A problem was detected in the following Form. Submitting it could result in errors. Please contact the site administrator.
Terma & Syarat
MyDIGITAL.KKD adalah sebuah projek di bawah Kementerian Komunikasi & Digital. Oleh yang demikian, setiap kenyataan di bawah yang menyatakan berkenaan MyDIGITAL.KKD tertakluk di bawah Kementerian Komunikasi & Digital.
- Kaji selidik ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI wargakerja MyDIGITAL.KKD
- Butiran dan maklum balas hendaklah diisi di dalam ruangan tersedia di laman web MyDIGITAL.KKD (https://mydigital.kkd.gov.my) dan jawab dengan jujur.
- Setiap individu HANYA layak untuk satu entri cabutan bertuah ini.
- Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan berkomputer dan dipantau oleh juruaudit MyDIGITAL.KKD. Pemenang akan dihubungi oleh pengurus acara MyDIGITAL.KKD melalui panggilan telefon atau emel yang direkodkan di dalam sistem MyDIGITAL.KKD. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan butiran seperti nombor telefon, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat adalah terkini dan dikemaskini dengan pihak MyDIGITAL.KKD.
- Keputusan MyDIGITAL.KKD adalah muktamad dan sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
- MyDIGITAL.KKD berhak meminta pemenang mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sebelum penebusan hadiah.
- Pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. MyDIGITAL.KKD berhak menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah yang sama nilai tanpa sebarang hebahan dan pemberitahuan.
- Sekiranya pemenang dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah yang dianjurkan oleh MyDIGITAL.KKD, pemenang akan bertanggungjawab ke atas segala perbelanjaan yang timbul bagi menghadiri majlis tersebut.
- MyDIGITAL.KKD tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan terhada segala kos pengangkutan yang berkaitan dengan penebusan atau penyerahan hadiah. Apa-apa kos tambahan dan berbangkit, duti, cukai tau perbelanjaan sampingan atau caj yang dikenakan berkaitan dengan hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.