Roadtrip Bebas Serabut

March 8, 2023

Pelancongan

Roadtrip memang mengujakan tapi kalau jadi sesuatu yang tak terduga, boleh jadi susah hati. Lagi-lagi kalau buat roadtrip berpasangan atau dengan anak-anak.

Kadang boleh jadi bergaduh bila sesat jalan, tak pun apabila anak merengek kebosanan. Paling takut, tak tahu nak minta tolong pada siapa dan kat mana, bila kereta breakdown di kawasan yang anda pun tak tahu lokasinya.

Tapi tak apa, cuba baca tips untuk atasi masalah yang timbul sebelum dan semasa lakukan roadtrip di bawah.

Ilustrasi menunjukkan satu keluarga melakukan roadtrip.

TIPS BIASA DENGAN KESAN LUAR BIASA

#1 Periksa Keadaan Kenderaan

Pergi bengkel terdekat, buat cari servis sebelum hari roadtrip. Contohnya Perodua ada aplikasi UFirst Perodua untuk buat temu janji servis. Kalau nak periksa bateri kereta boleh pakai Bateriku.com.

Ilustrasi menunjukkan aksi membaiki kereta.

#2 Semak Liputan Lokasi

Risau takda liputan kat destinasi nak dituju? Boleh pergi ke laman web atau aplikasi JENDELA Map. Boleh berikan lokasi destinasi nak dituju atau lihat keseluruhan liputan seluruh negara yang mungkin menjadi laluan perjalanan.

Tangkap layar menunjukkan hasil ‘semak liputan’ melalui aplikasi Jendela Map.

#3 Pantau Situasi Lalu Lintas

Semak jalan terbaik dengan masa yang sesuai untuk keluar. Siap boleh rancang nak berhenti isi minyak kat mana. Contohnya guna aplikasi Waze.

Gambar menunjukkan tempoh masa kesesakan lalu lintas melalui aplikasi Waze.

#4 Pastikan Keadaan Cuaca Bersesuaian

Buka aplikasi ini dan semak jangkaan cuaca. Boleh elak jalan sesak kalau hujan dan sebagainya. Guna MyCuaca, Rain Alam. 

Tangkap layar menunjukkan hasil semak cuaca melalui aplikasi MyCuaca.

#5 Sediakan Hiburan Anak-anak

Kalau buat roadtrip dengan anak-anak, perjalanan jauh buat mereka bosan. Boleh muat turun siap-siap video kat streaming platforms macam aplikasi Youtube Kids, Netflix, Disney+, Durioo+ dan sebagainya.

Ilustrasi menunjukkan dua kanak-kanak yang sedang menggunakan peranti 

#6 Kira Bajet Tol Sebelum Gerak

Guna laman web ‘https://www.llm.gov.my’ untuk sediakan bajet tol anggaran untuk perjalanan.Jadi, boleh topup siap-siap jumlah touch n’go. Nak reverse kereta bila kad Touch N’ Go ‘baki kurang’ nanti bahaya pula.

Tangkap layar menunjukkan hasil pengiraan tol melalui laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia, LLM.

INTERNET ADA, GUNAKAN SEBAIKNYA

Ilustrasi menunjukkan sebuah keluarga yang berada di dalam perjalanan dengan kereta

Rancang sebaiknya sebelum nak mulakan perjalanan untuk elak apa yang boleh dielak. Dah ada Internet ni gunakanlah sebaiknya. Kalau dulu sebelum ada ketersediaan Internet meluas, memang payah betul nak jangka kebarangkalian untuk berlakunya masalah-masalah tersebut.

Tapi sekarang dah ada cara untuk kurangkan risiko. Ambil contoh kalau kereta rosak kat highway, liputan Internet untuk dapatkan maklumat dan bantuan memang meluas. 

Ini semua dengan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan untuk hebatkan ketersambungan Internet. Jadi apa lagi, perkasakan literasi digital anda, rancang dan atasi sebarang masalah semasa roadtrip!

Selamat mencuba dan hati-hati di jalan raya!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content