Urus Sakit dengan Teknologi

February 15, 2023

Kesihatan

“Alya, kau kenapa ni?? Duduk gelap-gelap siap pakai earplug, tadi aku dengar kau muntah kan??”

“Kau tutup langsir tu balikk….aku…migraine teruk, takleh dengar bunyi, takleh tengok cahaya.. Panadol tak jalan….”

“Cakap la awal-awal, aku ada satu device ni boleh tolong, sat noh”

Ilustrasi menunjukkan beberapi orang yang sedang mengalami kesakitan 

Dianggarkan 15 hingga 20 peratus atau enam juta penduduk di Malaysia mengalami kesakitan kronik dan jumlah sebenar adalah lebih daripada itu kerana masih ramai rakyat Malaysia yang tak nak jumpa doktor. Jadi ini menyukarkan mereka untuk menerima rawatan yang betul dan ada yang menganggap kesakitan itu adalah lumrah dan sebahagian daripada hidup. Sedangkan jika diberi rawatan awal, kemungkinan besar boleh sembuh. 

JUMPA PAKAR PERUBATAN SEBAGAI LANGKAH PERTAMA

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita dengan sakit belakang berjumpa dengan seorang doktor

Jadi perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti punca, cara untuk mengatasi atau menguruskannya. Pengurusan kesakitan adalah lebih baik dengan pantauan para petugas kesihatan. Dan dengan teknologi yang semakin advanced, ia juga boleh diuruskan menggunakan peranti dan juga aplikasi-aplikasi yang sudah pun ada di pasaran seperti peranti TENS dan aplikasi Pathway yang bakal diceritakan di bawah. 

PENDEKATAN PENGURUSAN SAKIT CARA DIGITAL

Ilustrasi menunjukkan aplikasi-aplikasi kesihatan

Pengurusan sakit memang penting, lebih-lebih lagi kesakitan kronik. Pengurusan sakit juga adalah cabang penting dalam dalam bidang perubatan yang mengguna pakai pendekatan antara disiplin (pelbagai bidang) untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti hidup. 

Jenis-jenis sakit: Kesakitan boleh dibahagikan kepada sakit akut dan kronik di mana sakit akut muncul secara tiba-tiba selepas kecederaan terjadi dan akan berlanjutan selama beberapa minit. Sakit kronik pula, pesakit akan terus merasai kesakitan walaupun proses penyembuhan telah melebihi 3 bulan. 

Bersama-sama dengan pantaun doktor, pengurusan sakit juga dah dimudahkan dengan wujudnya peranti dan aplikasi yang boleh membantu pesakit mengatasi/mengurangkan rasa sakit di mana saja mereka berada. Daripada penggunaan peranti, pantauan jauh daripada doktor dan juga terapi melalui aplikasi. Ini adalah antaranya:

#1 LATIH OTAK LAWAN SAKIT – Pathways

Gambar tangkap layar menunjukkan antara ciri-ciri dalam aplikasi Pathways
  • Anda sebenarnya boleh latih otak untuk melawan rasa sakit melalui terapi.
  • Jadi ini adalah fokus yang dibangunkan oleh aplikasi Pathways di mana ia mempunyai program yang mengajar pesakit memahami kesakitan dan mengesyorkan teknik kelegaan kesakitan (Pain relief techniques) yang sesuai dengan jenis kesakitan anda seperti Cognitive Behavioural Therapy (CBT). 
  • Dengan paparan pemuka yang minimal dan panduan yang jelas, program aplikasi ini mempunyai beberapa langkah sangat mudah diikuti.
  • Muat turun: Android | iOS (Percuma & Berbayar

