“Hari tu aku pegi Jepun ngan family, try la test power cakap ‘ohayo gozaimas’ kat awek ni. Ah sudah dia ajak aku borak Zaki. Sepatah haram aku tak paham. Aku try cakap English, dah macam ayam itik kau tau!”
Boleh dikatakan agak sukar sebenarnya bila melancong ke tempat yang tidak menggunakan bahasa Inggeris. Silap hari bulan boleh kena scam. Lepas itu nak dapatkan info pun agak susah. Nak beli barang jadi mahal sebab tak reti tawar menawar. Kan dah rugi macam itu.
Sekarang dah ramai yang gemar gunakan guna Google Translate. Tapi tak semua tahu menggunakan semua ciri yang ada hingga sebilangan ciri-ciri itu menjadi ‘hidden’ jika tak diterokai. Jom kita tahu tentang cara nak gunakan Google Translate secara sepenuhnya.
LEPAS NI BOLEHLAH FLEX, YANG GOOGLE TRANSLATE BUKAN ADA 1 FUNGSI JE TAU
FUNGSI 1: Paling asas, tapi mungkin ada yang tak tahu
“Aduh signboard ni bahasa Jepun la pulak, macam mana nak translate ni? Nak type kat keyboard pun tak lepas”.
Terjemahan asas: Ini semua yang biasa guna dah tahu. Taip je dah boleh keluar terjemahannya.
Terjemahan dalam penulisan: Kalau anda ingin menulis di dalam app berbanding menaip, anda juga boleh tulis gunakan pen digital atau jari je.
Terjemahan menerusi gambar: Anda juga boleh menterjemah gambar yang mempunyai teks tau. Kan dah settle masalah dekat atas tu. Nak tahu macam mana, jom tengok video di bawah.
Fungsi 2: Terjemah 2 bahasa serentak
“Haritu aku gi Spain, nak cakap dengan orang-orang situ bukan main lama. Sebab nak kena translate satu-satu”.
- Pernah tengok tak video orang melancong ke luar negara dan berbual dengan warga tempatan? Berbual dengan bahasa berbeza dan asyik menyuakan telefon pintar ke arah suara masing-masing.
- Lepas tu dengar pula ada suara robotik yang menterjemah, ha itu tak lain tak bukan guna Google Translate lah itu.
- Ia merupakan satu fungsi dalam Google Translate yang membenarkan dua orang yang menggunakan bahasa yang berbeza berbual dan pada masa yang sama suara AI dalam Google Translate akan memberikan terjemahan.
Fungsi 3: Simpan glosari
“Aduh susah betul bila asyik lupa. Padahal selalu dah guna ayat ni bila datang Vietnam ni. Takkan sampai nak bawa buku kot”
- Kadang-kadang bila bercuti lama atau kerap mengunjungi negara yang sama, ada ayat yang akan selalu kita pakai. Tapi bila balik ke Malaysia, alamak lupa! Jadi, ini solusinya. Ayat yang selalu anda rasa guna, dan disoal, boleh simpan di bahagian ‘save’ di aplikasi Google Translate.
- Seperti ucapan harian (greetings), proses jual beli, dan bertanyakan arah jalan.
- Ada ikon ‘start’ di bahagian hujung kanan paparan pemuka untuk mula simpan glosari.
Fungsi 4: Panduan untuk sebutan
“Weh salah la cara kau sebut croissant tu”. Tegur kawan Abu. “Habis tu macam mana?”
- Anda pernah tak guna google translate untuk nak tahu sebutan betul?
- Klik ikon pembesar suara, automatik akan keluar suara menyebut ayat yang ditaip boleh jadi medium pembelajaran.
Fungsi 5: Terjemah secara Offline!
“Haritu aku ada tanya Nini. Dia kata susah sikit kalau pergi Korea kena cakap bahasa dia. Lagi-lagi area kampung yang takde internet tu. Haa sudah ..”
- Mungkin kalau anda bercuti ke luar negara, ada yang kekuatan Internetnya agak rendah. Jadi, anda boleh siap-siap muat turun bahasa yang ingin anda gunakan.
- Saiz bahasa berlainan untuk setiap bahasa. Contohnya Bahasa Melayu memerlukan storan berjumlah 77.7MB manakala Bahasa Jepun memerlukan storan sebanyak 90.5MB
- Cara untuk muat turun adalah pergi ke bahagian ‘setting’ dan pilih ‘offline translation’. Kemudian pilih bahasa yang diingini.
RUGI KALAU TAK TAHU!
Betul, banyak kan manfaat Google Translate ni? Sekarang anda dah tahu macam mana nak gunakannya sepenuhnya. Tak perlu lagi nak download pelbagai aplikasi dalam telefon yang memberatkan memori. Yeay, sekarang dah boleh bergerak ke mana-mana tanpa perlu risau tentang jurang bahasa. Nak melancong jadi mudah dengan ketersambungan!
Tapi bukan je untuk melancong, aplikais ini boleh digunakan oleh pelajar, para profesional dalam segenap urusan mereka. Apa lagi, jom muat turun di iOS atau Android.
Jadi, Inilah manfaatnya bila kita lebih arif dalam literasi digital, selamat mencuba!