Ramai Je Yang Buat Konten Menarik!

February 24, 2023

Gaya Hidup

“Bagus la dia ni, terharu aku. Walaupun bukan tanggungjawab dia pun nak clarify dengan owner restoran tu, dia tanya jugak makanan kat situ halal ke tak, demi followers Muslim dia, ini yang kita kena jadikan contoh Beb!”

Ilustrasi menunjukkan 2 orang perempuan sedang membuat video review

Mesti banyak je kandungan-kandungan yang lalu lalang di feed atau FYP anda yang buat anda tersentuh sebagai rakyat Malaysia. Salah satunya seperti senario di atas ataupun apa saja keharmonian sesama bangsa yang dapat kita lihat muncul di video-video influencers di media sosial. Terus bangga jadi rakyat Malaysia. 

Usaha influencer untuk buat kandungan sebegini yang perlu kita galakkan dan sokong! Tapi sekejap apa sebenarnya influencer ini? 

SUSUR GALUR, ASAL USUL INFLUENCER

Berasal daripada bahasa Inggeris, influence bermaksud  pengaruh. Influencer pula merujuk kepada golongan yang berpengaruh ataupun digelar pempengaruh.  Biasanya, influencer ini rajin dalam menghasilkan kandungan di media sosial mereka. Antara topik kandungan adalah pelancongan, review makanan dan jenaka.  

INFLUENCERS MALAYSIA BERBILANG BANGSA

Okay, jom kita highlight sikit siapa pempengaruh yang buat kita terharu jadi rakyat Malaysia tu?  Kalau ikutkan, ramai sebenarnya. Tapi tak mengapa kita break down by kategori.

1. MAKANAN

Gambar-gambar Ceddy sebagai influencer. Kredit imej daripada Instagram @ceddyornot

Ceddy  – Makanan menyatupadukan rakyat Malaysia

  • Dikenali dengan nama “ceddyornot” di TikTok & Instagram
  • Beliau juga merupakan co-founder bagi produk Owlet Beauty Perfume. 
  • Memilih makanan sebagai niche untuk kandungannya, Ceddy memberikan review jujur serta maklumat mengenai kedai makan yang beliau kunjungi. Contohnya seperti makanan itu Halal atau tak, menu best seller restoran tersebut dan sebagainya
  • Impak: Rakyat Malaysia boleh tahu apa jenis makanan yang tengah viral dan berbaloi untuk pergi. Kalau yang Muslim pun boleh, sebab tahu untuk pergi ke tempat yang halal.
  • Pengikut di Tiktok: 393.3K (setakat artikel ini ditulis)
  • Antara kandungan yang menarik: Mana Nak Cari Halal Pan Mee?

Gambar-gambar Chef Dave bersama rakan-rakan dan makanan. Kredit imej daripada Instagram @chefdave_veganjourney

Chef Dave – Makanan Vegan Tapi Stail Orang Malaysia!

  • Chef Dave merupakan seorang chef yang memiliki usaha untuk menghasilkan dan mengolah makanan Malaysia ke arah vegetarian friendly.  
  • Beliau biasanya akan masak dan membuat tutorial masakan yang istimewa untuk para vegan ataupun sesiapa saja yang berminat untuk mencuba.
  • Impak: Seluruh rakyat Malaysia boleh tiru dan ikut resepi Chef Dave kerana bahan-bahan resipi vegan adalah daripada sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan.
  • Pengikut di Tiktok: 431.73K (setakat artikel ini ditulis)
  • Antara kandungan yang menarik: Kuih Bakul Goreng – Kuih Tradisi Orang Cina

 2. GAYA HIDUP

Gambar-gambar Gigi Cheoh bersama rakan-rakan. Kredit imej daripada Instagram @gigicheoh

Gigi Cheoh  – Transisi yang memukau 1 Malaysia

  • Gigi Cheoh merupakan penyampai radio berbahasa Cina di 8FM. 
  • Kandungan beliau berkisar tentang fesyen, tarian dan gaya hidup. 
  • Antara video yang melekat di hati rakyat Malaysia adalah video tarian sambil memaparkan lokasi menarik di Malaysia beserta transisi baju tradisional yang dipakai.
  • Impak: Rakyat Malaysia lebih menghargai dan mengingati budaya menerusi pakaian dan tarian.
  • Pengikut di Tiktok: 168.6K (setakat artikel ini ditulis)
  • Contoh kandungan perpaduan: Video untuk rakyat malaysia dan paparkan sarungan kebaya

Gambar-gambar pekerja Sos Cili MY bersama rakan-rakan sambil buat konten. Kredit imej daripada Instagram @SosCiliMY

Sos Cili MY – Media agensi untuk sama-sama kreatif

  • Sebuah syarikat kreatif  yang terdiri daripada pekerja yang berbilang kaum. Menggunakan medium bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan harian di dalam kandungan mereka dan sering memaparkan kandungan berunsurkan budaya tempatan.
  • Impak: Konten yang relatable dengan kehidupan seharian dan budaya-budaya di Malaysia.
  • Pengikut di Tiktok: 25K (setakat artikel ini ditulis)
  • Antara kandungan yang menarik: Pinjam Laptop Kawan India

SENI,MUZIK DAN TARIAN 

Gambar-gambar pekerja Tealive Aeropod bersama rakan-rakan sambil buat konten tarian.  Kredit imej daripada Tiktok  @Tealive_aeropod

Tealive Aeropod – Jual air sambil menari. Semua jenis tarian boleh buat.

