Kecantikan Pun dah High Tech!

January 30, 2023

Gaya Hidup

“Aduh, risau pula nak cuba warna baru lipstik ni. Nak cuba kat drugstore, kena kongsi dengan orang pula nanti. Tak ada ke cara lain ke macam cuba kat online ke?”

Gambar menunjukkan beberapa rona pembayang mata di atas tangan

Mungkin ada di antara anda yang rasa macam ni. Tapi mesti anda dah biasa dengan filter make up di Instagram atau Tik Tok kan? Jangan risau, banyak jenama di luar sana dah mula guna teknologi Augmented Reality (AR) dan Artificial Intelligence (AI) untuk pelanggan cuba make up sebelum beli.

Jom kita tengok apa lagi teknologi dalam dunia kecantikan yang mungkin melibatkan jenama-jenama kegemaran anda!

1. DAPATKAN RONA YANG PALING SESUAI!

Gif menunjukkan rona warna yang kurang sesuai oleh seorang wanita. Kredit gif daripada Tenor.

Haa, elakkan situasi yang berlaku di dalam gif di atas. Kalau kita semak sebenarnya, banyak jenama dah ada ciri-ciri virtual try-on di laman web mereka. Pilihan ini lebih hygienic dan pelanggan boleh cuba semua jenis warna pembayang mata, pemerah pipi, bedak asas dan sebagainya. Ianya mula popular semenjak pandemik. Antara contoh jenama yang ada ciri-ciri ini ialah:

Tangkap layar menunjukkan ciri Virtual Try-On di laman web Maybelline

Maybelline – Cuba semua variasi pembayang mata, bedak asas, maskara, gincu dan produk kening menggunakan teknologi AR. Sama je macam guna filter media sosial. Anda boleh akses ciri-ciri ini di laman web mereka sama ada gunakan laptop ataupun telefon pintar. Cuma buka kamera atau muat naik gambar anda.

Tangkap layar menunjukkan ciri Virtual Try-On di laman web Nyx

Nyx Cosmetics – Sama seperti Maybelline tetapi anda juga boleh pilih make-up look yang anda suka pada model yang dipaparkan dan cuba look tersebut secara virtual. Mana tahu berkenan di hati. Jika anda suka produk-produk yang dipaparkan anda boleh lakukan carian di laman e-dagang seperti Shopee & Lazada.

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Slapp

Aplikasi Slapp – Aplikasi ini menggunakan teknologi di mana anda hanya perlu ambil swafoto dan aplikasi tersebut akan analisa warna kulit dan beri saranan jenama dan warna yang paling sesuai untuk anda. Boleh cuba pelbagai jenis produk dan bukan satu jenama saja. Memang memudahkan! Jadi anda boleh cuba dan buat carian produk yang disukai di kedai fizikal atau laman e-dagang. 

Tangkap layar menunjukkan filter AR yang dibuat oleh Hygr

Hygr.my – Ini merupakan salah satu inisiatif bernas daripada jenama kosmetik tempatan. Jenama ini menggunakan filter AR di Instagram untuk para pelanggan mencuba dahulu produk pelembap bibir yang sesuai dengan tona kulit masing-masing. Kan senang! Cuba dulu baru konfiden nak beli. Pendekatan yang sesuai memandangkan target audience mereka berada di platform seperti Instagram. Jenama-jenama kosmetik yang lain boleh menjadikan Hygr sebagai contoh penggunaan ciri seperti filter AR sebagai added value yang boleh membantu pelanggan dan secara langsung meningkatkan jualan. 

2. PENING NO MORE! CUBA DULU WARNA RAMBUT ONLINE

Gambar menunjukkan sampel warna-warna rambut yang telah dwarnakan

Bukan saja make up, malah warna rambut pun boleh dicuba melalui AR. Tak adalah pening nak pilih yang mana satu, betul tak? Antara jenama yang menawarkan servis ini adalah:

Garnier – Anda hanya perlu buka kamera atau muat naik gambar untuk cuba warna yang anda suka. Nak dapat rekomendasi warna apa berdasarkan rambut warna asal, jumlah uban dan sebagainya pun ada. Kalau dah suka boleh buat carian di laman e-dagang kesukaan anda atau di farmasi berdekatan untuk buat belian.

