Kongsi Akaun NETFLIX? Baik Buruk yang Anda Kena Tahu!

January 5, 2023

Gaya Hidup

“Dah kenapa pulak akaun Netflix takleh login ni. Siapa yang tukar password, baik ngaku cepat!”. Jerit Azri kepada housemates nya yang berada di dalam bilik.

Ini mungkin akan terjadi kalau anda berkongsi akaun platform streaming. Dah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita untuk berkongsi akaun platform sebegini, tapi pastinya setiap tindakan itu ada baik dan buruknya termasuklah perkongsian akaun ini.

APA ITU OTT?

Mungkin ramai yang tak tahu maksud “OTT” tapi cukup kenal dengan Netflix, Hulu, HBO Max & Disney Hot Star. Ini adalah contoh-contoh platform OTT atau nama panjangnya “Over The Top”. OTT ialah layanan media yang ditawarkan langsung kepada penonton melalui Internet.

Semakin ramai yang melanggan platform-platform OTT dan ada juga yang dah beralih untuk menonton TV melalui aplikasi streaming seperti RTM Klik. Ini juga bermakna ramai yang gemar untuk berkongsi username & password. Lagi-lagi Netflix.

Haa jadi baik ke buruk kalau kongsi akaun Netflix ni sebenarnya?

INI SEBAB ORANG SUKA NAK KONGSI-KONGSI INI

Gambar menunjukkan seseorang sedang membuka Netflix di televisyen rumahnya

Ini antara kebaikan jika anda memilih untuk berkongsi akaun Netflix. Antaranya : 

  • Jimat duit. Antara yang paling ketara membuat perkongsian akaun ini adalah golongan muda. Terutamanya students. Katakanlah bayaran bulanan Netflix RM50 dan berkongsi pula dengan 5 pelajar. Seorang baru bayar RM10 sebulan. Jumlah profil maksimum yang boleh dicipta pula 5 profil. Ini paling ideal, kalau lebih lagi orang berkongsi, profil juga perlu dikongsi tapi semestinya bayaran akan jadi lebih jimat! 

Gambar menunjukkan paparan profil Netflix di sebuah laptop

  • Boleh upgrade plan – Bila bajet dah tak jadi masalah, maka tiada masalah kalau nak upgrade plan. Datanglah pakej Netflix yang mahal macam mana sekalipun, masih mampu dibayar sebab dibahagikan dengan ramai orang. Contoh baru-baru ni Netflix menaikkan harga langganan untuk Basic Package disebabkan definisi tontonan yang ditingkatkan. Orang kata “no hal lah!”.
  • Kongsi minat dan eratkan hubungan. Selain itu juga, anda dapat kongsi minat dan eratkan hubungan sesama sendiri. Kalau dah kongsi akaun ni, selalunya mesti akan ada rancangan kegemaran yang bakal dibualkan bersama.

TAPI JANGAN SUKA SANGAT, INI ANTARA KEBURUKAN 

Sebenarnya keburukan berkongsi akaun Netflix ini lebih berat, terutamanya yang berkongsi profil. 

  • Akses peranti yang terhad. Netflix memang boleh dikongsi bersama tetapi akan ada satu masalah nanti di mana jumlah peranti yang dibenarkan mengakses terhad. Bergantung pada jenis pelan, anda boleh akses akaun dari 1 peranti ke 4 peranti pada satu-satu masa. Ada yang berkongsi profil tapi melanggan single device plan. Percayalah, bahawa anda boleh bergaduh dengan rakan anda disebabkan perkara ini je. Takut kalau waktu anda nak tonton, waktu itulah rakan anda tonton juga. Kan dah pening kepala. 
Ilustrasi menunjukkan pelbagai peranti
  • Terlepas episod terbaru. “Eh sejak bila aku tengok episod 12 ni? Ni kerja Karim la ni, dah aku missed latest episod. Esok mesti member opis kasi spoil”. Ini yang paling tak best, Anda tak dapat nak track apa episod terakhir yang anda dah tonton sebab kawan anda mungkin akan ‘overwrite’ episod tontonan anda. Silap hari bulan, boleh bergaduh. 
  • Anda boleh ditendang keluar. Disebabkan ia adalah akaun perkongsian, untuk yang bukan pemilik akaun anda boleh disekat akses dengan semudah pertukaran password. Hilanglah segala ‘Watch History’ dan ‘My List’ yang selalu anda update. Manalah tahu, hari ini gaduh dengan girlfriend, esok dia reset password pulak kan. Anda juga boleh kena scam apabila pemilik akaun meminta anda buat bayaran selama beberapa bulan dan kemudian selepas sebulan, akses anda disekat. Berputih mata di situ.
Ilustrasi menunjukkan akses yang disekat

TAK ELOK GADUH-GADUH NI, BUAT PILIHAN YANG TEPAT

Bergaduh disebabkan platform streaming? Jangan lah sampai macam tu. Apa yang anda perlu lakukan adalah jadi pengguna yang bertanggungjawab. Tambahan, khidmat penstriman dipilih masyarakat disebabkan jumlah rancangan TV dan filem yang tidak akan pernah habis ditonton. 

Ini dimudahkan dengan akses Internet di rumah dan juga terserah anda dalam menentukan jenis dan pelan hiburan yang diingini. Yang paling penting, jangan sampai merugikan dan tergadai hubungan dengan kesayangan hanya disebabkan hal sekecil ini. 

Perlu diingatkan bahawa perkongsian Netflix melebihi had login yang ditetapkan atau melanggar terma & syarat pemberi khidmat penstriman adalah salah dari segi undang-undang. Jadi pilihan adalah di tangan anda. 

Haa, jadi sekarang rasa nak kongsi akaun Netflix tak?

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content