Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

March 20, 2023

Pelancongan

“Aku punya homestay ni deko dah nice, comfort level pun okay, tarikan setempat pun aku buat brosur dah. Apa lagi eh nak upgrade?”

Ilustrasi menunjukkan robot di lobi

Kalau anda pun turut berada dalam industri pelancongan dan teringin nak upgrade ke another level, anda kena baca artikel ni. Tak kisah lah anda menawarkan servis penginapan, makanan & minuman, aktiviti tarikan pelancongan dan lain-lain. Sebenarnya, selain daripada kualiti servis dan fasiliti yang hebat, anda juga boleh naik taraf perkhidmatan anda hanya dengan mengaplikasikan teknologi. Barulah lain daripada yang lain!

MACAM MANA TEKNOLOGI BOLEH BANTU  INDUSTRI PELANCONGAN?

#1 IoT

Masih tak familiar dengan IoT? Anda boleh baca artikel yang lebih mendalam di SINI. Tapi apa yang boleh disimpulkan, IoT ataupun singkatan bagi Internet of Things memberi nilai tambah yang bagus untuk industri pelancongan. Antara teknologi berkaitannya ialah:

In-room tablet – Macam tablet yang anda pernah pakai. Tapi bezanya anda boleh guna jadi remote control untuk kawal perkakasan dalam bilik macam pendingin hawa, television dan sebagainya. Anda juga boleh chat dengan receptionist, order makanan, lihat aktiviti yang disediakan, tonton OTT, dengar muzik dan banyak lagi dengan satu peranti je. Minat nak guna? INI antara pembekal perkhidmatan yang ada di pasaran. 

Gambar menunjukkan contoh paparan yang digunakan untuk in-room tablet. Kredit imej daripada SuitePad.

Smart Switch juga ialah antara contoh lain untuk IoT. Anda tak perlu risau lagi kalau kehilangan remote ataupun terlupa letak di mana. Teknologi ini membenarkan anda untuk kawal hanya dengan menggunakan aplikasi ataupun voice command seperti Alexa dan Google Assistant. Nak buka tutup lampu, tukar-tukar warna lampu, nak buka langsir dan kawal air cond pun boleh! INI pula 5 pilihan untuk lampu yang boleh dikawal guna aplikasi.

Tangkap layar menunjukkan aplikasi pintar Philips Hue. Kredit imej daripada Philips Hue.

Smart Lockbox – Ini pula untuk pemilik homestay untuk mudahkan urusan guest untuk masuk ke rumah. Kalau dulu lockbox datang kod yang boleh dibuka seperti mangga luggage bag. Sekarang dengan smart lockbox, buka pakai aplikasi dan guest boleh je ambil kunci rumah dalam lockbox tersebut. Tak payahlah owner kena tunggu sampai guest sampai. Jimat masa untuk kedua belah pihak, lebih selamat dan meminimumkan interaksi. Ini antara 5 smart lockbox dalam pasaran. 

Gambar-gambar menunjukkan perbandingan antara Lockbox Manual & Smart Lockbox. Kredit imej daripada Amazon.

#2 Aplikasi di Telefon 

  • Check in: Kalau anda pernah ke hotel Hilton, anda akan dapati hotel in mempunyai cara check-in yang sedikit berbeza. Hotel ini ada pilihan lain selain masuk bilik guna kad dan kunci biasa iaitu guna aplikasi! Ciri ini menjadi salah satu pilihan buat pelanggan yang menginginkannya. Anda boleh muat turun aplikasi Hilton Honors App untuk ciri ini. 
  • Kit percuma: Aplikasi seterusnya untuk  melihat menu dan juga meminta kit percuma yang lazimnya terdiri daripada sabun, syampu dan pisau pencukur. Antara hotel yang memiliki aplikasi ini ialah Marriott Bonvoy.
  • Menu makanan: Kod QR! Rugi kalau tak guna. Dekat mana boleh guna kod QR dalam industri pelancongan ni? Boleh guna di restoran untuk menu, boleh gunakan isi borang online untuk self check in dan out dan sebagai peti cadangan online pun boleh. Boleh jimat masa dan tenaga untuk guest dan juga penyedia servis dan dah tak perlu beratur panjang di kaunter!
Tangkap layar menunjukkan aplikasi Marriott Bonvoy. Kredit imej daripada aplikasi tersebut.

#3 Robot 

Seperti yang sudah ada di Jepun, memperkenalkan Henn na. Apa tu? Ini adalah robot ciptaan yang tugasnya menggantikan receptionist. Memang luar biasa pengalaman ni. Dahlah boleh berbual dalam 4 jenis bahasa. Robot memang mahal, tapi berbaloi untuk jangka masa yang panjang dan menjadikan satu USP yang dapat menarik pelanggan! Robot juga boleh buatkan kopi untuk anda, jadi ia juga boleh jadi barista di kafe! Saksikan video ulasan daripada Nikkei Asia mengenai robot yang digunakan di sebuah hotel di Ginza, Tokyo. 

BEST KAN KALAU BOLEH PERGI HOTEL ATAU HOMESTAY YANG ADA KECANGGIHAN-KECANGGIHAN INI!

Ilustrasi menunjukkan beberapa pelancong

Canggihnya teknologi sekarang ini! Servis pun dah boleh upgrade ke another level. Kebanyakan teknologi baru seperti automasi AI memang agak mahal. Jadi anda bolehlah buat perancangan untuk melabur dalam teknologi ini untuk pulangan jangka masa panjang. Boleh juga jadikan USP untuk menarik pelanggan. 

Tapi tak kesemua teknologi baru memerlukan kos yang tinggi, ada yang percuma atau mampu milik seperti Kod QR dan robot pelayan seperti yang dah ada di sesetengah kedai mamak.  Kalau anda rasa anda ada kenalan yang perlu tahu tentang teknologi dalam industri ini pun, apa salahnya kongsikan artikel ini bersama mereka.

Penggunaan IoT juga dibolehkan dengan ketersambungan Internet yang stabil, jadi ambil manfaat ini dengan infrastruktur yang dah pun disediakan Kerajaan di Malaysia! 

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content