Kerja Kerja Juga, Belakang Kena Jaga!

March 20, 2023

Kesihatan

“Aduh sakit belakang lah duduk lama-lama buat desk job ni. Rasanya haritu kat Internet macam nampak ada meja atau kerusi untuk exercise sambil buat kerja. Rasa nak cari semula lah.

Haa anda mungkin mengalami perkara yang sama bila lumrah kerja anda banyak diluangkan di depan laptop ataupun PC.

Sebab tu anda kena bergerak aktif dalam tempoh bekerja. Untuk yang nak elakkan sakit belakang sebab duduk lama sangat, jom kita tengok kenapa perlu buat senaman ringan semasa bekerja & alatan apa yang ada untuk bantu anda!

Ilustrasi menunjukkan lelaki berjalan di atastreadmill.

MANFAAT BERGERAK AKTIF SEMASA KERJA

Meningkatkan Fokus Dan Produktiviti 

Ilustrasi menunjukkan wanita yang sedang membuat regangan

Bila anda aktif atau rajin lakukan pergerakan, perjalanan darah akan lebih lancar mengalir ke seluruh badan termasuklah ke bahagian otak. Jadi lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak yang menjadikan anda lebih fokus untuk bekerja.

Mengurangkan Stres

Ilustrasi menunjukkan lelaki yang sedang bersenam

Penggunaan daya fikir mental dan fizikal kena seiring. Bila anda melakukan pergerakan badan dan memberi fokus semasa senaman, mental anda dapat berehat sebentar. Boleh lah anda merehatkan fikiran dan meraikan momen tanpa memikirkan hal kerja.

Merawat ‘Burnout’

Ilustrasi menunjukkan wanita yang membuat senaman sambil duduk

Jika anda dah merasa begini, anda boleh kurangkannya dengan melakukan senaman ringan. Anda boleh buka YouTube dan cari tarian mudah untuk anda lakukan pergerakan senaman. Silap haribulan boleh jadi terhibur bila tengok diri sendiri. Perasaan positif ini akan buatkan anda kembali merasa segar untuk kembali bekerja. Tetapi jika senaman tak membantu, itu petanda anda perlu bercuti sebentar untuk dapatkan rehat yang cukup. 

Mengurangkan Risiko Sakit Kronik Dan Mental

Ilustrasi menunjukkan wanita yang sedang membuat senaman

Gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan risiko penyakit seperti kardiovaskular, diabetes, tulang rapuh, depresi, dan lain-lain. Iyalah bukan sakit secara fizikal yang nampak pada mata kasar saja, sakit mental seperti kegusaran dan depresi pun dapat dikurangkan jika anda aktif bersenam.

PERALATAN MESRA DESK JOB YANG WUJUD

Jadi itu adalah antara manfaat bila anda kekal aktif ketika bekerja, tapi persoalannya mestilah – Macam mana nak kekal aktif dan pastikan kesihatan fizikal & mental terjaga? Haa ini antara peralatan yang boleh bantu anda:

#1 Pedal Machine Mini

Kalau anda duduk sambil buat kerja dekat meja mesti anda rasa kaki kebas kan. Iyalah bila duduk statik je perjalanan darah pun kurang lancar. Apa kata anda cuba Pedal Machine Mini ini. Sesuai untuk yang nak tingkatkan pengaliran darah di bahagian kaki dan rasa macam kena urut pun ada juga! Senaman impak rendah ini juga boleh latih otot dan pada masa yang sama tingkatkan koordinasi dan fleksibiliti kaki. 

Kat mana nak beli: Shopee

Gambar menunjukkan mesin Pedal Mini. Kredit imej daripada touxicu44.

#2 Standing Desk aka Meja Berdiri

Asyik duduk je boleh buat sakit belakang, leher dan menjejaskan postur badan. Kalau tak duduk buat kerja nak kerja macam mana? Berdiri, ya anda boleh guna laptop atau PC semasa berdiri tapi syaratnya kenalah pakai Standing Desk atau meja berdiri. Biasanya boleh laras secara automatik atau ada juga yang guna perengkuh. 

Meja sebegini memang bagus untuk postur badan dan lebih ergonomik sebab anda boleh pilih untuk berdiri atau duduk pada bila-bila masa. Kalau mahukan meja ini bergerak ke mana-mana, anda boleh dapatkan meja yang ada pilihan roda. 

