Alamat IP dan Kenapa Anda Perlu Ambil Tahu?

January 9, 2023

Teknologi

Pernah tengok CSI: New York? Ada satu episod di mana pihak penyiasat berjaya menangkap pembunuh dengan menjejak lokasi berdasarkan Alamat IP. Bunyinya macam high-tech kan, tapi apa bendanya alamat IP tu sebenarnya?

Gambar menunjukkan salah satu ‘scene’ dalam rancangan TV CSI

Tahukah anda jika anda menggunakan peranti komputer riba, telefon pintar, komputer mahupun mesin pencetak, peranti-peranti ini dilengkapi dengan Alamat IP?  Alamat IP ini seperti alamat rumah anda. Jadi setiap kali anda di Internet, alamat IP memainkan peranan penting dalam pertukaran maklumat demi membantu anda melihat laman yang anda sedang akses. 

Alamak, selamatkah kalau ada orang tahu alamat IP anda? Jangan risau baca selanjutnya untuk memahami bagaimana ia berfungsi. 

APA ITU ALAMAT IP DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI? 

IP adalah singkatan dari Internet Protocol (Protokol Internet). Jadi, IP address atau Internet protocol address adalah alamat protokol Internet (alamat IP) yang mengenalpasti segala peranti yang terhubung ke jaringan, baik jaringan Internet pada umumnya mahupun jaringan lokal.

Apabila mengunjungi sebuah website, peranti yang anda guna perlu menemukan lokasi data website tersebut dan kemudian mengambil datanya dan memberikannya kepada anda. Sama seperti mengisi alamat rumah yang lengkap untuk memastikan barangan sampai apabila membeli barangan dalam talian. 

Gambar menunjukkan proses ketersambungan internet kepada beberapa peranti. Kredit imej daripada Squirrels Blog.

Dengan kata lain, fungsi IP address adalah sebagai media komunikasi bagi suatu peranti agar permintaan untuknya diarahkan ke tujuan yang tepat melalui jaringan. Untuk anda yang menggunakan Internet fiber di rumah, kebanyakan anda menggunakan alamat IP yang statik, bermaksud hubungan Internet anda stabil dan lebih selamat berbanding alamat IP dinamik di mana sambungannya kurang stabil dan selamat.

Alamat IP juga mempunyai beberapa jenis seperti Publik, Private, Statik dan Dinamik. Kesemua jenis alamat IP ini mempunyai cara ‘bekerja’ yang berbeza. Dinamik IP adalah alamat IP yang digunakan oleh kebanyakan pengguna. 

PERLU KE SEMBUNYIKAN ALAMAT IP? 

Jawapannya Ya dan Tidak. Ya kerana jika anda mahukan privasi. Walaupun tidak memberikan apa-apa maklumat sensitif tetapi masih ada risiko kerana dapat mengetahui aktiviti laman maya anda. 

Tidak kerana alamat IP berbeza daripada setiap lokasi. Contohnya jika anda melayari Internet di rumah pada sebelah pagi dan siangnya membuka emel di pejabat, anda menggunakan dua alamat IP yang berbeza. 

BAGAIMANA UNTUK MELINDUNGI ALAMAT IP? 

Ilustrasi menunjukkan ciri keselamatan VPN

Anda boleh menggunakan VPN (Rangkaian Peribadi Maya). VPN adalah kaedah untuk menyembunyikan alamat IP anda. Apabila anda menggunakan VPN, alamat IP anda akan datang daripada IP luaran pelayan VPN, dan bukannya alamat IP luaran lokasi anda. Maka, jika pelayan VPN anda yang bersambung berada di California, IP luaran anda akan menunjukkan seolah-olah anda datang dari sana, tak kira di mana pun anda berada. 

VPN ini datang daripada pelbagai tawaran diluar sana dengan langganan bulanan. Sebagai contoh NordVPN, Express VPN, CyberGhost, Surfshark dan sebagainya.

Gambar menunjukkan logo antara VPN yang anda boleh guna

HATI-HATI SEMASA DI LAMAN MAYA

Jadi itu dia serba sedikit berkenaan alamat IP. Ambil tahu tentang perkara ini agar anda cakna berkaitan aktiviti yang dilakukan di laman maya. Sesebuah teknologi sememangnya membantu untuk menambah baik kehidupan kita tetapi jika disalahguna, akan mendatangkan keburukan. 

Memperkasa literasi digital sepertimana unjuran daripada JENDELA bukan hanya bermaksud celik IT dan penggunaannya, tetapi juga berwaspada dan ambil tahu tentang ancaman-ancaman yang boleh berlaku. 

Jadi, layarilah internet dengan bijak!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Besar Kecil Besar Kecil. Website Apa Ni?

Teknologi

March 16, 2023

Dulu Tak Mampu, Sekarang Mampu Milik - Internet

Teknologi

March 15, 2023

FREE Online Tools Untuk Tolong Cikgu!

Teknologi

March 10, 2023

5 Telefon Legend Yang Semua Pernah Guna

Teknologi

March 10, 2023

Skip to content