Tick je Semua! Kejap Baca Artikel Ini Dulu.

February 13, 2023

Gaya Hidup

“Sejak bila pulak aku buat personal loan ni? Dah siapa pulak guna maklumat aku? Masalahnya ni mana dapat personal info ni? Aduh susahlah macamni.” Rungut Ahmad bila semak laporan CTOS beliau yang bertahun tak disemak.

Ilustrasi menunjukkan sekumpulan hackers yang ingin mencuri data peribadi

Nah, Ahmad berkemungkinan menghadapi kecurian identiti. Data peribadi Ahmad macam butiran kad pengenalan (IC),  mungkin dah dibocorkan dan digunakan orang lain yang berniat jahat.

Anda tahu tak, data peribadi yang anda berikan pada pihak swasta seperti perbankan, telco, insurans dan transaksi komersial lain adalah dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi (Personal Data Protection Act, PDPA) di Malaysia?

Apa sebenarnya APDP (PDPA) dan penting ke untuk anda tahu? Jom teruskan membaca.

APA ITU DATA PERIBADI?

Sebenarnya, sebarang data mengenai anda boleh dianggap sebagai data peribadi. Data peribadi di bawah PDPA pula termasuk seperti : 

Infografik menunjukkan senarai data  peribadi

KENAPA PERLU TAHU HAK DATA PERIBADI?

#1 Anda berisiko untuk menjadi mangsa kes penipuan, kecurian identiti dan juga menjejaskan keselamatan negara. Nanti merugikan kewangan dan menyusahkan kehidupan.

#2 Dengan PDPA, anda boleh memilih organisasi yang mana satu yang boleh mengumpul data mengenai anda, bagaimana ia boleh digunakan dan sama ada ia boleh didedahkan.

#3 PDPA merangkumi semua data peribadi dalam bentuk elektronik dan bukan elektronik, tak kira sama ada data peribadi tersebut betul atau kurang  tepat (contohnya alamat lama yang tak dikemaskini alamat baru) untuk tujuan komersial.

#4 Jika maklumat diri anda seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon telah dikongsikan kepada mana-mana syarikat lain seperti syarikat pengiklanan dan sebagainya, PDPA mungkin mampu melakukan tindakan undang-undang.

#5 Selain daripada kepentingan anda tahu PDPA, mesti anda pernah dengar tentang penerimaan mesej atau email phising daripada kononnya bank tapi sebenarnya scammer.  Anda klik link tersebut untuk pengesahan dan tiba-tiba duit dalam akaun anda ditolak tanpa anda sahkan.

Ilustrasi menunjukkan seorang scammer yang sedang mencuri data 

Sebagai contoh anda klik link emel yang mengatakan akaun kad kredit anda dicerobohi dan memerlukan penukaran no pin atau pemberian no IC untuk pengesahan penolakan sejumlah wang. Taktik scammer beginilah yang menjadikan mangsa panik dan memberi info peribadi tanpa berfikir panjang. 

Maka dengan info yang scammer ini dapat, mereka boleh mencari gali tentang butiran peribadi anda yang lain untuk melakukan jenayah seperti mencuri identiti. Walaupun perkara ini bukan di bawah kuasa PDPA, and masih perlu berjaga-jaga dan hubungi polis untuk buat laporan.

JADI APA HAK-HAK ANDA? 

Apabila seseorang atau organisasi mengambil dan merekodkan butir-butir peribadi anda untuk tujuan transaksi komersial, anda berhak untuk:

Infografik menunjukkan senarai hak-hak anda apabila butir  peribadi direkod untuk tujuan komersial.

APA NAK BUAT KALAU HAK-HAK ANDA DILANGGAR? 

Antara perkara yang disarankan: 

  1. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu;
  2. Sekiranya pengadu masih tak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka, pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan atau isi borang bagi membolehkan penyiasatan dijalankan;
  3. Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka, pengadu boleh merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan.
Infografik menunjukkan cara yang perlu dilakukan apabila hak-hak peribadi dilanggar.

MACAM MANA NAK TAHU KALAU E-MEL ATAU PASSWORD TERBOCOR?

Gambar menunjukkan logo HaveIveBeenPwned dan Surfshark

Status E-mel

Paling cepat dan mudah untuk semak status emel, anda boleh cuba HaveIveBeenPwned. Perisian ini akan beritahu tentang senarai laman web yang pernah anda berikan data, yang telah alami kebocoran data.

Status Password

Untuk password pula, boleh cuba Surf Shark. Perisian VPN ini akan bagi notifikasi kalau data peribadi anda macam emel, atau kad kredit anda ada disalah gunakan. Jadi boleh lah anda berjaga-jaga untuk tukar password dan sebagainya.

DAH CAKNA, KENA BERJAGA-JAGA

Sekarang anda dah tahu berkenaan data peribadi dan risiko yang akan anda alami kalau maklumat organisasi bocor. Lepas ini kena lebih berjaga-jaga bila bagi maklumat peribadi untuk apa-apa urusan.

Tangkap layar menunjukkan halaman utama laman web JPDP

Nak buat pinjaman kereta, nak melancong, kena teliti dan faham hak-hak supaya anda berasa lebih selamat. Kemudian memudahkan anda untuk tahu macam mana nak ambil tindakan bila berlaku apa-apa. Kalau anda nak tahu lanjut berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi kat atas, layarilah laman web JPDP. 

Gunakan ketersambungan jalur lebar untuk dapatkan informasi berkaitan dan berhati-hati dalam memberikan data peribadi anda. Lindungi data peribadi, lindungi diri!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content