Melancong Lebih Puas dengan 5 Gajet Ini!

December 27, 2022

Pelancongan

Siapa yang tak suka melancong? Jika diberi pilihan, pastinya anda mahu menghabiskan masa dengan meneroka bandar baru, mencuba makanan tradisional negara orang dan menikmati pemandangan baru yang tak ada di tempat lahir anda. 

Tapi pengalaman melancong pasti terganggu jika terpaksa membazirkan masa pulang ke hotel untuk mengecaj telefon atau membeli secawan kopi untuk mendapatkan password Wi-Fi. Jangan risau, cuba bawa 5 gajet ini untuk membuatkan pengalaman melancong selepas ini lebih puas. 

5 GAJET WAJIB ADA KETIKA MELANCONG

5 gajet ini wajib ada dalam beg anda semasa melancong demi kepuasan maksimum. Gajet-gajet berikut boleh didapati di kedai-kedai atau dalam talian. 

1. Portable Power Bank

Gambar menunjukkan sebuah power bank dengan pelbagai wayar.
Gambar menunjukkan sebuah power bank dengan pelbagai wayar

Antara gajet yang paling penting. Power Bank akan memastikan telefon pintar sentiasa mempunyai bateri. Ia juga boleh digunakan sewaktu kecemasan. Dengan pelbagai tawaran kapasiti di luar sana, anda hanya perlu pilih yang sesuai dengan telefon anda. Tapi jangan lupa untuk mengecaj power bank ini juga setiap malam selepas penggunaan. Sekiranya anda memilih untuk menaiki penerbangan ke destinasi pilihan, semak dengan syarikat penerbangan mengenai peraturan membawa power bank.

Tips memilih: Pilih kapasiti power bank 2 kali ganda dari kapasiti bateri telefon pintar anda. Contohnya, jika kapasiti bateri telefon pintar adalah 5000mAh, pilih power bank berkapasiti 10,000mAh. Jadi anda boleh caj telefon anda 2 kali. 

2. Plug Universal

Gambar menunjukkan 3 jenis plug universal.
Gambar menunjukkan 3 jenis plug universal

Setiap orang akan berterima kasih kepada anda bila anda membawa plug universal ini. Lain negara lain jenis plug, jadi anda harus masukkan plug universal dalam packing checklist. Ataupun sebagai alternatif, anda boleh bawa plug universal mudah alih yang terus ada wayar-wayar untuk disambung ke peranti anda. 

Tips menggunakan: Semak voltan peranti untuk memastikan jumlah voltan yang biasanya digunakan di negara yang anda lawati serasi atau tak. 

3. Wi-Fi Hotspot Mudah Alih

Gambar menunjukkan peranti Wi-Fi mudah alih.
Gambar menunjukkan peranti Wi-Fi mudah alih

Kepada pelancong tegar, anda wajib laburkan sedikit duit untuk membeli Wi-Fi Hotspot Mudah Alih. Anda tak perlu lagi menggunakan Wi-Fi awam sebab dah ada sambungan Wi-Fi sendiri. Jadi lebih selamat untuk melayari internet. 

Tips memilih: Pilih peranti yang menawarkan 5GHz Wi-Fi, storan bateri yang tinggi, tak terlalu berat untuk dibawa dan paparan yang jelas. 

4. Headphone kalis bunyi (noise cancelling headphone)

Gambar menunjukkan headphone di atas laptop.
Gambar menunjukkan headphone di atas laptop

Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup sangat penting dalam mendapatkan pengalaman melancong yang lebih puas. Sesetengah orang akan “bad mood” bila tak dapat tidur dan rehat yang mencukupi terutamanya ketika menaiki kapal terbang. Jadi bawa headphone kalis bunyi untuk membantu tidur tanpa gangguan bunyi asing. 

Tips memilih: Pilih tahap keselesaan yang anda inginkan, ringan, kualiti bunyi dan tanpa wayar.

5. Telefon pintar

Gambar menunjukkan beberapa buah telefon pintar.
Gambar menunjukkan beberapa buah telefon pintar

Gajet paling penting! Hampir kesemua orang mempunyai telefon pintar sekarang.  Google Sheet yang anda guna untuk merancang perjalanan anda berada dalam telefon. Kalau nak tahu macam mana nak guna Google Sheet untuk rancang perjalanan, boleh klik sini.

Kamera telefon anda juga dapat digunakan untuk menangkap gambar kenangan. Kamera dan komputer riba adalah alternatif lain. Tetapi dalam kebanyakan situasi, 2 gajet ini tak diperlukan kerana telefon pintar anda sudah boleh melakukan benda asas untuk 2 gajet ini. 

MELANCONG DENGAN LEBIH PUAS

5 gajet ini bakal membantu anda mendapatkan kepuasan melancong yang lebih baik.  Tak semestinya anda harus membawa kelima-lima gajet ini seorang diri. Anda boleh berbincang dengan rakan-rakan untuk berkongsi. 

Sudahkah anda masukkan 5 gajet ini dalam senarai keperluan melancong anda? Semoga bermanfaat dan selamat melancong! 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content