Parti Untuk Semua Orang

March 2, 2023

Gaya Hidup

“Dah download belum parti tu?”

“Parti apa pulak nak kena download ni, aku kan jauh kat Sabah, kau kat KL Mat, parti apaa??”

“Laa, kan kau nak tengok movie sekali, download la app tu, boleh tengok online, aduh kau ni!”

Ilustrasi menunjukkan rakan-rakan berbual dalam talian 

Eh aplikasi apa yang boleh tengok movie sama-sama ini? Dah la mereka ni jauh, seorang di Sabah, seorang di Kuala Lumpur.

Okay jom kita imbau kenangan sekejap waktu pandemik dulu, macam-macam aktiviti yang dapat dijalankan walaupun jarak berpisah beribu batu.  Haa, termasuklah dengan aktiviti menonton movie sama-sama.  Sekarang dah boleh pakai aplikasi dan apa yang anda perlukan, hanyalah Internet. 

TONTONAN BERSAMA INI BANYAK MANFAAT, ANTARANYA IALAH…

#1 Jimat Duit!

Tak perlu bayar duit tiket dan tak perlu nak bergerak ke satu-satu tempat. Misalnya nak ke lokasi rumah sahabat ataupun panggung wayang. Sekarang ini, aplikasi memudahkan semua orang dengan membolehkan kita tonton bersama tanpa mengira jarak. Pergerakan kurang, lebih selamat, tak perlu keluarkan kos petrol, parking dan tol. 

Lagi-lagi kalau dah jarak jauh. Berkilo-kilometer pula itu. Kalau sekali sekala tak apa, kalau jenis movie afficionado itu, cuba bayangkan kalau setiap minggu berkali-kali nak tengok filem sama-sama. Lagi parah, bila anda ingin menonton filem dengan rakan anda yang berada di luar negara. 

Ilustrasi menunjukkan 3 orang rakan yang sedang menabung

#2 Solusi Untuk LDR (Long-Distance Relationship)

Buat mereka yang berhubung jarak jauh seperti kekasih, pasangan suami-isteri dan juga sahabat, pasti akan rasa sulit bila datangnya bab ‘hangout’. Kalau makan-makan pun susah untuk berjumpa, apatah lagi nak beraktiviti macam menonton movie. Tapi itulah, bersyukur ada Internet sebab semakin banyak platform yang menawarkan ciri yang membolehkan aktiviti dibuat bersama-sama.

Bukan sahaja boleh karaoke sama-sama je sekarang ni, main game dari jauh dan sekarang ni tengok wayang pun boleh bersama-sama. Disebabkan dah ada banyak platform percuma, lebih keraplah anda boleh meluangkan masa bersam-sama dengan yang tersayang.

Ilustrasi merupakan gambar sepasang kekasih yang berjumpa dalam talian

#3 Fleksibel!

Tak perlu nak kumpul semua orang di tempat yang sama dan waktu yang sama. Boleh pause dan gelak atau borak dulu. Kan fleksibel tu! Kalau tengok dekat panggung wayang, mana boleh stop-stop. Kena ikut durasi. Kalau tengok wayang kan, kena ikut waktu-waktu tayangan yang dah ditetapkan. Bila dah sibuk memang tak dapat nak kejar waktu tayangan dan tonton bersama.

Ilustrasi menunjukkan rancangan TV yang di-pause

DAH TAHU MANFAAT TONTONAN BERSAMA, CUMANYA SEKARANG INI NAK GUNA PLATFORM APA YA?

Hampir semua platform di bawah boleh disambungkan kepada OTT seperti HBO, Hulu, Disney Hotstar dan Netflix mengikut terma dan syarat.

Metastream

Anda boleh akses platform Metastream di browser desktop. Hanya masukkan nama samaran, pilih bahasa, tekan butang Chrome Extension untuk enable extensionMetastream Remote’ dan boleh pilih dari pelbagai platform video, OTT atau apa-apa link yang ingin anda kongsi/tonton bersama.

Platform ini juga membenarkan anda untuk membuat playlist dan queue filem yang ingin dimainkan. Anda juga boleh berbual ketika movie sedang dimainkan melalui fungsi chatting. Ia turut mempunyai time stamp marker, jadi senang nak mainkan bila-bila. Rasa macam nak cerita pasal movie ini dengan lagi ramai orang, anda boleh search  komuniti Metastream di Discord untuk berinteraksi mengenai filem yang ditonton.

Tangkap layar contoh tontonan bersama menggunakan Metastream. Kredit imej daripada Metastream.

Watch2gether

Platform ini juga lebih kurang sama dengan Metastream tetapi anda tak perlu enable Chrome Extension. Dengan satu klik anda dah boleh ‘create room’ dan ajak sesiapa melalui link yang dicipta secara automatik, untuk masuk ke ‘ruang tayangan’ dan tonton movie bersama. Anda boleh pilih dari mana-mana platform OTT untuk ditonton. Nak tahu lebih lanjut mengenai OTT, klik SINI.

Antara ciri yang lain adalah platform ini mempunyai ciri history dan playlist, jadi bolehlah tengok apa yang dah ditonton sebelum ini. Anda juga boleh search di Youtube terus daripada platform ini.

Tangkap layar menunjukkan hasil carian movie di Youtube melalui platform watch2gether. Kredit imeh daripada watch2gether.

Kosmi

Alternatif yang lain pula adalah Kosmi. Mempunyai ciri-ciri asas sama seperti 2 platform yang disebutkan sebelum ini. Tapi yang seronoknya, Kosmi membolehkan anda bermain video game bersama dan juga mendengar muzik. ‘Bilik’ juga anda boleh personalise mengikut citarasa masing-masing. Baru la ada vibe! Kosmi juga menawarkan perkongsian daripada pelbagai portal lain daripada yang lain seperti ubi, PS3 emulator, Pluto TV, Youtube Live & sebagainya.

GIF yang menunjukkan ciri-ciri yang ada dalam Kosmi

Teleparty

Untuk Teleparty pula, anda boleh strim dan kongsi dengan rakan-rakan daripada platform penstriman itu sendiri. Tak perlu pergi ke platform yang lain untuk enjoy dan tonton bersama! Teleparty juga menawarkan tonton dalam versi HD. Jika Kosmi boleh personalise bilik, Teleparty benarkan anda untuk customise ikon untuk setiap penonton untuk pengalaman yang lebih menarik.

Gif menunjukkan ciri-ciri Teleparty. Kredit gif daripada Teleparty.

Watchparty

Chatting tak cukup seronok untuk anda, pasangan dan kawan-kawan? Watchparty ada ciri untuk anda buat video call sambil tengok movie. Dah la tak perlu muat turun atau daftar. Selamat la data peribadi anda. Watchparty juga mempunyai mod teater dan jika anda ada movie lama yang tak ada di platform OTT, anda boleh upload fail sendiri untuk ditonton bersama-sama.

Tangkap layar menunjukkan mod teater ada dalam Watchparty. Kredit imej daripada Watchparty.

TAKDELAH SUSAH HATI LEPAS NI, KALAU JAUH PUN MASIH BOLEH BERHUBUNG SIAP BOLEH TONTON CERITA SAMA-SAMA LAGI!

Dengan ketersambungan jalur lebar, hampir semua aktiviti boleh dilakukan secara maya. Termasuk tonton filem atau cerita bersama. Bukan untuk pasangan bercinta je, dengan rakan-rakan & keluarga yang jarang bersua muka atau tinggal berjauhan pun boleh juga.

Kalau kena dengan gaya hidup anda, apa salahnya guna, betul tak?

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content