Kat mana nak beli: Balak’s, Flexispot, Evis & Ikea

Gambar menunjukkan standing desk daripada jenama Balak. Kredit imej daripada Balak.

#3 Walking Pad/ Mini Treadmill

Nak cari idea baru atau nak mulakan kerja yang berulang-ulang macam masukkan data itu boleh buat otak tepu. Kalau WFH tu siap boleh tukar-tukar tempat bekerja, sekejap kat bilik, sekejap kat ruang tamu, sekejap kat meja dapur. 

Alang-alang dah bergerak banyak tu, bolehlah dapatkan walking pad. Tapi ianya hanya sesuai digunakan dengan standing desk (meja berdiri) yang boleh laras. Jadi boleh la anda berjalan sambil kerja dan tingkatkan pengambilan oksigen kat otak! Lepas tu makin mudahlah nak dapat inspirasi untuk kerja, tak gitu?

Kat Mana nak beli: Xiaomi Kingsmith, FitExperte, Vigor Smart Walk

Gambar menunjukkan Meja Treadmill. Kredit imej daripada autonomous.ai.

#4 Bola Yoga

Selalu anda dengar mungkin ia diguna khas dalam sesi bersenam, tapi apa kata gunakan bola ini sebagai kerusi. Gunakan bersama meja kerja boleh laras anda untuk buat senaman kecil. Boleh lah anda latih kekuatan abdomen bila menyeimbangkan badan. Latih otot dapat, fleksibiliti dapat dan postur yang baik pun dapat!

Kat mana nak beli: Lazada, Decathlon, Sports Direct  

Gambar menunjukkan lelaki duduk di atas bola yoga dengan meja kerja.

#5 Flow Board

Salah satu inovasi alatan senaman di pejabat. Dengan pergerakan kecil pada kaki, ia menggalakkan perjalanan darah anda bila anda berdiri di atasnya. Sesuai untuk membetulkan postur badan dan melatih kekuatan abdomen. Boleh dipakai semasa berdiri dengan standing desk atau semasa duduk di meja.

Kat mana nak beli: Uncaged Ergonomics BASE, Autonomous FlowBoard

Gif menunjukkan ‘flow board’. Kredit imej daripada Youtube Autonomous.

#6 Meja Basikal 

Ini pula basikal yang bolehkan anda bersenam, bekerja dan cas peranti apabila anda mengayuh, pada satu-satu masa. Wahh macam-macam Acer eKinekt BD 3 boleh buat. Sesuai untuk anda yang work-from-home (WFH). Ia juga boleh dilaraskan ketinggiannya mengikut kesesuaian yang anda mahu. Sambil buat kerja, sambil tu boleh mengayuh. Dapatlah darah di kaki tu lebih mengalir lebih lancar. 

Basikal ini ada 2 mod – mod bekerja dan mod sukan. Antara model meja basikal yang ada adalah daripada Acer di bawah. Setakat ini model ini masih belum dipasarkan di Malaysia. kerana ia baru saja dilancarkan di Amerika Syarikat awal tahun ini. 

Alternatif lain yang ada: Bike Workstation V9, SNOWFIT TableBIKE, Fitness Concept Desk Bike 

Gambar menunjukkan wanita mengayuh di meja basikal, Acer eKinekt BD 3.

BELANJA IKUT BAJET

Macam-macam ya rupanya alatan yang ada untuk senaman di ruang bekerja. Tak kira lah di pejabat atau di rumah. Semua ini ikut keperluan dan bajet anda sebenarnya. Yang penting untuk kekal produktif, anda perlu galakkan diri melakukan aktiviti fizikal. 

Tak semestinya perlu beli alatan pun. Paling mudah, buka Youtube untuk senaman regangan atau senaman mini di ruangan terhad. Tak pun ikut inisiatif yang dilakukan KKM dengan video X-Break. Dengan lakukan sekurang-kurangnya regangan, dapatlah darah mengalir dengan lebih lancar dan anda jadi lebih produktif. Iyalah, dengan ketersambungan jalur lebar semua pun boleh jadi tau.

Apa-apa pun, selamat menjadi aktif dan produktif!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Marie Kondo Kan Ekosistem Digital Anda

Kesihatan

March 21, 2023

Kerja Kerja Juga, Belakang Kena Jaga!

Kesihatan

March 20, 2023

Aplikasi First Aid jadi HERO dalam kecemasan

Kesihatan

March 17, 2023

Benda Dah Ada, Kenapa Tak Guna?

Kesihatan

March 13, 2023

Skip to content