Recycle Pakai App je?

February 14, 2023

Gaya Hidup

“Angah, ni kotak penuh satu stor, dengan kaca-kaca pecah ni kau simpan nak buat apa? Ni tilam busuk ni, berapa ribu tahun lagi nak ada kat sini. Pegilah jelah campak kat tepi sungai tu. Semak mata aku tengok”.

Eh, jangan buat macam ni, inilah sebab rumah panas macam dalam sauna. Wujud banyak tapak sampah haram yang menyebabkan ketidakselesaan setempat dan pencemaran persekitaran.

Ini lah dua situasi kesan daripada pembuangan sampah yang tak diurus dengan baik. Tapi dengan teknologi dan Internet yang semakin maju, bagaimana anda boleh manfaatkannya dalam mengurangkan pencemaran? Jom kita ambil tahu.

NAK URUS MACAM MANA?

Ilustrasi menunjukkan aktiviti kitar semula

Langkah paling mudah untuk mengurangkan pencemaran adalah dengan mengitar semula. SWCorp menyatakan kadar kitar semula di Malaysia pada tahun 2022 hanya meningkat  sebanyak 33.17 peratus, berbanding kebanyakan negara maju sebanyak 60 peratus.

Kita kan nak membangun untuk menuju ke arah negara maju, jadi kena lah ada mentaliti seperti negara maju. Mulakan dengan amalan mengitar semula.

APA YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

“Kak, nak pakai plastik tak? 20sen ya.”

Mesti anda biasa dengar soalan di atas semasa membeli-belah di pasaraya. Tahukah anda, rakyat Malaysia membuang 36,699 tan sisa pepejal setiap hari, dengan purata 1.17kg. Ini lah yang direkodkan mengikut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Tapi dalam jumlah keseluruhan tu, ada sampah yang boleh dikitar semula sebenarnya. Antara jenisnya:

  • Kertas
  • Plastik
  • Sisa elektrik-elektronik, barang fabrik, kulit, getah
  • Kaca/seramik
  • Logam, tin, aluminium
  • Sisa berbahaya (botol penyembur racun, tin cat, penyembur aerosol dan sebagainya)

Ilustrasi menunjukkan beberapa bahan buangan diasingkan mengikut kategori kitar semula

CARA KITAR SEMULA

  1. Asingkan sisa kepada dua kategori; sisa buangan dan barangan yang boleh dikitar semula.
  2. Yang boleh kitar semula bahagikan kepada plastik, kertas dan bahan lain.
  3. Semak lokasi pengumpulan dan kitar semula terdekat melalui aplikasi untuk menghantar atau mengambil sisa.
Ilustrasi menunjukkan carian lokasi

BAGAIMANA APLIKASI MEMUDAHKAN KITAR SEMULA

Seperti yang dilaporkan Forbes, teknologi IOT dan AI sebenarnya boleh maksimumkan usaha perlindungan alam sekitar secara pintar secara menyeluruh. Skop lebih kecil seperti menggunakan aplikasi juga jadi pemudah cara dan bagi manfaat melalui:

  • Sistem Ganjaran – Sesetengah pusat kitar semula yang bagi ganjaran pada barangan yang anda berikan. Semak saja di aplikasi.
  • Ada Penjejak Lokasi Pusat Kitar Semula – Dalam setiap aplikasi ada ciri peta lokasi yang memudahkan penghantaran dan pengambilan. 
  • Informasi Semasa – Dapatlah anda ambil tahu mengenai kempen kitar semula dan pengurusan sisa.
  • Mudah Diakses – Boleh akses di mana-mana asalkan ada sambungan internet. Klik dalam aplikasi saja.
  • Mengurangkan Proses – Proses manual lebih minimal dan pengesahan pengumpulan yang mudah. Jimatkan masa!
  • Kurangkan Kos – Mengurangkan kos bagi anda yang menggunakan khidmat pengambilan barang buangan kita semula dari rumah. Jimat duit minyak dah kat situ.

APLIKASI YANG BOLEH DIGUNA

Recircle

Tangkap layar menunjukkan papan pemuka bagi aplikasi Recircle

Aplikasi ini menghubungkan pembeli barang kitar semula dan pengguna macam anda. Boleh tahu harga semasa bagi kategori barang kitar semula seperti dakwat pencetak. Ada program referral code juga bila anda perkenalkan aplikasi pada orang lain.

Riiicycle

Tangkap layar menunjukkan papan pemuka bagi aplikasi Riiicycle 

Banyak kategori untuk dikitar semula. Kalau anda ada pakaian yang tak digunakan lagi, boleh letak di rakan kongsi pusat pengumpulannya untuk dapatkan poin. Poin boleh ditebus dengan merchant yang terlibat.

Recycle for Life

Tangkap layar menunjukkan papan pemuka bagi aplikasi Recycle for Life. 

Boleh kitar semula sisa elektrik, elektronik dan bahan buangan kitar semula yang lain. Senang bila dapat tahu hari, lokasi pusat terdekat dan jadual pengumpulan.

MyEwaste

Tangkap layar menunjukkan papan pemuka bagi aplikasi MyEwaste.

Aplikasi ini daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk anda urus sisa elektrik dan elektronik. Boleh tahu lokasi pusat pengumpulan berhampiran anda. Ada 6 kategori sisa buangan yang dikelola buat masa sekarang. 

LAKUKAN BERSAMA JIRAN SETEMPAT

Ilustrasi menunjukkan komuniti yang mengitar semula bersama-sama

Anda sebagai pengguna yang bertanggungjawab perlulah membuat pilihan yang terbaik untuk menguruskan sisa buangan anda. 

Malah aktiviti kitar semula juga oleh jadi aktiviti antara komuniti tempat tinggal anda. Contohnya wakil sesebuah taman perumahan yang sukarela untuk menganjurkan pengumpulan barangan kitar semula secara berkala untuk kawasan tersebut. Kawasan bersih, komuniti pun terjaga.

Jadi gunakanlah aplikasi-aplikasi yang memudahkan urusan dan menyokong ekosistem pengurusan sisa serta mengurangkan pencemaran. Hanya di hujung jari je,  anda boleh manfaatkan kestabilan Internet untuk dapatkan maklumat tentang pengurusan sisa sampah. 

Pakai aplikasi je boleh kitar semula!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content