Isi Masa Terluang Versi Digital

March 21, 2023

Gaya Hidup

“Ahh penatnya, nak break 10 minit la. Main mobile game kang bukan 10 minit jadinya nanti. Tapi bosan la pulak, nak buat apa ni?”

Tak kira anda seorang pelajar, para profesional atau sesiapa sajalah. Pasti anda perlukan waktu berehat sebelum sambung ke tugasan lain. Boleh jadi semasa di pejabat, buat assignment, selepas penat mengemas rumah dan sebagainya.

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang berehat sambil bermain dengan phone.

Tapi kadang kala bila bosan, buntu juga nak buat apa dalam masa singkat. Jadi apa kata luangkan masa singkat yang ada tu secara digital. Yelah secara tak langsung boleh kurangkan stres!

PILIH AKTIVITI IKUT MINAT

#1 – Untuk Yang Suka Menonton & Membaca

Tengok Live Streaming Kucing 

  • Tengok kucing memang  menghiburkan. Lihat jelah view video kucing yang boleh dapat berjuta view di Youtube. Tapi kali ni anda tengok secara live streaming. 
  • Tengok telatah dia tengah tidur ke, terbongkang tengah bilik ke, tengah makan ke, tengah berkejaran ke. Aksi yang comel dan  mencuit hati kucing confirm kurangkan stres!
  • Cuba anda tengok kat sini: https://explore.org/livecams/cats/kitten-rescue-cam

GIF menunjukkan telatah kucing dan manusia. Kredit gif daripada 4GIFs.

Baca Web Komik Kelakar

  • Humor adalah perkara yang memang boleh hilangkan stres. Anda boleh cuba baca web komik percuma daripada Matthew Inman untuk hiburkan hati.
  • Topik-topik pilihan adalah tentang kucing, tatabahasa dan teknologi.
  • Boleh layari kat sini untuk ilustrasi lawak ringkas: https://theoatmeal.com/comics
  • Kalau minat anda lebih kepada komik, boleh cuba laman web tempatan:  www.matkomik.com

Khusus Untuk Peminat The Office!

  • Khas untuk yang menggemari siri TV The Office. Anda boleh tulis apa saja jenis emosi dan laman web ini akan keluarkan emosi itu yang ditunjukkan oleh karakter drama bersiri ni.
  • Itu yang biasanya jadi meme kat media sosial! Best juga ni untuk rujukan para editor video.
  • Boleh cuba kat sini: http://theofficestaremachine.com

Gambar menunjukkan suntingan The Office dalam bentuk meme. Kredit imej daripada pin.

#2 – Untuk Yang Suka Interaksi Dengan Website, Eksplorasi Dan Main Game Yang Simple

Jom Jelajah Satu Dunia 

  • Okay laman web ini memang sesuai untuk yang berangan nak travel tapi pergi-pergi lagi. Boleh jadikan inspirasi juga!
  • Anda hanya cuma perlu tekan “Go” dan laman web ini akan bawa anda ke lokasi baru di seluruh dunia. 
  • Anda boleh mula explore dengan klik ke arah yang ingin dituju. Boleh main teka-teka lokasi dengan member juga!
  • Jom mula explore di https://www.mapcrunch.com

Bagi Yang Suka Doodle Tapi Hambar Skilnya

  • Anda suka nak melukis, tapi kadang-kadang hasilnya tu orang tak boleh nak teka.
  • Ada je shortcut dengan Autodraw ini. Lukis je apa-apa bentuk di laman web ni dan ia akan predict bentuk apa yang anda nak gambarkan. 
  • Main dengan anak-anak pun syok ini!
  • Mula lukis kat sini: https://www.autodraw.com

GIF menunjukkan hasil lukisan awal dan akhir menggunakan Autodraw. Kredit gif daripada AutoDraw.

