Aplikasi First Aid jadi HERO dalam kecemasan

March 17, 2023

Kesihatan

“Tolong! Bapak aku kena heart attack! Aku nak buat apa ni sementara tunggu ambulans sampai?”

Ilustrasi  menunjukkan pseorang wanita yang cemas menelefon 

Anda tahu tak apa anda perlu buat kalau berada dalam situasi di atas? Panik itu dah satu hal, tapi bila tak boleh bantu untuk kurangkan kesakitan atau berikan first-aid yang betul memang rasa tak best. Jangan risau, anda boleh bersedia hadapi perkara sebegini untuk membantu sesiapa je terutamanya keluarga dan orang yang tersayang. Cuma pakai apps je.

Jom kita tengok mana yang sesuai untuk anda muat turun untuk buat persediaan!

ANTARA APLIKASI-APLIKASI FIRST AID DI MALAYSIA

#1 Buat Persiapan Menyeluruh – First Aid IFRC

Tangkap layar menunjukkan aplikasi First Aid IFRC. Kredit imej daripada First Aid IFRC.

  • Aplikasi ini mempunyai fungsi yang agak menyeluruh daripada cara untuk belajar bagaimana hadapi kecemasan, persiapan untuk bencana, apa yang perlu dilakukan saat kecemasan, kuiz untuk pastikan pemahaman yang tepat dan sebagainya.
  • Yang bagusnya ia boleh laras mengikut negara jadi negara Malaysia akan menggunakan simbol The Malaysian Red Crescent Society (MRCS).
  • Jadi nombor kecemasan selari dengan apa yang digunapakai di Malaysia.
  • Anda tak perlu cipta akaun dan aplikasi ini adalah percuma. 
  • Muat turun di iOS & Android

#2 Mudah Dinavigasi, Paparan Sesuai Situasi Kecemasan – StJohnAmbulance 

Tangkap layar menunjukkan aplikasi StJohnAmbulance. Kredit imej daripada First Aid StJohnAmbulance.

  • Paparan saiz perkataan yang besar mudah dibaca terutamanya ketika kecemasan,
  • Bayangkan anda ingin membaca panduan tetapi font size terlalu kecil. Jadi ini adalah salah satu key feature aplikasi ini.
  • Navigasinya juga mudah dengan paparan panduan kecemasan untuk kecemasan parah dan kecemasan ringan. Ia juga merangkumi teknik-teknik rawatan asas dan panduannya sangat straightforward and no-nonsense. 
  • Anda tak perlu pun cipta akaun, muat turun dan sedia untuk diguna.
  • Muat turun di iOS & Android

#3 Khusus Untuk CPR – CPR & First Aid 

Tangkap layar menunjukkan aplikasi CPR & First Aid. Kredit imej daripada CPR & First Aid.

  • Ini pula aplikasi khusus untuk panduan yang komprehensif mengenai teknik CPR.
  • Sesuai dengan para penjaga pesakit kronik seperti terutamanya pesakit jantung.
  • Tahukah anda tak semua teknik CPR perlukan pernafasan mulut ke mulut? Kalau ikutkan pernafasan mulut ke mulut tak lagi disarankan
  • Jadi aplikasi ini mempunyai ciri interaktif dengan kuiz supaya pemahaman lebih mendalam dalam melakukan CPR. 
  • Ada juga beberapa teknik kecemasan lain di dalam aplikasi dan juga pembelajaran untuk manfaat gaya hidup sihat dan maklumat risiko merokok & vaping. 
  • Aplikasi ini memerlukan penciptaan akaun dan ia juga percuma. 
  • Muat turun di iOS & Android

#4 Beri Notifikasi Kepada Yang Tersayang – iFirstAid 

Tangkap layar menunjukkan aplikasi iFirstAid. Kredit imej daripada iFirstAid.

  • Kalau pakai aplikasi ini, anda boleh add family members. Bila kecemasan berlaku, anda boleh broadcast lokasi di mana anda berada untuk perhatian mereka. Jadi ahli keluarga boleh cari lokasi anda dan maklumkan kepada pihak yang berkenaan. 
  • Ia juga bagus dibawa ketika melancong kerana boleh paparkan nombor kecemasan di setiap negara di dunia.
  • Anda juga boleh rekod kecederaan mangsa dan juga siapa yang memberikan rawatan kecemasan.
  • Kalau nak letak rekod kesihatan pun boleh seperti rekod vaksinasi, jenis ubatan yang diambil dan laian-lain. Senang nak rujuk bila doktor tanya ubat apa yang anda sedang ambil untuk elakkan interaksi atau alergi ubat.
  • Aplikasi ini perlukan anda untuk cipta akaun baru tetapi ia adalah percuma.
  • Muat turun di iOS & Android

#5 Khas Untuk Bayi Dan Anak Kecil – Baby & Child First Aid

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Baby & Child First Aid. Kredit imej daripada Baby & Child First Aid

  • Yang ini pula khusus untuk bayi dan kanak-kanak. Aplikasi yang dibuat oleh British Red Cross ini mempunyai navigasi yang sama seperti First Aid IFRC tetapi rawatan kecemasan merujuk kepada teknik yang lebih sesuai untuk bayi dan kanak-kanak .
  • Anda juga boleh merekod kecederaan anak-anak untuk rujukan masa hadapan.
  • Aplikasi ini tak perlukan penciptaan akaun dan ia percuma untuk dimuat turun. 
  • Muat turun di iOS & Android

KURSUS PERAWATAN AWAL KECEMASAN UNTUK ORANG AWAM

Selain guna aplikasi anda juga digalakkan untuk menyertai kursus rawatan kecemasan awal dan CPR yang biasanya disediakan oleh MRCS dan StJohnAmbulance untuk perawatan awal kecemasan yang diajar oleh para professional jadi bantuan yang dapat anda berikan adalah lebih efektif.

ANDA BOLEH JADI PENYELAMAT DAN HERO JUGA

Anda mungkin bukan seorang doktor, tapi dengan ilmu perawatan awal kecemasan yang boleh dipelajari oleh sesiapa pun, ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa. Dan antara medium yang boleh anda pelajari adalah melalui aplikasi selain kursus fizikal. Ini dimungkinkan dengan ketersambungan jalur lebar dan sambungan 5G yang semakin meluas. 

Jadi apa lagi, pilih mana yang bersesuaian dan muat turun sekarang!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Marie Kondo Kan Ekosistem Digital Anda

Kesihatan

March 21, 2023

Kerja Kerja Juga, Belakang Kena Jaga!

Kesihatan

March 20, 2023

Aplikasi First Aid jadi HERO dalam kecemasan

Kesihatan

March 17, 2023

Benda Dah Ada, Kenapa Tak Guna?

Kesihatan

March 13, 2023

Skip to content