Untungnya Tinggalkan Review!

March 20, 2023

Gaya Hidup

“Eh betul la kafe viral ni memang sedap la Siti! Ingatkan aku untuk tinggalkan review kat Google nanti tau” 

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki yang beri thumbs up

Perasan tak yang bila anda buat carian di Google untuk mana-mana tempat macam restoran ke, kedai ke, mesti anda akan nampak komen dan rating yang diberikan oleh orang awam. Inilah dinamakan online review. Tapi ramai tak tahu kebaikan tinggalkan review ni sebenarnya ada banyak. Bagus untuk kedua belah pihak: peniaga dan pembeli.

Aktiviti ini juga boleh dapatkan rebat, barang percuma, dan sebagainya tau. Mungkin lepas anda baca artikel ni, anda pun suka nak tinggalkan review. Jadi jom baca manfaat-manfaatnya buat seller dan buyer!

APA JE BOLEH DAPAT KALAU BUAT REVIEW NI?

#1 Bantu Buat Market Research

Ikon menunjukkan logo SurveyMonkey, Vase.ai, toluna dan Try & Review. Kredit imej jenama masing-masing.

Kalau untuk PENIAGA…

  • Sebelum anda keluarkan produk, eloklah kalau anda test dulu produk di pasaran terlebih dahulu dengan melaksanakan market research. Upah syarikat yang berkenaan untuk bantu anda.
  • Syarikat ini akan edarkan sampel ke demografi yang anda perlukan. Anda boleh cuba platform  TRYANDREVIEW. 
  • Kenapa perlu? Jika nak elakkan kerugian anda perlu pastikan produk anda berkualiti dan disukai ramai. Jadi maklum balas awal yang positif itu penting. Jadi jika sambutan atau feedback tak seperti dijangkakan anda bolej kenalpasti kenapa.
  • Review bakal pelanggan anda adalah data yang sangat bernilai

Contoh website yang penjual boleh gunakan, VASE ai, Survey Monkey and Toluna

Kalau untuk PELANGGAN

  • Boleh dapatkan produk secara percuma sekiranya sample diberikan di platform yang sama disebutkan di atas. 
  • Kalau dalam bentuk soalan, anda boleh suarakan pendapat anda sebagai customer, beritahu apa yang anda cari. Semua jawapan anda penting buat penjual untuk mereka buat kajian lanjut sebelum produk sedia untuk keluar di pasaran.

#2 BANTU DALAM BUAT KEPUTUSAN

Ilustrasi seorang wanita yang sedang membuat pilihan di produk yang 

Kalau untuk PENIAGA…

  • Rating di enjin carian dan platform e-dagang sebenarnya sangat diperlukan oleh peniaga. Bukan sahaja untuk naikkan imej perniagaan anda, tapi untuk dapatkan kepercayaan daripada pelanggan sedia ada. 
  • Anda juga boleh tarik bakal pelanggan dengan review yang positif.
  • Anda boleh tambahkan saluran review di sini. Contohnya Shopee. Platform ini menggalakkan pelanggan tinggalkan review dan diberikan ganjaran berbentuk coins
  • Jadi semua di atas bantu untuk pelanggan buat pilihan dengan memilih produk/servis anda! 
  • Perniagaan tempatan seperti Dentalyst juga ada memberi rebat kepada pelanggan mereka yang meninggalkan review baik di Google.

Kalau untuk PELANGGAN…

  • Bila pelanggan tinggalkan komen dan review jujur, pelanggan lain turut mendapat manfaat dengan membaca review tersebut.
  • Ia bantu mereka untuk buat keputusan yang baik. Tidak semestinya review yang positif saja. Nyatakan masalah jika ia terjadi, jadi orang lain pun boleh buat langkah berjaga-jaga.
  • Selain itu, sekarang ni, tinggalkan review boleh buat anda untung. Ada yang dapat rebate lah, coins lah, points lah. 
  • Jadi jangan amalkan meninggalkan review yang pelik-pelik. Fokus pada barang yang diterima kerana pengeposan biasanya bukan dalam kawalan peniaga. Terutamanya di platform seperti Shopee & Lazada. Jangan pos gambar kucing kalau produk dibeli tak ada kena mengena.

Ilustrasi seorang wanita yang sedang berhubung dengan 4 orang yang lain

#3 PERSONAL CONNECTION

Kalau untuk PENIAGA…

  • Lebih lebih lagi jika anda merupakan pemilik rumah inap (homestay) yang dipasarkan di platform seperti Agoda dan Airbnb. Senang untuk anda dapatkan pelanggan yang baik. Malah pelanggan tetap pun akan ada.
  • Kepada pelanggan yang ada good attitude dan tinggalkan review yang baik, mereka pasti dapat membantu melariskan aset anda. 

Kalau untuk PELANGGAN…

  • Kalau anda pernah hubungi Host daripada airbnb, anda boleh dapatkan extra privilege. Di mana anda akan dapat kepercayaan dengan Host. Selepas ni, anda boleh senang hubungi secara terus untuk tanyakan kekosongan bilik yang anda pernah lawati tanpa perlu ke platform khusus.
  • Silap haribulan, anda boleh dapat harga istimewa daripada Host jika mereka suka review anda.
Ilustrasi menunjukkan beberapa tangan menyokong sebuah bisnes tempatan

#4 SOKONG PRODUK TEMPATAN

Kalau untuk PENIAGA…

  • Sekiranya kalau anda peniaga dalam Malaysia, review ni sangat penting untuk anda boostkan bisnes anda. 
  • Boleh kelihatan lebih dipercayai dan mampu meningkatkan demand yang tinggi. Boleh lariskan perniagaan anda!
  • Jadi setiap kali pelanggan mebuat belian, ingatkan mereka untuk tinggalkan review.

Kalau untuk PELANGGAN…

  • Jika ada dua kedai lokal dan luar negara jual barang yang sama, sokonglah kedai lokal walaupun harganya mungkin sedikit mahal. 
  • Dan biasanya barang anda juga akan lebih cepat sampai bila membeli dengan kedai lokal
  • Tetapi prinsip yang sama masih kekal untuk buat keputusan selain faktor harga. Semak servis yang diberikan bagus atau sebaliknya serta kualiti produk yang dijual.

LEPAS NI, MEMANG RAJINLAH NAK LEAVE REVIEW. KALAH INFLUENCER

Ilustrasi menunjukkan beberapa pelanggan memberikan review dalam talian

Segalanya dihujung jari dengan adanya Internet Connectivity begitu juga review dalam talian. Online review bukan saja menguntungkan pihak penjual, tapi pembeli atau potential customer pun turut mendapat tempias! Siapa je tak nak barang percuma kan. Tak kisahlah sample ke coins ke points ke. 

Jadi, tinggalkan review jujur anda selepas ini. Tak kiralah selepas anda pulang dari mana-mana tempat, anda baru terima parcel delivery dan juga kalau anda bosan, boleh jadikan hobi yang boleh jana duit iaitu jadi online brand reviewer! Menarik juga tu kan?

Jadi selamat review!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content