Bangun dikejutkan alarm telefon pintar, sambil bersiap buka Youtube untuk stay updated dengan berita terkini, tak pun buka Spotify.
Sampai di tempat kerja, buka email dan check mesej di chatting app.
Sambil lunch, scroll feed di Instagram & Tik Tok.
Malam, mulalah buka shopping app untuk lihat promo terbaru dan sebelum tidur pula guna aplikasi nak dengar white noise. Anda boleh relate?
Ini mungkin jadual harian anda yang meliputi penggunaan screen time yang banyak. Lihat saja statistik dari Statista yang mengatakan rakyat di Malaysia secara puratanya meluangkan 9 jam dalam sehari untuk menggunakan Internet. Lama sangat tu. Pandemik yang lalu turut menyumbang ke arah gejala ini kerana pergerakan untuk beriadah yang terhad.
Apa-apa saja yang digunakan secara berlebihan, pasti ada kesannya. Jom kita lihat impak screen time berlebihan, kenapa anda kena kurangkannya dan yang paling penting, macam mana nak atasinya dengan detoks digital.
APAKAH ITU SCREEN TIME?
Screen Time adalah masa yang diluangkan menggunakan peranti berskrin seperti telefon pintar, komputer, televisyen dan permainan video.
APA JADI KALAU TERLEBIH SCREEN TIME?
- Ambil Masa Aktiviti Lain – Tidur tak cukup, waktu bersenam berkurang, jarang bersosial dan sebagainya yang boleh menjejaskan kualiti hidup (depresi, obesiti, ketagihan, kurang keyakinan diri).
- Mengurangkan Fokus – Susah untuk fokus dalam satu-satu tugasan kerana tanpa sedar kita akan selalu ingin lihat telefon pintar setiap 12 minit. Untuk kembali fokus pula memerlukan 23 minit selepas gangguan (berdasarkan kajian).
- Kesihatan Merosot – Penglihatan boleh terjejas dengan masa yang lama diluangkan melihat skrin. Mata kering atau kabur dan biasanya ditemani dengan sakit kepala. Tabiat melihat skrin juga menganggu postur badan.
- Mudah Stres – Konten di sosial media tak selalunya positif. Akan ada konten yang mengganggu emosi dan juga komen-komen Netizen yang mungkin akan membawa ke cyberbullying dan juga membandingkan diri dengan gaya hidup orang lain yang ditonjolkan di platform media sosial. Keadaan ini juga dipanggil doomscrolling.
KENAPA PERLU KURANGKAN SCREEN TIME?
- Lebih Fokus – Anda akan lebih sedar tentang apa yang berlaku di sekeliling dan lebih mudah concentrate.
- Kurang Stres – Dengan kurangnya ‘information overload’ dan perhatian lebih kepada perkara lebih penting, maka kuranglah stres anda.
- Interaksi Sosial yang Lebih Baik – Lebih banyak interaksi dengan keluarga dan rakan-rakan bila peranti diletak jauh.
- Pengurusan Masa Lebih Terkawal – Lebih masa untuk buat benda lain, jika tak setiap beberapa minit mesti nak check phone.
JADI APA NAK BUAT UNTUK KURANGKAN SCREEN TIME?
Detoks digital jawapannya. Tapi kejap, apa tu Digital Detoks?
Digital Detoks ialah apabila anda ‘berpuasa’ ataupun mengurangkan masa menggunakan peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer, televisyen dan tablet.
Jadi ini antara 5 tips yang anda boleh lakukan:
1. Jangan Ganggu Aku – Aktifkan Mod ‘Do Not Disturb’
- Ciri ini memang berguna. Siapa yang tak pernah guna lagi, silakan. Anda boleh cari ciri ini di tetapan telefon Android dan juga iOS.
- Ciri ‘Do Not Disturb’ ini akan menutup bunyi panggilan, notifikasi dan amaran di telefon pintar anda.
