Jam tangan pintar memang dah selalu kita nampak orang pakai. Biasanya orang akan guna untuk track fitness level masing-masing dan juga vital signs (nadi, tekanan darah dan sebagainya).
Jadi penting juga peranti seperti jam tangan pintar ini terutamanya dalam pemantauan kesihatan individu. Tapi bukan je jam tangan pintar boleh pantau kesihatan, ada lagi wearable technology yang boleh anda guna untuk tujuan kesihatan.
APA TU WEARABLE TECHNOLOGY?
Wearable technology adalah teknologi yang boleh dipakai manusia untuk membaca data. Contohnya data kesihatan seperti bacaan nadi, oksigen, tekanan darah dan sebagainya. Jam pintar adalah salah satu daripada peranti yang boleh dipakai. Ini 4 lagi peranti yang anda boleh gunakan untuk memantau kesihatan:
1. Wearable ECG Monitor
- Dah tak perlu lagi pergi ke hospital semata-mata untuk melihat bacaan ECG (electrocardiogram) semasa.
- Cuma letakkan ibu jari di peranti dan bacaan akan dipaparkan di skrin telefon
- Ini memudahkan pemantauan kesihatan untuk pesakit yang mempunyai masalah jantung.
- Peranti ini boleh mengesan symptom awal Aritmia, Atrial Fibrillation (AF), Takikardia, Bradicardia dan sebagainya untuk memberi amaran untuk pesakit segera ke hospital.
- Antara peranti yang ada di pasaran adalah Wellue DuoEK™ dan AliveCor KardiaMobile
- Harga bermula dari RM300++
2. Smart Jewellery
- Bukan sekadar cantik dan ‘stailo’ tapi barang kemas zaman sekarang dah lengkap dengan ciri-ciri seperti jam tangan pintar.
- Mungkin bagi siapa yang tak suka pakai jam: rantai, gelang tangan, anting-anting boleh jadi pilihan untuk track sleep pattern, kadar stress, kadar glukosa dan sebagainya.
- Ia juga sangat membantu untuk memantau kanak-kanak OKU yang berpenyakit.
- Antara mekanisasi yang dipakai adalah optik fiber yang diletak di dalam barang kemas untuk mengesan kadar degupan jantung.
- Ini antara pilihan yang ada di pasaran: Rantai Leaf Urban & Cincin Ultrahuman M1
3. Smart Clothes (Pakaian Pintar)
- Ini pula pakaian pintar. Bukan setakat baju saja, dari kasut, stoking, baju tidur, baju sukan, baju renang malah baju bekerja juga dilengkapi dengan sensor dan fungsi untuk bantu kehidupan seharian.
- Contohnya baju sukan yang dicetak dengan material khas untuk membolehkan biometric sensor dikesan melalui sentuhan material ke kulit badan. Ini bermaksud, ketika pemakai baju sedang bersenam, data semasa seperti kadar jantung, nafas dan suhu dapat dibaca melalui aplikasi. Antara yang ada di pasaran ialah Astroskin oleh Hexoskin.
- Manakala untuk pelari serius pula, ada stokin (Sensoria Fitness Socks) yang boleh baca data seperti hentaman tumit ketika berlari. Berdasarkan data tersebut, aplikasi akan beri tips untuk perbaiki teknik larian.
4. Continuous Glucose Monitoring (CGM)
- Untuk pesakit Diabetes, bacaan glukos dalam badan perlu disemak setiap hari. Biasanya peranti yang dipakai adalah Glucometer (alat baca gula dalam darah). Tapi bila hari-hari kena check kadang kala lupa dan Glucometer alatnya kecil dan senang tertinggal atau hilang.
- CGM adalah alternatif yang boleh dipakai 24 jam sehari dan kebanyakannya dipakai penghidap Diabetes Tahap 1. Peranti ini boleh dilekatkan di kulit seperti lengan atau bahagian perut. Ia akan membaca gula dalam darah melalui bendalir di kulit setiap 5 minit dan dipaparkan di aplikasi telefon.
- Antara jenama yang ada di pasaran adalah AiDEX CGM System dan Dexcom G6.
- Harga bermula dari RM200++
AGAK-AGAKNYA APA PRO DAN CONS KALAU PAKAI WEARABLE TECHNOLOGY NI?
PRO
- Memudahkan anda untuk pantau tahap kesihatan melalui data yang dipaparkan di aplikasi telefon pintar. Senang nak tengok sekilas lalu tanpa perlu buka telefon.
- Rawatan awal juga dapat dilakukan dengan pantauan yang berterusan terutamanya bagi yang ada penyakit serius seperti pesakit jantung dan Diabetes sekiranya serangan berlaku tanpa sedar.
- Data di peranti juga boleh dikongsi dengan doktor untuk membantu meredakan simptom atau mendiagnosis.
CONS
- Kena selalu charge dan kadang kala pembacaannya ada risiko tidak tepat.
- Pemakaian berpanjangan juga mungkin akan mendatangkan iritasi kulit.
- Paparannya juga agak kecil serta kosnya pula mungkin agak mahal dari versi konvensional.
TAK TAKUT NAK BANYAK GERAK DAH SEBAB BOLEH CHECK KESIHATAN SEMUDAH ABC.
Wearable technology memudahkan hidup. Kalau dulu anda kena pegi hospital untuk semak data kesihatan seperti ECG, tekanan darah dan sebagainya. Sekarang dah ada pilihan untuk bawa peranti yang mudah alih, senang nak bawa ke mana saja walaupun ke tempat-tempat percutian.
Itulah pentingnya ketersambungan jalur lebar dan capaian 5G yang meluas. Memudahkan semua golongan tak kira apa pun keperluan!