Teknologi Untuk “Majikan”? Biar Betul? 

February 16, 2023

Gaya Hidup

“Aku tak ada dalam 3 hari, boleh jagakan majikan aku tak?”

“Kenapa nak kena jaga majikan kau pulak?? Bukan majikan ke kena jaga pekerja?” 

“Majikan aku dekat rumah tu beb, segumpal bola berbulu putih tu”

“Cakap je la kucing kau!” 

Sebagai seorang pemilik haiwan peliharaan, terutamanya kucing, kenyataan tersebut memang pahit untuk ditelan. Tetapi kena telan juga sebab pahit pun pahit lah, sayang tetap sayang kat anak bulus. 

Ilustrasi menunjukkan beberapa haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing

Memiliki haiwan peliharan sebenarnya satu komitmen kerana banyak perkara yang dibelanjakan untuk haiwan peliharaan anda. Tak kira lagi bila anda mahu keluar bercuti dan terpaksa meninggalkan haiwan kesayangan di rumah. Disinilah teknologi boleh membantu anda dalam penjagaan haiwan peliharaan anda. Jom kita lihat. 

Ilustrasi menunjukkan aplikasi telefon untuk binatang peliharaan

JAGA BINATANG PELIHARAAN ANDA DI HUJUNG JARI? 

MAKAN DAN MINUM  – Tak lagi terlupa!

Zaman ini semakin ramai pembekal perkhidmatan perkakasan pintar menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) untuk meluaskan penawaran perkhidmatan anda. Dalam bidang penjagaan haiwan peliharaan pun ada seperti smart feeder.  Makanan akan keluar mengikut tetapan yang anda pilih. Contohnya anda boleh  menetapkan yang makanan hanya akan keluar jam 8 pagi dan 6 petang setiap hari.  Anda juga boleh mengawal feeder ini di telefon pintar anda. Ada juga sesetengah feeder yang dilengkapi dengan kamera dan audio untuk anda memanggil kucing atau anjing peliharaan anda. Amat sesuai digunakan jika anda pergi bercuti untuk tempoh yang lama. Antara yang popular di pasaran adalah Xiaomi PETKIT Smart Pet Feeder. 

Gambar menunjukkan Xiaomi Smart Feeder

KEBERSIHAN – Automate je, rumah tak busuk lagi!

Ini perkara yang paling risau kalau tinggalkan haiwan peliharaan anda. Litter box mereka. Tetapi jangan risau kerana kini, inovasi teknologi telah memperkenalkan smart litter box – khas untuk kucing dan anjing. Litter box ini mampu berautomasi dengan sendiri untuk membersihkan najis. Sambungkan pada Internet di telefon pintar dan anda mampu untuk melihat aktiviti dan notifikasi daripada telefon. Agak mahal tetapi apa salahnya untuk keselesaan haiwan dan tuannya sendiri. Contohnya seperti Catgenie AI Automatic Cat Box. 

Gambar menunjukkan Catgenie AI Automatic Cat Box 

KESELAMATAN – Tak hilang, ada tu kat taman depan!

Tiada lagi kerisauan haiwan peliharaan anda tidak pulang ke rumah. Lebih lagi jika kucing anda jenis outdoor. Anda boleh pantau aktiviti mereka dengan peranti dan aplikasi GPS tracker. Kebanyakkan peranti ini memang disambungkan ke telefon pintar anda untuk menjejak dan memantau aktiviti haiwan peliharaan. Peranti yang dipasang di leher ini dapat memberitahu lokasi haiwan peliharaan anda. Terdapat pelbagai pilihan peranti di luar sana atau secara alternatifnya boleh dapatkan Air Tag daripada Apple. 

Gambar menunjukkan seekor kucing dengan GPS tracker di leher

PENJAGAAN – Lega sikit, dah tak risau bila nak travel!

Pet Sitter atau penjaga haiwan peliharaan ialah orang yang datang ke rumah anda dan menjaga haiwan kesayangan anda. Daripada menghantar haiwan kesayangan anda ke penginapan atau hotel haiwan kesayangan, penjaga haiwan peliharaan boleh datang, memberi makan, bermain dengan haiwan kesayangan anda dan membersihkan litter box mereka. Perkhidmatan ini boleh dimuat turun ke telefon dan anda boleh memilih pakej yang sesuai untuk haiwan peliharaan anda. Antara aplikasi yang menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia adalah Petbackers.

Gambar menunjukkan aplikasi Petbackers

DENGAN TEKNOLOGI, TAK PERLU RISAU LAGI

Ilustrasi menunjukkan pekerja-pekerja yang sedang bermain dengan ‘majikan-majikan’

Teknologi sudah menjadi sebahagian setiap industri, bahkan hingga produk dan perkhidmatan untuk haiwan peliharaan. Teknologi ini tentunya akan sangat berguna dan menyenangkan bagi pemilik haiwan peliharaan mahupun haiwan itu sendiri.

Teknologi tak mendiskriminasi jadi manfaatkan teknologi dan connectivity, semua pun boleh direalisasi! 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content