- Bukan sahaja patut digunakan sewaktu anda ada mesyuarat, tapi sewaktu anda ingin berehat juga.
- Maklumlah, ada di antara kita yang tak boleh kalau ada notifikasi. Mesti gatal tangan nak check dan reply. Boleh je, tapi anda pun kena rehat juga.
- Anda juga boleh gunakan aplikasi untuk kawal penggunaan Internet sekiranya perlu seperti Freedom & One – Moment meditation.
2.Makan Dengan Aman – Simpan Telefon
- Jadikan ini sebagai tabiat harian. Bila makan je, simpan telefon dan semua gajet.
- Dapat nikmati perbualan yang lebih berkualiti yang merapatkan bonding antara satu sama lain dengan yang tersayang. Lagi-lagi dilakukan bersama anak-anak dan isteri jika anda dah berkeluarga.
- Percayalah, mata anda dapat rehat, hati pun senang dapat menikmati makanan.
3.Kadangkala Old School is Best – Guna Kertas
- Perasan tak bila kita baca buku fizikal rasa lebih seronok berbanding baca buku di tablet atau telefon pintar?
- Sebab buku fizikal tak memberi gangguan seperti notifikasi yang bertalu-talu dari media sosial. Lebih konsentrasi dan ‘ada feel’ bak kata orang. Ada juga kajian dari Journal of Research in Reading yang mengatakan kita akan lebih efisien bila membaca buku fizikal.
- Ini boleh juga diaplikasikan bila kita nak buat checklist atau nota. Tukar kembali penulisan di kertas atau buku nota untuk lebih fokus. Kalau nak faham sesuatu topik pun lebih mudah kalau tulis di kertas sebenarnya.
4.Jangan ada gadget dalam bilik aku! – No Tech Zone
- Ramai kan orang guna telefon pintar sebagai alarm clock di bilik? Tapi bila dah matikan jam mulalah meleret ke dunia Twitter, Instagram, Facebook, sedar-sedar dah lambat nak bersiap pergi kerja.
- Jadi sebaiknya, letakkan telefon di luar bilik dan gunakan jam loceng fizikal. Anda juga akan lebih fokus dengan pasangan masing-masing dan meluangkan masa yang berkualiti daripada hanyut di dunia virtual.
- Lagi satu, blue light di gajet-gajet anda akan trick otak yang waktu sekarang masih siang. Itu yang susah nak tidur tu. Jadi gunakan mod malam yang biasanya ada di setiap peranti.
5.Berbulu je mata tengok, unfollow! – Spring Clean Media Sosial Anda
- Memang mudah kita berhubung dengan sesiapa saja di era digital ini. Tapi makin ramai orang anda follow atau subscribe di sosial media, makin banyak pendedahan sentimen dan gaya hidup yang tak realistik. Bukan saja sentimen yang positif malah negatif juga.
- Perkara ini sukar nak dikawal. Jadi, sebelum kita timbul perasaan yang kurang enak atau menghantar komen yang tak baik, eloklah anda unfollow atau unsubsribe siap-siap akaun yang berpotensi membuat hantaran yang mengganggu emosi anda.
- Jadi elakkan konten toksik dan jaga kesihatan mental ya.
LESS IS MORE KAN?
Berlebih tak baik, kurang pun tak baik. Begitu juga dengan penggunaan teknologi lagi-lagi telefon pintar dan gajet-gajet yang lain. Bukanlah penggunaan teknologi itu tak baik, tak sama sekali. Tapi dalam semua perkara pun kita haruslah bersederhana dan sedar jika sesuatu tabiat itu sudah keterlaluan untuk kita mengambil tindakan pantas.
Lakukan 5 tips ini kalau anda nak seimbangkan kesihatan dan kemajuan. Tapi, bila masa anda perlu menggunakan teknologi sepenuhnya, gunakanlah sebaik mungkin.