Roblox Okay je Kalau Kena Cara

February 16, 2023

Gaya Hidup

“Tahu main game je! Game apa adik main ni? Ada faedah ke kalau main ni?” Ujar seorang ibu garang sambil terus ambil phone daripada anaknya.

“Adik main Roblox”, jawab si anak.

Tangkap layar menunjukkan logo Roblox

ROBLOX – TANYA JE MANA-MANA KANAK-KANAK, CONFIRM TAHU!

Roblox! Anda mesti pernah dengar kan? Yang macam main susun lego Itu. Boleh cipta dan kongsi custom game sesama komuniti.  Dengar deskripsi pun macam best kan? Memang setiap game ada baik dan buruk masing-masing. Tapi, untuk Roblox ini ada je keistimewaan untuk kanak-kanak tau!

Yang bagusnya, Roblox ini mesra pelbagai platform, boleh main di PC, telefon pintar, tablet, XBOX dan macam-macam lagi plaform. Kalau nak tahu ada 58.8 juta pengguna aktif harian yang main game ini. Jadi jom tahu apa special Roblox ini sampai ramai sangat yang main.

TAPI APA SEBENARNYA GAME INI?

Pada asasnya Roblox bukanlah satu game. Ia adalah platform yang membolehkan penciptaan game yang boleh dicipta oleh mana-mana pengguna. Kebanyakannya tak perlukan coding pun. Jadi game yang tercipta ini bebas dimainkan oleh pengguna dan pengguna juga boleh berhubung dan bermain dengan pengguna yang lain.

BETUL KE GAME ADA MANFAAT?

Ilustrasi menunjukkan 3 orang kanak-kanak yang sedang melihat sebuah laptop

Apa-apa perkara jika dilakukan secara berlebihan memang akan melalaikan dan mengundang ketagihan. Jadi ibu bapa masih perlu kawal apa yang dibuat anak-anak. Untuk Roblox pula, ada aspek-aspek dalam platform ini yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak. Yang penting berikan durasi yang sesuai untuk mereka menerokai dan mendapat manfaat-manfaat seperti di bawah. 

#1 ASAH KREATIVITI – cipta game sendiri

Tangkap layar menunjukkan laman web Roblox Studio di mana sesiapa saja boleh mereka game

Cipta game dalam Roblox tak semestinya memerlukan coding pun. Tapi ini boleh memupuk minat anak-anak dari awal untuk celik coding dan bahasa programming. Jadi secara tak sedar boleh beri persiapan awal untuk mereka di masa hadapan nanti dalam buat keputusan untuk ceburi karier apa. Malah, boleh tolong asah skil critical thinking dan problem solving setiap kali mereka berdepan dengan masalah. Skil-skil tersebut memang boleh diaplikasi dalam segenap segi dalam kehidupan. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai coding, boleh baca artikel ini – Belajar Coding dengan Game Minecraft?

Ilustrasi menunjukkan seorang kanak-kanak yang sedang chatting dalam talian 

#2 KEMAHIRAN DALAM BERSOSIAL

Tangkap layar menunjukkan “event” Roblox Venture The Eggverse 2023. Kredit imej daripada robloxfanon

Selain daripada  cipta game yang menarik untuk menerokai kreativiti dan juga untuk bermain bersama dengan pemain lain, rekaan game ini juga boleh bina networking dan personal image. Contohnya, orang lain akan tertunggu-tunggu dengan game baru anak anda. Sebabnya, ada komuniti dalam Roblox. Komuniti tersebut terdiri daripada latar belakang yang berbeza dari seluruh dunia. Boleh kenal mengenali satu sama lain, berkongsi idea dan malah boleh berkolaborasi dalam merealisasikan idea untuk sebuah permainan. Ini juga dapat mendedahkan anak-anak kepada sentimen perkauman yang positif.

Lagi satu, pemain juga boleh menyertai “event”. Contohnya “host” yang akan menganjurkan event seperti, “Easter Egg Hunts” dan konsert seperti “The Lil Nas X Full Roblox Concert”

#3 KEMAHIRAN HIDUP

Ikon dan tangkap layar menunjukkan matawang Robux dan juga antara games yang ada di Roblox

Bermain Roblox juga boleh mengajar kemahiran hidup yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian disamping membantu perkembangan anak-anak untuk berfikir dengan lebih baik.