  • Satu taktik pemasaran yang mendapat sambutan Netizen di media sosial. 
  • Outlet teh boba yang popular di Malaysia ini menggunakan tarian sebagai medium pemasaran di outlet mereka.
  • Konten yang dilihat unik dan jarang diketengahkan oleh syarikat F&B di Malaysia ini mendapat tempat di hati Netizen dan peminat tarian di seluruh negara
  • Impak: Konten yang menghiburkan dan koreografi yang boleh dijadikan rujukan dan diikuti
  • Pengikut di Tik Tok: 209K (setakat artikel in ditulis)
  • Contoh konten perpaduan : Menari Tak Kira Bangsa!

Gambar-gambar Belle Sisoski bersama instrumen muzik tradisional. Kredit imej daripada Tiktok  @bellesisoski

Belle Sisoski – Bangga dengan anak Malaysia boleh main pelbagai instrumen muzik tradisional.

  • Seorang kelahiran anak Malaysia yang sudah terkenal dalam memainkan pelbagai alat muzik tradisional.
  • Mengolah kembali lagu moden menggunakan kombinasi instrumen etnik, tradisional dan moden.
  • Keunikan ini memberikan satu nafas dalam lanskap muzik di media sosial dan juga memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang instrumen entnik dan tradisional di Malaysia
  • Impak: Pengetahuan mengenai rupa dan bunyi instrumen etnik yang ada di Malaysia
  • Pengikut di Tik Tok:  755K (setakat artikel ini ditulis)
  • Contoh konten perpaduan : Instrumen Tradisional dengan Lagu Moden

4. PEMBELAJARAN

Gambar poster dan konten Kevin Zahri  berkenaan senaman dan kesihatan. Kredit imej daripada Instagram dan Fb  @kevinzahri

Kevin Zahri  – Semua orang nak bersenam, semua orang nak ilmu senaman.

  • Merupakan pengasas (Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-Kanak dan Dewasa) dan juga seorang  fitness coach yang berdarah Jerman campuran Melayu.
  • Kontennya meliputi topik senaman, sukan dan perjalanan hidup beliau.
  • Impak: Membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih aktif berdasarkan tips-tips yang diberikan.
  • Pengikut di Instagram:  280K (setakat artikel ini ditulis)
  • Contoh konten perpaduan: Kurus Talk

Gambar-gambar Space Dollah bersama video konten. Kredit imej daripada Tiktok  @spacedollah

SpaceDollah – Kenali Bumi & Angkasa Lepas!.

  • Atau nama sebenar beliau, Syed Abdullah, merupakan salah seorang influencer memberi pengetahuan mengenai angkasa lepas dan ilmu sains. 
  • Impak: Rakyat Malaysia mula tahu tentang ilmu sains yang sebalik angkasa lepas. Tapi kalau di TikTok versinya pendek, kalau di Youtube, lebih panjang video dan mampat dengan info.
  • Pengikut di Youtube: 70.7K (setakat artikel ini ditulis)
  • Contoh konten perpaduan: Dua lohong hitam akan bergabung!

Gambar dan poster Farhan Boo berkenaan Bahasa Mandarin dan karnival kerjaya. Kredit imej daripada Instagram  @farhanboo

Farhan Boo – Cikgu Melayu ajar Mandarin! Why not?

  • Farhan Boo adalah seorang guru yang mahir dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. 
  • Beliau juga merupakan pengasas Miximax Academy Malaysia, sebuah akademi yang mengajar bahasa mandarin. 
  • Kandungan yang diketengahkan juga mengajar Netizens di Tik Tok untuk berbahasa Mandarin. 
  • Impak: Rakyat Malaysia boleh mula belajar sedikit demi sedikit tentang asas bahasa Mandarin 
  • Pengikut di Tiktok: @ezmandarin 152.3K (setakat artikel ini ditulis)
  • Contoh konten perpaduan: Buka Puasa Makan Apa – Versi Mandarin

Ilustrasi menunjukkan seorang perempuan yang sedang buat live chat

TERIMA KASIH INFLUENCERS

Sebenarnya ada banyak lagi kategori dan pempengaruh yang boleh disenaraikan, ini cuma segelintirnya saja. Jadi merekalah yang menjadi antara contoh-contoh konten yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia. 

Kalau nak upload semestinya memerlukan Intenet Connection yang padu betul tak? Sekarang dah mudah dengan ketersambungan jalur lebar yang dah pun tersedia, jadi konten yang macam ini dapat direalisasi

Mungkin selepas ini anda boleh jadi Content Creator juga?  Tapi pastikan konten anda bermanfaat seperti mereka di atas!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content