Remote Work? Nak Kerja Apa?

February 3, 2023

Gaya Hidup

“Eh syok la kerja kau. Tak payah pening-pening nak bersiap pagi-pagi. Bangun je tidur boleh terus mengadap laptop. Kau cari kerja kat mana weh?” Kata Isaac kepada membernya Ashvin.

Kerja jarak jauh (remote work) menjadi semakin popular sejak pandemik dan gaya hidup ini semakin menjadi pilihan ramai orang pada masa ini terutamanya generasi muda. Jadual yang lebih fleksibel dan lebih dekat dengan yang tersayang merupakan antara tarikan gaya hidup ini. Ini juga dimudahkan dengan ketersambungan jalur lebar yang sudah dinikmati, jadi tak ada masalah untuk bekerja remote.

Ilustrasi menunjukkan dua orang yang sedang bekerja dari rumah

Jadi apa jenis pekerjaan yang boleh anda teroka dalam pekerjaan jarak jauh, macam mana nak mohon dan paling penting, kat mana nak apply kerja macam ni?

SEMUA KERJA KE BOLEH JADIKAN REMOTE NI? KE SEBAHAGIAN JE?

Ini adalah contoh bidang pekerjaan yang sebenarnya boleh dilakukan dari rumah.

Ilustrasi menunjukkan seorang pereka grafik dan pengurus khidmat pelanggan

INFORMASI & TEKNOLOGI – Pembangun perisian (Contoh: Full-Stack, Front-End & Back-End), Pereka UI/UX, Pereka Grafik, Editor Video, Arkitek Sistem Awan dan sebagainya.)

JUALAN & PEMASARAN – Pemasar Digital (Contoh: Content Manager & Social Media Moderator), Copywriter, Pengurus E-Mel Pemasaran, Pakar SEO dan sebagainya.)

SOKONGAN PELANGGAN – Pengurus Perhubungan, Khidmat Pelanggan, Software Support Specialist dan sebagainya.

PENGURUSAN, ADMINISTRASI & KEWANGAN – Pembantu Maya (Virtual Assistant), Pengurus Kewangan, Penganalisis Kewangan, Pengaudit, Akauntan dan sebagainya

TAPI KAN, ADA INTERVIEW JUGAK KE KALAU NAK BUAT REMOTE WORK NI?

Ilustrasi menunjukkan dua orang yang sedang berada dalam online interview

Kalau anda nak tahu, untuk nak mohon remote work ini pun perlukan interview tau. Jadi ini yang anda kena pastikan ada dalam resume anda untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan interview dan dipilih untuk jawatan yang disasarkan. 

  1. JELAS – Dalam resume anda, spesifikkan bahawa anda sedang mencari pekerjaan jarak jauh.
  2. SKIL RELEVAN – Senaraikan skil yang relevan untuk pekerjaan remote seperti pengurusan masa dan fleksibiliti dalam tugasan. 
  3. PORTFOLIO – Kumpulkan semua kerja yang berkaitan remote work dalam satu fail digital atau untuk memberikan ‘best impression’, buat satu laman web untuk mempamerkan hasil kerja anda macam Wix, Square Space dan lain-lain. Mudah guna laman web macam itu, drag and drop
  4. KEYWORD – Nak cari kerja remote tapi tak pasti nak pakai keyword apa. Ini antara buzzword yang diguna pakai organisasi antarabangsa: Hybrid, Telecommuting, Distributed Workforce, Virtual or Online Job, Flexible Job. 

JADI NAK MOHON KAT MANA?

Okay, bila anda dah pakai tips-tips di atas, ini pula portal pekerjaan yang anda boleh terokai untuk mencari pekerjaan yang anda inginkan:

Ilustrasi menunjukkan beberapa logo portal mencari pekerjaan

Antara portal yang turut menawarkan pilihan kerja jarak jauh di Malaysia:

Antara portal yang menawarkan pekerjaan jarak jauh sahaja dari seluruh dunia

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki yang sedang mengira duit dalam akaun

SENANG, BOLEH TAMBAH DUIT POKET KALAU MACAM NI.

Bukan saja untuk freelancing, malah kerja tetap dan kontrak juga boleh dimohon untuk kerja jarak jauh. 

Sekarang lagi senang, tak kira anda berada di mana, remote work boleh menjadi pilihan. Apatah lagi dengan kestabilan Internet yang dah pun disediakan kerajaan, ia memberikan peluang yang sama untuk mereka yang mencari kerja jarak jauh di luar bandar. 

Jurang ekonomi boleh didekatkan dengan cara kerja yang tidak semestinya melibatkan perjalanan yang jauh untuk ke tempat kerja. Bermula dengan skil yang ditimba di Universiti Google, sesiapa saja sudah boleh mencari pekerjaan jarak jauh. 

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content