  • Literasi kewangan – Robux merupakan mata wang yang digunakan dalam game ini. Ia boleh diperolehi dengan mencipta barang dan ia juga boleh dibeli dengan menggunakan duit sebenar. Jadi mereka perlu berusaha untuk mengumpul pengalaman dengan mencipta barangan dan juga cara lain untuk mendapat Robux. Jadi mereka akan lebih bertanggungjawab dan sayang dengan jumlah Robux yang mereka bersusah payah telah kumpul dan tahu akan nilai wang. Apa je yang boleh dibeli? – Mereka boleh beli Avatar, kelebihan istimewa (special abilities) dan sesetengah game yang dibuat pemain perlu dibayar sebelum boleh dimain.
  • Kreativiti dalam rekaan – Bloxburg ialah sebuah game yang hampir sama seperti game “The Sims”. Anak anda boleh menghias rumah, buat kerja rumah, memilih pekerjaan, mengurus wang, dan macam-macam lagi. Permainan simulasi seperti ini boleh dedahkan anak-anak anda dalam aspek-aspek kehidupan seharian dan juga menjadi lebih kreatif dalam pembinaan rumah, hiasan dalaman dan sebagainya. Mana tahu ia dapat memupuk minat dalam bidang seni bina.
  • Bereksperimentasi dalam game – Plane Crazy. Ini pula adalah antara game yang mengajar anak anda untuk mencipta pengangkutan. Daripada roket ke bot ke dron atau kombinasi kesemua tersebut! Anak anda akan dapat belajar ilmu asas STEM di sini dengan lebih dalam melalui eksperimen dalam menghasilkan satu pengangkutan yang baik.
  • Tingkatkan fikiran logik – Build a Boat for Treasure. Ini juga sebuah game dalam Roblox yang boleh bantu anak anda dalam tingkatkan fikiran logik. Game ini memerlukan anak anda membina kapal from scratch dan memastikannya ia dapat terapung untuk mencari harta karun. Jadi terdapat pelbagai cabaran untuk mencapai objektif akhir. Contohnya, apabila kapal anak anda mengharungi halangan, apa yang anak anda perlu buat?.

#4 KEMAHIRAN KOMPUTER

Ilustrasi menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menggunakan sebuah tablet

Roblox sebenarnya dapat mengajar anak anda untuk tingkatkan skil perkomputeran. Mereka dapat bereksperimentasi dalam persekitaran yang selamat di mana mereka boleh mengasah skil menaip, berkomunikasi dalam talian, menggunakan menu di laman web dan membiasakan diri menggunakan perisian dalam talian. Masa depan mereka nanti akan penuh dengan pekerjaan yang memerlukan literasi digital yang tinggi. Jadi ini akan memberikan mereka asas yang bagus untuk terus mengorak langkah dalam mana-mana industri sekalipun.

#5 GAME YANG SELAMAT

Tangkap layar menunjukkan bagaimana pemain boleh menyekat pemain lain. Kredit imej daripada Roblox Support.
  • Walaupun Roblox ini disarankan kepada pengguna yang berusia 13 tahun dan ke atas, ramai juga kanak-kanak yang di bawah umur tertarik dan main game ni.
  • Tak ada masalah. Ini disebabkan Roblox sebenarnya ada chatbox yang selamat di mana ia boleh tapis segala perkataan yang tak elok.
  • Selain itu, walaupun game Roblox ada komuniti dan boleh berkawan dengan mereka yang tak dikenali, mereka tak boleh mengakses maklumat anak anda. Kalau anak anda rasa tak selesa atau tak selamat dengan sesiapa dalam game ni, anak anda boleh terus block dan report. 
  • Untuk tahu apa lagi tips untuk memastikan keselamatan anak anda dalam talian, anda boleh baca artikel ini – 4 Tips Lindung Anak Dari Bahaya Internet

TAK SEMUA GAME TAK BERMANFAAT, JOIN LA MEREKA SEKALI!

Ilustrasi menunjukkan ibu, bapa dan anak sedang bermain game

Siapa kata tak ada game yang bermanfaat? Game seperti Roblox ada banyak benda yang boleh ajar anak anda. Lepas ini, anda boleh galakkan anak anda main Roblox dan ikut serta sekali. Bukan saja dari skil perkomputeran, kemahiran komunikasi & hidup, pupuk kreativiti, anak-anak juga boleh dapat pendedahan budaya dan berbual dengan pemaian dari seluruh dunia. 

Tak perlu travel selalu dah dapat pendedahan macam itu. Cuma itulah, kena hadkan penggunaannya sahaja, supaya ada masa untuk buat perkara lain juga. Tapi semestinya pengalaman akan jadi best bila main game tanpa gangguan Internet. Siapa je nak main kalau asyik buffering kan? Jadi, mujur ada kestabilan Internet dengan infrastruktur yang dah disediakan Kerajaan.

Main game dapat, manfaat pun dapat!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content