Sibuk? Bukan Lagi Alasan. 4 Kebaikan Senaman Virtual

January 16, 2023

Kesihatan

“Alamak dah gemuk lah!”. “Pergilah exercise”, sahut rakan sekerja. “Aku sibuklah, banyak kerja”.

Dah selalu dengarkan ayat macam ini? Jadual waktu kerja yang padat selalu menjadi alasan untuk tidak melakukan senaman atau hidup secara aktif, lebih-lebih lagi jika ingin menyertai kelas senaman fizikal. 

Tapi jangan risau, sekarang ini dah ada banyak kelas senaman virtual. Anda cuma perlu muat turun sahaja aplikasi senaman dan ikut langkah-langkah senaman yang ditunjukkan oleh coach tersebut! Anda boleh memperuntukkan masa siap-siap dalam jadual harian anda untuk aktiviti senaman virtual ini sebab ia hanya mengambil masa sependek 15 minit. 

Gambar menunjukkan seorang wanita bersenam di hadapan laptop
Gambar menunjukkan seorang wanita bersenam di hadapan laptop

Kalau Beginner? Ada saja senaman asas yang disediakan untuk anda. Masih sangsi? Jom baca 4 kebaikan senaman virtual akan disertakan dibawah :

4 KEBAIKAN SENAMAN VIRTUAL

1. DEKAT RUMAH PUN BOLEH

Senaman virtual mula meningkat popular pada awal tahun 2020, ketika pandemik COVID-19 melanda dunia. Hal ini membataskan pergerakan seluruh warga dunia termasuklah yang sudah terbiasa bersenam di luar rumah. 

Jadi, industri kecergasan mengadaptasi hal ini mengikut keperluan dengan menawarkan senaman virtual. Anda boleh bersenam secara virtual di mana saja dan pada bila-bila masa! 

Tiada lagi sebab untuk tidak melakukan senaman seperti jadual padat, tiada peralatan yang sesuai dan sebagainya. Misalnya anda berada di rumah dan mesyuarat virtual anda mula pada jam 9 pagi. Ini contoh jadual yang boleh anda laksanakan:

  • 7.45 pagi – Mulakan senaman berdurasi 30 minit
  • 8.15  pagi – Mandi, rehat dan sarapan
  • 8.45 pagi – Bersiap untuk mesyuarat
  • 9.00 pagi – Sedia di depan komputer!

2. SALAH SATU CARA UNTUK KEKAL KONSISTEN

Tetapi ramai juga yang setiap kali pulang daripada kerja, keletihan, terus terlupa untuk bersenam. Kalau cuti pula, seperti balik kampung, berjalan-jalan dan sebagainya akan menghalang daripada meneruskan niat tersebut. 

Dah tak boleh ke gimnasium ataupun kelas senaman, sekiranya ini adalah rutin anda. Bukan sahaja menghalang tapi juga boleh dijadikan sebagai alasan. 

Konsistensi adalah perkara yang sering dibualkan baik dalam bidang kesihatan mahupun yang lain. Begitu juga dengan bersenam. 

Mujur ada kelas senaman virtual yang boleh dimuatkan ke dalam poket anda dan memudahkan untuk kekal konsisten sepanjang waktu walau di mana sahaja anda berada.

3. BEGINNER FRIENDLY

Berbalik kepada aras kesihatan dan kepakaran anda dalam senaman. Kalau anda merupakan seorang beginner, jangan risau sebab pelbagai jenis senaman yang ditawarkan bermula dari peringkat paling asas.  

Dalam tak sedar, ini menjadi tarikan kelas senaman virtual. Pilih sahaja sama ada anda mahukan kelas Yoga, HIIT, berbasikal, tarian ataupun kickboxing. Banyak bukan? Tak bosan dan lebih menyeronokkan.

4. BINA KEYAKINAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Jikalau anda tergolong di kalangan yang malu atau berasa kurang selesa untuk berdaftar dan melakukan kelas senaman fizikal, senaman virtual sememangnya untuk anda. Tak perlu lagi rasa janggal dek kerana yang hadir di kelas fizikal semuanya advanced level belaka. 

Kini, anda akan lebih rasa selamat dan perlahan-lahan akan dapat membina keyakinan anda!

LUPAKAN ALASAN ANDA, MASA UNTUK SIHAT ADALAH SEKARANG

Anda boleh mula dengan video di Youtube untuk senaman asas pilihan dan untuk rutin senaman yang lebih berstruktur, muat turun aplikasi seperti Nike Training Club, Strava atau layari FitMalaysia by KBS! Sibuk macam mana pun, kesihatan adalah sangat penting untuk dititikberatkan. Jika dilakukan secara konsisten, bukan sahaja kesihatan fizikal, malah mental juga akan terjaga tanpa anda sedari. 

Lebih-lebih lagi kini, dengan perluasan projek jalur lebar pinggir bandar, anda lebih bebas untuk bersenam di mana sahaja anda berada sebab tak perlu lagi khuatir akan kestabilan Internet. Bukankah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Marie Kondo Kan Ekosistem Digital Anda

Kesihatan

March 21, 2023

Kerja Kerja Juga, Belakang Kena Jaga!

Kesihatan

March 20, 2023

Aplikasi First Aid jadi HERO dalam kecemasan

Kesihatan

March 17, 2023

Video Games Malaysia pun Gempak!

Sukan

March 16, 2023

Skip to content