Jangan Jadi Mangsa Scammer, Ikuti Tips Ini

February 7, 2023

Gaya Hidup

“Duit dalam akaun hilang tanpa sedar” 

“Bangun-bangun baki akaun tinggal RM2” 

“Tiba-tiba bila check akaun, RM5 ribu dah hilang”

Ilustrasi menunjukkan scammer sedang melakukan aktiviti jenayah siber

Ini merupakan antara tajuk utama di akhbar tentang mereka yang menjadi mangsa jenayah siber. Kebanyakannya melibatkan duit simpanan dalam akaun masing-masing. Dalam kebanyakan kes, mangsa menjadi trauma dan boleh menyebabkan kemurungan. Dengan ketersediaan jalur lebar dan penggunaannya yang semakin meluas, kita tak boleh lari daripada menjadi mangsa kes-kes jenayah siber. 

Elak daripada menjadi mangsa jenayah siber dengan tips ini. 

KESELAMATAN SIBER 

Menjaga keselamatan siber bermula dengan diri sendiri. Ikuti tips ini untuk menguatkan keselamatan siber diri anda. 

  • Guna Kad Virtual

Kad virtual merupakan kad digital yang hanya wujud pada telefon anda dan peranti yang dipilih sahaja. Dengan kad virtual, anda tak perlu untuk membawa dompet atau apa-apa tunai. Kelebihan kad virtual ini ialah anda boleh membekukan kad selepas satu transaksi yang digunakan. Ada juga ciri kad virtual yang menggunakan nombor sekuriti yang unik bagi setiap transaksi. Contoh kad virtual adalah seperti Wise, Big Pay dan kad kredit virtual yang ditawarkan oleh bank. Jadi gunakan kad virtual untuk membuat pembelian dalam talian. 

Gambar menunjukkan kad virtual Wise dan Big Pay – kredit daripada Wise dan Big Pay

  • Sentiasa kemas kini browser

Penting untuk anda sentiasa mengemaskini browser di peranti anda untuk memastikan peranti anda selamat. Ini akan melindungi anda daripada kecurian identiti, phishing, virus, adware, perisian perisik (spyware), dan banyak lagi  perisian perosak (malware). Ciri-ciri kemas kini adalah untuk menghalang perisian-perisian ini. Jangan lupa untuk ‘clearkan’ browsing data, gunakan ‘safe browsing’ dan turn on access payment methods untuk memeriksa sama ada anda menyimpan maklumat untuk apa-apa jenis pembayaran online.

Tangkap layar menunjukkan ciri-ciri keselamatan di Google Chrome

  • Jangan “Jailbreak” atau “Root” peranti anda 

Jika anda menggunakan peranti untuk membuat transaksi dalam talian, jangan sesekali “jailbreak” bagi produk Apple dan “root” bagi produk Android peranti anda. “Jailbreak/Root” adalah satu istilah yang digunakan bagi proses mengubah/membuang limitasi/sekatan yang dibuat oleh peranti terhadap sistem operasi mereka. 

Jailbreak adalah proses di mana ia mendapatkan sepenuhnya penulisan akses (write access) ke dalam semua bahagian iPhone. Ia dilakukan dengan membuat modifikasi dalam satu fail supaya semua bahagian di dalam iPhone menjadi read-write (boleh diakses dan dibaca). Apple telah mengunci semua akses ke dalam cip iPhone supaya software yang tak berdaftar secara rasmi tak akan mendapat akses penuh ke dalam iPhone. 

Jadi apabila anda “jailbreak” telefon anda, ia berisiko dan mudah dimasuki malware disebabkan aplikasi yang dimuat turun tak disemak kesahihannya dari segi keselamatan dan konten serta sumber yang tak jelas. Ini memudahkannya dimasuki oleh orang-orang yang tak bertanggung jawab (cyber crime).

  • Gunakan password manager

Password manager merupakan satu perisian berbayar dan percuma yang anda boleh guna untuk memastikan keselamatan siber. Ia menawarkan kemudahan dan, yang lebih penting, membantu anda mencipta kata laluan yang lebih baik, menjadikan kewujudan dalam talian anda kurang terdedah kepada serangan berasaskan kata laluan. Jadi anda boleh simpan semua kata laluan anda dalam “password manager” anda.  Contoh aplikasi seperti Bitwarden atau 1Password. 

Gambar menunjukkan aplikasi pasword manager Bitwarden & 1Password
 Kredit imej daripada Bitwarden & 1Password
  • Elakkan berkongsi akaun email, cloud storage, akaun Windows dan lain-lain

Anda mungkin sangat berhati-hati tetapi rakan perkongsian anda mungkin tak. Jadi elakkan untuk berkongsi akaun-akaun ini. Jadikan akaun anda “personal “ dan sediakan akaun “guest” untuk mereka. Sebagai contoh,  anda boleh mencipta pelbagai akaun di browser Google anda. 

Tangkap layar menunjukkan beberapa profail akaun Google yang boleh digunakan

Alternatif lain ketika anda membuat pembelian dalam talian adalah dengan memeriksa nombor akaun bank penjual. Anda boleh memeriksa nombor akaun bank di  https://semakmule.rmp.gov.my. Selain itu, jika anda merasakan anda sudah menjadi mangsa, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 untuk tindakan selanjutnya. 

CELIK KESELAMATAN DIRI DALAM DUNIA SIBER

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki yang menggunakan ciri-ciri keselamatan di alam maya

Dunia tanpa sempadan, jenayah juga tak ada sempadan. Scammers dan penjenayah siber ini semakin hari semakin licik untuk memerangkap anda dengan modus operandi mereka.  Selain penguatkuasaan undang-undang ketat terhadap penjenayah, langkah pencegahan juga perlu diambil pengguna sendiri. Cara mengenal ciri-ciri ‘scam’ perlu diketahui dan diamalkan setiap orang. Serta cara-cara untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa scammer dan jenayah siber. 

Tingkatkan keselamatan siber diri anda dengan perkasakan literasi digital. Gunakan manfaat ketersambungan jalur lebar dengan sebaik mungkin dan sentiasa berwaspada dengan ancaman jenayah siber. 

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content