Tak Payah Beratur Lagi dah Dengan Aplikasi Ini

January 31, 2023

Pelancongan

“Letih la Mat beratur berjam-jam macam ni. Ada banyak lagi ride nak naik kot.”

Malaysia ini banyak sangat tempat pelancongan yang menarik. Tapi kadang-kadang nak beratur di tempat menarik itu lah yang leceh. Tapi ada satu tempat pelancongan yang canggih Ini, kat Genting Skyworld. Zaman sekarang dah maju, nak bersuka ria kat taman tema Genting dah boleh elak beratur tau!

Gambar menunjukkan kawasan sekitar Genting Skyworlds. Kredit imej daripada, Malay Mail.

Kalau dulu, kena beratur jauh dan tunggu lama. Permainan yang available nak naik pun kena tunggu. Tapi kat sini, Genting dengan kerjasama Alibaba Cloud gunakan Virtual Que System dalam aplikasi taman temanya. Memang boleh maksimumkan masa kat sana, tak ada lah rasa terkejar-kejar.

Agaknya apa teknologi Virtual Queue ni dan manfaat lain pada hidup anda? Teruskan membaca.

VIRTUAL QUE SYSTEM

Okay, sebenarnya ia adalah sistem yang digunakan untuk mengurus que line (barisan beratur). Sistem ini menyelesaikan masalah menunggu yang terlalu lama dan mengoptimumkan penggunaan masa untuk satu-satu urusan. Ini antara syarikat dan organisasi di Malaysia yang menggunakannya.

#1 PENGGUNAAN DI TAMAN TEMA TEMPATAN

Gambar menunjukkan logo aplikasi Genting Skyworld.

Genting Skyworld ‘Virtual Queue’ (VQ) – Mesti penat nak beratur untuk naik attraction di taman tema. Lagi-lagi bila barisan beratur memang panjang dan bawa pula anak-anak kecil. Dengan VQ, ini yang boleh anda lakukan:

  1. Muat turun aplikasi Genting SkyWorld 
  2. Pilih attraction & masa yang anda inginkan 
  3. Sahkan pilihan tadi
  4. Apabila tiba masa, buka aplikasi dan tunjukkan QR Code di “My VQ Reservation” untuk diimbas.

Anda juga boleh buat set untuk naik attraction secara berkumpulan dengan ciri “Group Profile” dalam aplikasi. Sekiranya tiada telefon pintar, anda boleh menuju ke kios di taman tema ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal mereka di sini

#2 URUSAN DI KAUNTER

Gambar menunjukkan logo aplikasi JPJeQ.

JPJeQ  – Kalau yang pernah pergi JPJ mesti anda diminta untuk muat turun aplikasi ni. Jadi, tak perlu dah beratur panjang-panjang di luar pejabat JPJ. Boleh pergi atau berehat di mana-mana dulu sebelum dipanggil.

#3 SET JANJI TEMU

Gambar menunjukkan pengumuman ciri baru di dalam aplikasi MySejahtera.

MySejahtera – Dahulunya untuk set janji temudi klinik-klinik dan hospital-hospital kerjaaan anda perlu muat turun aplikasi “Sistem Janji Temu Klinik KKM”. Sekarang dah tak perlu kerana ciri itu sudah pun diintegrasikan di dalam aplikasi Mysejahtera. 

Sama seperti aplikasi sebelumnya, ciri baru dalam aplikasi Mysejahtera bolehkan anda set janji temu dengan klinik kesihatan & hospital di Malaysia. Dah tak payah nak ke klinik semata-mata untuk dapatkan temujanji, mudahkan urusan terutamanya untuk warga emas. Jimat masa dan tenaga.

#4 PRA-TEMPAH MAKANAN 

Gambar menunjukkan logo aplikasi QueQ.

QueQKalau anda peminat masakan Korea seperti di restoran K-Fry, mungkin anda biasa gunakan aplikasi ini. Bukan boleh ambil nombor saja, nak tempah meja sebelum datang restoran dan buat pra-tempah makanan pun boleh. Datang restoran tinggal masuk dan makan.

KELEBIHAN VIRTUAL QUEUE

#1 Kurangkan Jangkaan Masa Menunggu – 1 minit rasa macam 10 minit untuk orang yang tak penyabar. Bila ada masa anggaran, anda boleh urus jangkaan dan hilangkan ‘rasa tak menentu’ dan kegusaran.

Ilustrasi menunjukkan wanita sedang menunggu.

#2 Memperbaiki Pengalaman Menunggu – Kebanyakan orang tak suka beratur secara fizikal, bila dah ada masa jangkaan, boleh rancang untuk buat benda lain. Contohnya pergi makan dulu dan sebagainya.

Ilustrasi menunjukkan pelanggan yang sedang makan di kios tepi jalan

#3 Rasa Lebih Seronok dan Puas Hati – Kurang stres bila dah daftar dan lalui proses beratur maya. Sebab proses ni akan beritahu apa yang berlaku dan apa yang patut dijangka.

Ilustrasi menunjukkan pelanggan yang gembira

#4 Dapat Servis yang Lebih Baik – Bila bisnes tahu apa yang anda jangka, bisnes boleh layan permintaan anda dengan lebih baik. Anda pengguna puas hati, pengusaha bisnes pun makin untung.

Ilustrasi menunjukkan dengan pelaburan bisnes yang betul, keuntungan juga akan melonjak

PENGGUNA PUAS HATI, BISNES PUN UNTUNG BERKALI-KALI

Okay, sekarang anda dah tahu pasal virtual queue. Lepas ini boleh lah nikmati permainan dalam Genting Skyworld puas-puas. Tak payah tunggu lama dan beratur panjang, muat turun je aplikasi.

Untuk usahawan, boleh lah ambil peluang teknologi virtual ini. Bukan je dapat memudahkan pengguna, tapi bisnes anda pun dapat manfaat untuk berikan perkhidmatan yang lebih baik. 

Semuanya mungkin dengan adanya ketersambungan Internet. Nak buat urusan apa pun tinggal semak untuk virtual que saja, dah tak payah tunggu lama!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content