Belajar Coding Dengan Game Minecraft?

February 3, 2023

Teknologi

“Eh Siti, kau kena hantar anak kau pegi kelas coding Siti. Cerah masa depan budak tu.”

“Kau biar betul Senah, budak-budak boleh coding? Anak aku baru 8 tahun Senah oii.”

Meme menunjukkan seorang bayi. Kredit meme daripada KidoCode. 

Apabila anak menginjak usia yang sesuai untuk mempelajari ilmu kokurikulum, pasti ibu bapa teringin untuk menghantar mereka ke aktiviti seperti menari balet, bermain piano, bergimnastik dan sebagainya. Tapi, tak ramai ibu bapa ingin mendedahkan anak-anak mengenai ilmu coding yang merupakan asas terbesar dalam literasi digital. 

Sebenarnya, banyak manfaat kalau kita kenalkan coding kepada anak pada umur yang muda. Jom kita kenalpasti kenapa Senah beriya sangat suruh Siti hantar anak ke kelas coding!

SIKIT-SIKIT CODING. TAPI APA BENDA SEBENARNYA TU?

Ilustrasi menunjukkan dua orang kanak-kanak yang sedang belajar coding

Dalam bahasa mudahnya, coding merupakan arahan langkah demi langkah yang ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language) seperti Phyton, C++ dan lain-lain untuk menyuruh komputer melakukan apa saja yang anda inginkan. Ini yang membolehkan penciptaan perisian komputer seperti Microsoft Power Point, laman web seperti MyDigital.KKD dan aplikasi seperti Waze yang kita gunakan setiap hari.

OKAY FAHAM, APA MANFAATNYA PULA?

Ilustrasi menunjukkan tiga orang kanak-kanak yang sedang belajar coding

Selain daripada menghasilkan seorang programmer yang bergaji masyuk, coding juga membina skil-skil kritikal yang penting dan universal untuk segala jenis kerjaya. Jadi, ini adalah antara manfaatnya yang perlu diketahui:

1. Merangsang Skil Penyelesaian Masalah

Skil penyelesaian masalah adalah satu keupayaan seseorang untuk mengatasi sesebuah masalah yang rumit atau baru menggunakan cara yang paling efisien. Jadi apabila kanak-kanak belajar programming, mereka akan terdedah dengan pelbagai jenis masalah untuk diselesaikan.

Mereka akan diajar untuk membahagikan masalah-masalah tersebut kepada beberapa bahagian untuk memudahkan mereka menyelesaikannya satu persatu. Di sini mereka belajar untuk mengenalpasti, mengutamakan dan melaksanakan jalan penyelesaian. Kat sinilah mereka dapat memupuk skil ini. 

Ilustrasi menunjukkan seorang kanak-kanak yang sedang menyelesaikan masalah

2. Membina Asas Pemikiran Logikal Dan Kritikal Yang Baik

Pemikiran logikal adalah keupayaan untuk mengenalpasti & menilai fakta untuk membuat keputusan yang baik. Manakala pemikiran kritikal berkait rapat dengan pemikiran logikal di mana fakta yang dikenalpasti & dinilai akan disemak kesahihannya dan soalan-soalan yang melibatkan kepercayaan, emosi, motif, dan faktor-faktor yang berkaitan akan ditanya.

Jadi dengan programming, anak-anak akan diajar untuk (1) mengenalpasti masalah dan informasi yang berkaitan. Kemudian data yang diperoleh akan (2) dianalisa untuk (3) penyelesaian dicipta. (4) Jalan penyelesaian akan dicuba dan sekiranya gagal, proses ini akan dimulakan lagi sehingga satu jalan penyelesaian dijumpai. 

Ilustrasi menunjukkan seorang budak lelaki yang mendapat idea

3. Menambah Baik Pemikiran Komputasional (Computational Thinking

Secara mudahnya, ia adalah teknik menzahirkan masalah seperti sebuah komputer. Jadi anak-anak akan belajar teknik berfikir seperti:

  • Memecahkan satu masalah (Decomposition) yang rumit kepada masalah-masalah kecil supaya mudah diurus dan difahami.
  • Kenalpasti jika ada pattern (Pattern Recognition) yang sama dalam masalah-masalah tersebut.
  • Menyaring masalah-masalah kurang penting (Abstraction) untuk kenalpasti masalah utama.
  • Mencipta satu model (Generalisation) menggunakan formula, teknik dan sebagainya untuk selesaikan masalah.
Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki sedang berfikir dari segenap aspek

4. Mendidik Semangat Tidak Putus Asa 

Jarang kita dengar, sekali code terus boleh jadi. Sains komputer juga adalah satu disiplin di mana kegagalan adalah satu titik tolak untuk terus mencari jalan penyelesaian sehingga jumpa. Jadi semangat kental dan tak putus asa memang tak asing dalam bidang programming

Jadi ini boleh didik anak anda untuk tak putus asa dalam mencari jalan penyelesaian, bukan je untuk coding tapi boleh dizahirkan dalam disiplin yang lain dan juga dalam kehidupan peribadi.

