Marie Kondo Kan Ekosistem Digital Anda

March 21, 2023

Kesihatan

“Kau ni kan aku tengok folder bersepah, e-mail sampai 1000 lebih, whatsapp pun 50 lebih tak baca, kau tak serabut ke?”

“Serabut, tapi nak buat macam mana……” 

Tahukah anda, situasi di atas seperti email yang tidak dibuka, chat yang tak dihiraukan, pelbagai applikasi yang tak diguna boleh membawa kepada “digital clutter”, atau terjemahanan kasarnya “selerak digital”. Memastikan semua benda dan perkara  kemas dan teratur adalah penting untuk menjadi lebih produktif dalam kehidupan. Tetapi ia tak terhad kepada persekitaran fizikal sahaja, ekosistem digital pun penting. 

Ilustrasi menunjukkan fail-fail yang bersepah di desktop

Apatah lagi sekarang kita berada di zaman teknologi, kebergantungan kepada teknologi sangat tinggi jadi sekali sekala kita perlu untuk mengemas penggunaan teknologi ini. Kebergantungan kepada teknologi yang tidak teratur boleh memberi kesan kepada kesihatan mental anda. Jom belajar cara ‘declutter’ atau mengemas hal-hal digital anda. 

APA ITU DIGITAL CLUTTER?

Secara asasnya ialah data, fail dan peranti digital anda yang tak tersusun dan digunakan. Ia boleh muncul dalam pelbagai bentuk – seperti e-mel yang tidak dibuka, storan telefon penuh atau beratus-ratus fail pada desktop anda. Digital clutter bukan sahaja memperlahankan peranti anda; ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental anda juga. 

IMPAK DAN KESAN DIGITAL CLUTTER

Ekosistem digital yang berselerak boleh menganggu produktiviti hidup dan kerja anda. Ada kajian yang menunjukkan bahawa terlalu banyak maklumat yang menyesakkan peranti anda boleh menyebabkan dan mencetuskan ‘anxiety’, sama seperti persekitaran yang tak tersusun dan bersepah. 

Infografik menunjukkan impak dan kesan digital clutter

5 CARA MENJADI SEORANG MINIMALIS DIGITAL 

1. Susun Desktop Anda 

Ikon fail digital

Cuba check desktop anda, ada banyak ikon-ikon yang terpapar dan berselerak merata skrin? Mula dengan cipta ‘folder’ dan masukkan ikon-ikon yang terpapar ke dalam folder yang sesuai. Anda boleh labelkan folder seperti ‘Kerja’, ‘Klien’, ‘Urgent’ dan sebagainya mengikut kesesuaian.

2. Padam Dokumen

Ikon fail dan tong sampah

Dokumen-dokumen yang tidak digunakan boleh dipadam terus daripada peranti anda. Secara alternatif, anda juga boleh pindahkan dokumen-dokumen ini ke storan yang lain seperti USB atau storan awan. Jadi boleh akses pada bila-bila masa dan tak ada lah berselerak di desktop anda. 

3. Bersihkan Telefon Anda 

Ikon baldi dan penyapu 

Telefon sekarang memang nadi semua orang. Bukan sekadar alat komunikasi lagi dah. Tapi sebenarnya boleh menganggu dan menambah stress. Notification yang masuk secara berterusan boleh menghilangkan fokus anda. Jadi bersihkan telefon anda daripada aplikasi yang tak membantu anda. 

4. Guna Email dengan Bijak

Ikon e-mel

Bagi kebanyakan orang, menyemak e-mel adalah sebahagian penting dalam rutin kerja harian. Walau bagaimanapun, dengan e-mail marketing, tawaran langganan, peringatan bank dan spam, e-mel anda boleh menjadi tempat longgokan sampah dengan cepat, menjadikannya sukar untuk menyaring e-mel berkaitan kerja atau mesej peribadi. Bezakan e-mel kerja dan peribadi. Ini akan membantu anda menjadi lebih tersusun. 

5. Jadi Strategik dengan Media Sosial

Ikon media sosial

Satu survey daripada The American Psychiatric Association menunjukkan 38% orang dewasa melaporkan media sosial berbahaya kepada kesihatan mental mereka dan 45% lagi melaporkan beberapa kesan negatif. Jadi susun media sosial anda ke dalam folder tertentu seperti “kawan, hobi dan karier”.  Kalau media sosial tu dah tak digunakan, delete je. 

INGAT 5 BENDA INI UNTUK ELAK DIGITAL CLUTTER

  • Kalau tak guna, padam
  • Namakan semua dokumen supaya mudah dicari
  • Padam dokumen yang sama
  • Spring clean e-mel anda sebulan sekali
  • Letak fail dalam folder tersendiri

ELAK DIGITAL CLUTTER, BANTU KESIHATAN MENTAL

Ilustrasi menunjukkan fail digital yang mudah diakses

Rumah dah kemas, ekosistem digital pun kena la kemas. Kedua-dua ini menjadi faktor untuk kesejahteraan fizikal dan mental. Memang lah teknologi sekarang dah meluas dengan ketersambungan jalur lebar, tapi jika tak diguna dengan bijak dan baik, boleh datangkan stress tanpa sedar. Jadilah pengguna digital yang celik tentang digital clutter

Selamat ‘mengemas’! 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Marie Kondo Kan Ekosistem Digital Anda

Kesihatan

March 21, 2023

Kerja Kerja Juga, Belakang Kena Jaga!

Kesihatan

March 20, 2023

Aplikasi First Aid jadi HERO dalam kecemasan

Kesihatan

March 17, 2023

Benda Dah Ada, Kenapa Tak Guna?

Kesihatan

March 13, 2023

Skip to content