Bayangkan Ada Yang Judge Password Anda

  • Bila kita nak reka password ni kadang tak pasti okay ke tak. Kalau nak tahu boleh je dengan laman web ini. Tapi dengan sekali pakej kena judge lah. Barulah berseri sikit hidup! 
  • Jom cuba di: https://trypap.com

Tangkap layar menunjukkan antara komen yang dibuat terhadap password yang ditaip. Kredit imej daripada PaP.

Untuk Si Kaki Matematik

  • Asyik main sudoku je, cuba main game ni pulak. Anda kena tambah sampai dapat jumlah 2048. Ons tak ons?
  • Main sekarang di: https://play2048.co
GIF menunjukkan lelaki sedang melakukan kira-kira. 

Rave Tapi Versi Web

  • Siapa kata dalam website tak boleh pergi rave?
  • Boleh dengan Rave Worm. Cuba gerakkan cursor anda dan ‘Rave Worm’ akan ikut pergerakan anda. 
  • Bila semakin laju, anda akan dapat kejutan sesuai nama ‘Rave Worm’ ini.
  • Jom rave sekarang di: http://www.staggeringbeauty.com
  • Psst, tak sesuai bagi yang sensitif dengan lampu berkelip-kelip (strobing light). 

GIF menunjukkan Rave Worm menari-nari mengikut anak panah. Kredit imej daripada staggering beauty.

Main Game Simple Sampai Lebam

  • Koleksi game simple yang tak buatkan otak anda overload
  • Interface juga minimal macam Internet zaman 80an. 
  • Daripada kuiz, puzzle dan macam-macam lagi.
  • Main sekarang di: http://www.flashbynight.com

Kombinasi Elemen-Elemen  Interaktif 

  • Bila budak kecil tanya “Kalau api campur dengan tanah jadi apa?”
  • Tahu tak apa jawapannya? Tak apa, bawa je budak tu main game di laman web ni.
  • Ciri interaktif ‘drag and drop’ elemen-elemen asas yang ada boleh bagi jawapannya. Dah macam dalam dunia Avatar: The Last Airbender dah ni!
  • Ajak mereka main di: https://littlealchemy2.com

GIF menunjukkan gabungan elemen di Little Alchemy2. Kredit gif daripada littlealchemy2.

#3 – Tak Nak Interaktif, Nak Dengar Audio Je

Dengar Radio Dulu-Dulu Dan Juga Radio Di Mana Saja Seluruh Dunia

GIF menunjukan lelaki sedang mendengar radio. Kredit gif daripada giphy.

Nak Discover Lagu Yang Dilupakan Ramai Orang?

  • Bukan kat Spotify je tempat nak jumpa muzik baru.
  • Kat laman web ni pun boleh. Kebanyakan artis yang kurang dikenali tapi sebenarnya keluarkan muzik yang berkualiti.
  • Boleh browse di sini: https://forgotify.com/player.cfm 

#4 – Semua Tak Berkenan, Ada Lagi Tak?

Okay ini 2 website yang boleh jana website secara rawak untuk anda. Jadi anda tak boleh jangka apa yang akan anda akan temui. Barulah suspense sikit! Cuba tengok kedua-dua website di bawah:

MAIN-MAIN JUGA TAPI JANGAN ADDICTED PULA

Banyak lagi sebenarnya laman web yang interaktif dan menghiburkan ini. Ini hanyalah beberapa contoh, jadi anda bolehlah cuba di masa lapang atau bila inginkan hiburan berdurasi singkat. Tapi, penggunaan haruslah berpada-pada. Kalau rasa ketagih nanti, boleh cuba detoks dengan tips daripada artikel digital detoks di SINI

Zaman dah berubah, cara kita berhibur juga turut berubah seiring dengan ketersambungan jalur yang semakin baik yang disediakan Kerajaan. Bukan sekadar berhibur, perkara yang lain pun boleh anda perkasakan literasi digital seperti teknologi yang memudahkan kehidupan harian.

Anda juga boleh baca tajuk-tajuk berkenaan teknologi tersebut di portal ini. Jadi selamat membaca dan semoga terhibur!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content