Media Sosial Anti Toksik – ‘Block’ Je

March 8, 2023

Gaya Hidup

“Rasa tak aman bila scroll media sosial ni. Konten entah apa-apa yang keluar kat FYP. Ada yang bash artis sana-sini, ada yang sebarkan perkara negatif. Serabut kepala, boleh hilang mood satu hari. Macamana nak buat ni?”

Haa mesti anda pernah mengalami situasi macam dialog di atas. Masa gosip tengah hangat, sibuk nak tahu cerita juga. Tapi lama kelamaan anda pun boleh tak tenteram bila konten buruk yang berkaitan asyik masuk feed.

Itulah fungsinya ada butang Report’, ‘Not Interested’, ‘Block’, ‘Mute’, ‘Hide’ dalam media sosial. Jadi macam mana nak gunakan butang-butang ni untuk hidup lebih aman? Jom baca.

Ilustrasi menunjukkan lelaki merasa marah.

KENAPA PENTINGNYA SEKAT KANDUNGAN NEGATIF?

Sebelum itu kita kena tahu kenapa kita kena block kandungan yang diperkatakan:

  • Menjaga kesihatan mental –  Menghabiskan masa berjam-jam di media sosial boleh menjejaskan mood anda. Malah pengguna media sosial yang kronik sering melaporkan kesihatan mental yang membimbangkan termasuk gejala anxiety dan depression. Ini disebabkan konten di media sosial memaparkan hanya sisi-sisi terbaik dalam kehidupan seseorang.

Perbandingan yang dibuat dengan hidup sendiri mengundang unhealthy expectation dan negative body image dalam hidup masing-masing. Ini belum lagi dikira faktor FOMO (Fear of Missing Out) bila kita rasa takut ditinggalkan dalam tren atau aktiviti rakan-rakan. Perkara ini yang membuat kurang keyakinan diri dan juga kurang tidur sekaligus turut menjejaskan kesihatn fizikal. 

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang tertekan dengan media sosial

  • Fokus kepada konten positif – Untuk kembalikan algorithm kepada konten yang lebih bermanfaat, cari video Tik Tok positif yang anda minat. Contohnya konten motivasi, tutorial memasak, cara DIY aksesori & perabot rumah, humor atau tips-tips umum. Bila nampak konten yang menyerabutkan kepala, boleh ikuti tips ‘block’ di bawah.

Ilustrasi menunjukkan content creator dengan konten mereka masing-masing

  • Lebih produktif – Bila konten yang anda dapat di FYP lebih positif, kebarangkalian untuk anda ketagih dengan konten yang disajikan mungkin rendah. Lagipun apa ayat yang popular digunakan itu “everything in moderation!”. Jadi, lebih banyak masa yang dapat anda habiskan untuk kerja-kerja yang lebih produktif dan berkualiti. Masa untuk bekerja, masa bersama keluarga and guess what, masa untuk anda de-stress dengan hobi atau buat apa saja aktiviti yang anda suka. 

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang mengait

FAHAMI INI DULU

Ambil contoh platform Tiktok yang makin ramai orang gunakan sekarang. Banyak terma FYP digunakan apabila menggunakan Tik Tok. Jadi apa tu FYP (For your page) ni sebenarnya?

FYP ni sebenarnya akan mengikut algorithm yang mana akan cadangkan konten, mengikut cara anda berinteraksi dengan video di sana. Macam apa yang anda Like, Favorites, Follow, tonton, dan komen.

Maka platform Tik Tok akan cari lagi video berkaitan berdasarkan interaksi anda dan meletakkanya dalam feed FYP anda.

NAK BUAT APA KALAU TAK SUKA?

  • Konten tak menarik: Tekan lama-lama pada skrin > pilih ‘not interested’
  • Konten melanggar garis panduan komuniti: Tekan skrin lama-lama > pilih ‘report’ > alasan anda buat report. Buat je macam video di bawah.

Video daripada Tiktok Malaysia ini menunjukkan apa yang boleh dilakukan jika tak berpuas hati dengan konten di FYP Tiktok anda.

APA LAGI BOLEH REPORT?

  • Setiap ciri-ciri yang ada di Tiktok boleh dilaporkan.
  • Komen, strim langsung(live), DM, hashtag, akaun, komen live streaming, lagu (sound), carian cadangan (suggested search), Sticker dan lain-lain.
  • Untuk panduan lebih, boleh ke sini.

Ilustrasi menunjukkan aktiviti live streaming.

GUNA MEDIA SOSIAL DENGAN BIJAK

Nah, bukan Tik Tok je ada garis panduan komuniti, platform media sosial lain pun sama. Semua untuk keamanan dan keselamatan anda sebagai pengguna. Iyalah, ketersambungan Internet kan memudahkan semua orang untuk guna media sosial di mana-mana, bila-bila masa dan muat naik apa saja konten.

Jadi anda sebagai pengguna pun kena lah gunakan apa yang disediakan sebaiknya. Ada konten yang bermanfaat boleh lah ikut, mana konten yang menyakitkan hati, ikut je panduan ni.  

Selamat menggunakan media sosial dengan selamat!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content