Jangan Sebar Melulu, MyCheck Dulu!

February 9, 2023

Gaya Hidup

“Eh jangan pakai pinggan corak ini, bahaya untuk kesihatan!”

Dengan ketersambungan Internet yang ada, sekarang ini semua benda di hujung jari. Kat media sosial tu, makin banyak anda dengar tentang berita palsu. Ada yang sampai menjadikan anda panik, misalnya berita tentang banjirlah, pinggan bercorak toksiklah yang membuatkan anda berfikir panjang.

Ilustrasi menunjukkan kekeliruan dua individu

Dengan ketersambungan Internet yang ada, sekarang ini semua benda di hujung jari. Kat media sosial tu, makin banyak anda dengar tentang berita palsu. Ada yang sampai menjadikan anda panik, misalnya berita tentang banjir, yang membuatkan anda berfikir panjang.

Yelah, kadang-kadang anda sendiri pun sampai keliru satu-satu informasi yang anda baca tu sah atau tidak. Sebagai netizen, macam mana anda nak cross check informasi yang anda terima tu sah atau tidak? Ini dia, gunakan platform MyCheck!

APA TU MYCHECK?

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi MyCheck.

Kalau anda nak tahu, MyCheck adalah laman sesawang yang dibangunkan BERNAMA sebagai inisiatif untuk semakan fakta. Ianya beroperasi secara ‘editorially independent’ iaitu editor bebas akan membuat keputusan tanpa campur tangan orang lain dan pastinya mematuhi piawai IFCN.

APA KATEGORI YANG BOLEH CHECK?

Ilustrasi menunjukkan wanita yang kekeliruan

Semua isu yang memberi kesan pada kehidupan (live & livelihood) masyarakat terutamanya anda yang tinggal di Malaysia. Senang cerita, mana-mana info yang anda terima di media sosial, forum, di Internet dan sebagainya boleh disemak di sini.

Contohnya kalau anda nak semak tentang Bencana, Teknologi, Kesihatan dan lain-lain perkara yang anda buat setiap hari yang menimbulkan kerisauan. Kecuali untuk politik, semakan tidak tertumpu pada itu buat masa ini.

MACAM MANA NAK GUNA? 

  1. Hantar info yang anda nak semak di Borang Semak Fakta atau mesej melalui Whatsapp ke nombor 012-232 8414.
  1. Maklumat akan disaring dan melalui proses penilaian:
Infografik menunjukkan proses penilaian yang dilakukan MyCheck untuk semakan maklumat.

KATEGORI PENARAFAN

#1 BENAR

Tangkap layar menunjukkan contoh hasil semakan dengan hasil yang ‘Benar’.

Benar – Maklumat didapati benar ketika artikel dihasilkan berdasarkan sumber-sumber yang boleh diakses secara umum.

#2 BERCAMPUR

Tangkap layar menunjukkan contoh hasil semakan dengan hasil yang ‘Bercampur.

Bercampur – Maklumat bercampur antara fakta benar dan tidak benar ketika artikel dihasilkan berdasarkan sumber-sumber yang boleh diakses secara umum.

#3 TIDAK BENAR

Tangkap layar menunjukkan contoh hasil semakan dengan hasil yang ‘Tidak Benar’.

Tidak benar – Maklumat tidak dapat dipastikan penarafannya ketika artikel dihasilkan berdasarkan sumber-sumber yang boleh diakses secara umum.

#4 TIDAK PASTI

Tangkap layar menunjukkan contoh hasil semakan dengan hasil yang ‘Tidak Pasti’.

Tidak pasti – Maklumat didapati tidak benar ketika artikel dihasilkan berdasarkan sumber-sumber yang boleh diakses secara umum.

MyCheck DULU!

Dengan penggunaan Internet, maklumat semuanya di hujung jari. Adalah tanggungjawab bersama untuk anda budayakan semak dulu apa saja maklumat yang diterima. Sama-sama budayakan semak dulu sebelum hentam atau sebar maklumat tak pasti. Jangan sebar melulu, MyCheck dulu okay. 

Semoga bermanfaat!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content