#2 GUNA AI TRACK KESIHATAN – Wave

Tangkap layar menunjukkan antara ciri-ciri dalam aplikasi Pathways
  • Kadang kala bila doktor tanya, “berapa kali awak rasa sakit ni dalam seminggu?” atau “how intense sakit yang you rasa masa tu?” susah kan nak cakap kalau tak tulis. 
  • Jadi menjejak data itu penting untuk rujukan doktor dan juga untuk anda mengurus rasa sakit dengan lebih baik. Inilah objektif aplikasi Wave di mana ia memudahkan anda rekod rasa sakit dan simptom-simptom yang berkenaan. Anda juga boleh jejak aktiviti harian, masa tidur, pengambilan air, suhu, pengambilan ubat dan sebagainya. 
  • Berdasarkan aktiviti yang direkod, Wave Health AI-Powered Insight akan kesan bagaimana aktiviti harian boleh memberi kesan kepada rasa sakit dan simptom-simptom yang terjadi. 
  • Contohnya jika anda bersenam dan rasa sakit berkurang, Wave Insight akan memberitahu untuk tingkatkan aktiviti tersebut untuk pengurusan sakit yang lebih baik. 
  • Muat turun: Android | iOS (Percuma & Berbayar)

#3 JURULATIH MAYA – Curable

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Curable 
  • Ini pula adalah aplikasi untuk membantu anda mengurus dan menangani kesakitan anda melalui pendekatan biologi, psikologi dan sosiologi (biopsychosocial)
  • Ia memberi anda bimbingan dan pelajaran audio berdurasi pendek untuk mengajar anda tentang sains kesakitan dan bagaiamana mengaplikasikan teknik seperti CBT, meditasi, visualisasi, penulisan dan sebagainya.
  • Curable adalah nama aplikasi ini dan ramai orang suka sebab ia interaktif dan jadikan urusan sakit lebih mudah 
  • Muat turun: Android | iOS (Percuma & Berbayar) 

#4 BANTU DOKTOR BANTU ANDA – Care Clinic

Gambar tangkap layar menunjukkan ciri yang ada dalam care clinic
  • Seperti mana kita simpan semua maklumat dalam satu projek di satu folder digital, aplikasi yang komprehensif ini membolehkan anda simpan semua data kesakitan, data rawatan & ubatan, tarikh temujanji, jejak kesakitan, perkongsian jenis rawatan dengan yang tersayang dan banyak lagi hanya dalam satu aplikasi.
  • Ia boleh bantu anda dan doktor untuk mengurus sakit dengan lebih efisien dengan aplikasi CareClinic ini. 
  • Muat turun: Android | iOS (Percuma & Berbayar) 

#5 PERANTI JADI HERO – TENS

Ilustrasi wanita dipasangkan TENS
  • TENS (transcutaneous electrical nerve stimulation) adalah satu peranti yang menggunakan teknologi untuk mengurangkan rasa sakit migrain, sendi dan otot. 
  • Ia berfungsi dengan mengalirkan electric pulse (dalam kadar selamat) melalui kulit di mana ia akan menyekat saraf daripada menghantar signal sakit ke otak.
  • Antara yang ada dalam pasaran: The Beurer EM59 Digital TENS yang bermula dengan harga RM480. Aplikasinya pula adalah percuma.

KINI PENGURUSAN SAKIT LEBIH MUDAH DIAKSES

Ilustrasi mengenai teknologi dan kesihatan 

Mujur ada teknologi yang membantu pesakit mengatasi atau mengurangkan kesakitan. Satu inovasi yang sangat bermanfaat terutamanya untuk penderita sakit kronik. Aplikasi-aplikasi ini bukan sahaja dapat membantu melegakan kesakitan, tapi boleh mengurus dan memantau kesihatan.

Jadi dengan kestabilan jalur lebar yang tersedia, mereka boleh mengakses dengan mudah dan selamat untuk kualiti hidup yang lebih terjaga! 

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Marie Kondo Kan Ekosistem Digital Anda

Kesihatan

March 21, 2023

Kerja Kerja Juga, Belakang Kena Jaga!

Kesihatan

March 20, 2023

Aplikasi First Aid jadi HERO dalam kecemasan

Kesihatan

March 17, 2023

Benda Dah Ada, Kenapa Tak Guna?

Kesihatan

March 13, 2023

Skip to content