Tangkap layar menunjukkan ciri Virtual Try-On di laman web Garnier

L’Oréal Paris – Dengan ciri Live Try-On, anda juga boleh buka kamera dan pilih warna dan jenis produk rambut yang mana anda ingin cuba. Jangan ingat perempuan saja yang boleh cuba tau, lelaki pun boleh. Warna rambut kan universal, siapa-siapa pun boleh cuba. 

Tangkap layar menunjukkan ciri Virtual Try-On di laman web L’oreal

Kérastase – Ini pula kuiz rambut online yang boleh anda ambil untuk tahu produk apa yang sesuai dengan jenis rambut, keadaan rambut sekarang dan keperluan. Dengan interface yang friendly, senang je nak habiskan kuiz dan dapatkan saranan! Simple je. 

Tangkap layar menunjukkan kuisz yang boleh diambil di laman web Kerastese

3. ONLINE JE DAH BOLEH TAHU AGING LINES MUKA!

Gambar menunjukkan tanda penuaan seorang wanita 

Agak seram tapi penting untuk penjagaan muka supaya nampak muda berseri! Dah ada sistem dalam industri kecantikan yang boleh kesan tanda penuaan kulit dengan hanya muat naik atau tangkap gambar. Ini antaranya:

Vichy– Dengan SKIN CONSULT AI, anda cuma perlu ambil selfie, jawab beberapa soalan untuk profil kulit dan dapatkan result anda! Sistem AI ini akan dapat kenalpasti tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok hitam, pori-pori besar, kedutan bawah mata dan sebagainya. Ia akan menilai dari skala 1-5 dan memberi saranan produk yang sesuai.

Tangkap layar menunjukkan kredibiliti SKINCONSULT AI

La Roche-Posay – Ini pula khas untuk yang mempunyai masalah jerawat. EffaClar Spotscan boleh mengesan bintik-bintik dan bekas jerawat apabila gambar selfie dimuat naik atau diambil Live. Rejimen penjagaan muka akan disarankan selepaskeputusananalisis kulit dibaca dan kemudian anda juga boleh guna The Skin Diary untuk track keadaan kulit dari semasa ke semasa. 

Tangkap layar menunjukkan cara-car menggunakan Effaclar Spotscan

FAEDAH KEPADA PERSEKITARAN 

Ilustrasi menunjukkan penjagaan bumi

Pembeli – Dengan penggunaan teknologi AR dan AI, anda boleh mengurangkan pembaziran produk kerana warna yang tak sesuai. Tak adalah asyik nak sedekah dekat family je. Duit jimat dan jejak karbon pada bumi turut berkurang bila anda boleh cuba sebelum beli. 

Syarikat – Manakala untuk organisasi pula dah tak perlu bazir untuk buat pemasaran secara fizikal seperti cetakan dan edaran brosur yang akhirnya akan dibuang macam tu je. Jimat & eco-friendly

APA YANG KITA BOLEH JANGKA DALAM MASA TERDEKAT

Gambar menunjukkan bagaimana L’Oreal Magic Brow digunakan. Kredit imej daripada The Star.

Ini pula adalah satu inovasi daripada L’Oreal dengan kerjasama Prinker yang dipamerkan di CES (COnsumer Electronic Show) 2023, di mana satu peranti dicipta untuk mencetak bulu kening! Peranti itu dipanggil Brow Magic dan menggunakan aplikasi untuk imbas kening dan menggunakan fungsi AR untuk memberikan saranan jenis bulu kening yang sesuai dengan anda. Dah pilih, cetak je dekat bahagian kening, macam 3D Printer! Wah, advanced betul.  Ia juga boleh tahan selama 2 hari dan dipadam dengan make-up remover biasa. 

Ini adalah antara inovasi-inovasi dalam dunia kecantikan yang boleh anda jangka pada masa terdekat ini. 

TEKNOLOGI MEMUDAH DAN MENJIMATKAN!

Betapa majunya teknologi dalam bidang kecantikan bukan saja untuk anda memilih make up, malah dalam memperbaiki kesihatan kulit. Pastinya tiap satu teknologi yang wujud, dapat memberikan personalisation mengikut kehendak dan keperluan pengguna masing-masing.

Jadi tak perlu bazir masa, tenaga dan wang ringgit untuk buat keputusan yang tepat. Inilah satu inovasi yang wajar dicontohi para pemain industri kecantikan tempatan. Penggunaan teknologi dalam bidang kecantikan juga tak mungkin tercapai tanpa capaian Internet yang ada di Malaysia!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content