Ilustrasi menunjukkan kanak-kanak yang berjaya menyelesaikan masalah

5. Memupuk kreativiti diri

Programmer adalah pencipta dan pembina dunia maya. Jadi kreativiti yang tinggi sangat diperlukan dalam bereksperimentasi dengan jenis-jenis fungsi & solusi yang berbeza. 

Jadi projek coding yang bersesuaian mengikut umur dapat memupuk kreativiti dalam diri anak-anak seperti memberikan kebebasan untuk mereka dunia, jalan cerita, menganimasikan karakter dan sebagainya. 

Tangkap layar kod yang perlu ditaip peserta untuk keluar dari tempat tersebut di game Hour of Code: Escape Estate. Kredit daripada Youtube Minecraft Education

Seperti game world-building Minecraft daripada Microsoft. Dengan kerjasama code.org, Minecraft mencipta tutorial dan game khas untuk kanak-kanak belajar coding dengan seronok. Hour of Code: Escape Estate adalah satu permainan di mana, pemain perlu menaip code Phyton yang sesuai untuk keluar dan pergi ke tahap seterusnya. Satu alternatif yang mengajar anak-anak untuk manfaatkan masa di Minecraft. Tak adalah main je game berjam-jam.

6. Mengasah Skil Yang Boleh Dibina Menjadi Kerjaya 

Mana tahu anak anda ada bakat dalam programming, ini boleh dijadikan kerjaya yang lumayan tau. Ia juga merupakan satu kelebihan yang besar kerana anak dah ada jumpstart lebih awal berbanding anak-anak yang lain. 

Skil-skil di atas juga merupakan transferable skills yang boleh digunapakai dalam apa-apa bidang sekalipun. Semua bidang pun perlukan pemikiran kritikal & penyelesaian masalah yang efisien betul tak?

Ilustrasi menunjukkan pelbagai jenis pekerjaan

MANA NAK MULA? 

Di sini, anda boleh pilih jenis kelas untuk anak anda sama ada fizikal ataupun secara online

Gambar menunjukkan sebahagian game yang ditawarkan dalam Blockly.

Dalam Talian:

8-10 tahun  – Blockly, Code Combat Stencyl

11-13 tahunApp Inventor, Code Monster & Kodu Game Lab

14-18 tahun Glitch, Codecademy & Code Wars

Gambar menunjukkan kelas fizikal coding yang dianjurkan oleh Kidocode

Kelas Fizikal Coding:

Antara kelas coding yang ada dalam bentuk fizikal adalah: 

ZAMAN ANAK-ANAK ANDA MESTI LAGI GEMPAK DALAM TEKNOLOGI

Anak-anak masa kini dah membesar dengan literasi digital yang tinggi. Seawal umur setahun lebih dah mampu untuk mengawal skrin di telefon pintar. Jadi kehidupan dan kerjaya mereka di masa hadapan besar kemungkinan akan berkait rapat dengan teknologi.

Jadi pendedahan awal dengan ilmu coding sangat penting untuk mendapat kelebihan pemahaman yang lebih awal dan pantas. Dengan ketersediaan jalur lebar dari kerajaan di seluruh Malaysia, anak-anak tak perlu pun pergi ke kelas fizikal untuk belajar mengenai coding. Mudah betul! 

Apa tunggu lagi, mulakan survey untuk lihat kelas apa yang sesuai untuk anak anda!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Besar Kecil Besar Kecil. Website Apa Ni?

Teknologi

March 16, 2023

Dulu Tak Mampu, Sekarang Mampu Milik - Internet

Teknologi

March 15, 2023

FREE Online Tools Untuk Tolong Cikgu!

Teknologi

March 10, 2023

5 Telefon Legend Yang Semua Pernah Guna

Teknologi

March 10, 2023

Skip to content