu memang potong stim. Tapi tak apa, dengan versi digital, itu mustahil berlaku!

Boleh Bermain di: Laman Web | Android | iOS

#4 Game Uji Kesabaran – MONOPOLY Go

Tangkap layar menunjukkan aplikasi MONOPOLY Go. Kredit imej daripada MONOPOLY Go.

Kalau main game ini kalau tak berkelahi tak sah! Lagi-lagi dengan ahli keluarga. Tapi gaduh-gaduh manja jelah kan. Memang best bila beli hartanah, masuk jel dan paling asyik sekali, minta duit sewa dengan pemain lain. Sekarang ini tak perlu dah nak baling dadu manual dan juga pilih token fizikal, muat turun je aplikasi atau main dekat browser!

Boleh Bermain di: Laman Web | Android | iOS

#5 Dari Bayi Sampai Dah Bersara! – Game of Life 2

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Game of Life 2. Kredit imej daripada Game of Life 2.

Mungkin ada yang pernah main game ni zaman kecik-kecik dulu. Game ini bawa anda dari zaman kecil sampailah dewasa sehingga masa untuk bersara. Adaptasi game berpapan klasik ini beri anda pilihan untuk masuk kolej ataupun tak, nak kahwin ataupun tak, nak ada anak ataupun tak dan sebagainya. Siap boleh video call pemain lain semasa main juga tau. Memang seronok! Macam main simulasi hidup sendiri pulak. 

Boleh Bermain di: Android | iOS

#6 Siapa Boleh Taip Paling Laju! – TypeRacer

Ini mungkin bukan board game tapi relevan dengan skil yang semua orang gunakan sekarang iaitu menaip! Boleh la lawan siapa taip paling pantas. Boleh dinobatkan Raja atau Ratu Menaip. Siapa nak rampas gelaran kena cabar Ratu/Raja semasa.

Tangkap layar menunjukkan aplikasi TypeRacer. Kredit imej daripada TypeRacer.

Boleh Bermain di: Laman Web | Android | iOS

BONUS! MAIN CONGKAK DENGAN APPS!

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Congkak – Papan Dakon. Kredit imej daripada Congkak – Papan Dakon.

#7 Waah Congkak pun Boleh Main Online!

Bayangkan kalau anda nak bawa papan congkak yang berat tu bila anda bercuti. Memang tak lah kan. Makan ruang dan berat! Mujur ada aplikasi Congkak online ni. Seronok betul boleh man pakai apps je!

Boleh Bermain di: Android | iOS

TAK BOSAN DAH LEPAS NI KALAU PERGI STAYCATION, TRIP ATAUPUN SLUMBER PARTY

Ilustrasi menunjukkan 3 individu yang sedang bermain game dengan telefon masing-masing

Kan mudah sekarang, tak perlu mengangkut game berat-berat. Semua ada dalam telefon sekarang ini termasuklah permainan berpapan dan card game! Kat mana-mana pun boleh main dengan ketersambungan jalur lebar yang padu serta sambunag 5G yang makin meluas.

Jadi selamat bercuti sambil bermain games!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content