Jalan Seorang Diri? Kena Share Ini!

March 6, 2023

Gaya Hidup

“Abang long, adik nak gerak naik Grab dah ni. Ni live location adik sebelum sampai lokasi. Ikut ETA, adik sampai dalam setengah jam lagi.”

Mungkin ini antara dialog WhatsApp yang terjadi antara seorang adik dengan abangnya. Berguna sangat kalau nak pantau lokasi orang tersayang dengan live location ni. Boleh jejak keberadaan mereka dalam tempoh tertentu untuk memastikan keselamatan terjaga.

Tapi untuk anda yang tak biasa dengan penggunaan live location ni, jom tengok tutorial di bawah. Tapi sebelum itu kita semak dulu, kenapa pentingya berkongsi lokasi ini?

Kenapa Perlu Kongsi?

Ilustrasi menunjukkan lokasi semasa seorang wanita.

Kebanyakannya berkait rapat dengan faktor keselamatan di mana kita boleh tahu di mana seseorang berada. Contohnya andaikata individu yang berkongsi live location tak dapat dihubungi,  ada kemungkinan yang mereka hilang atau ditimpa kecelakaan. 

Ini antara situasi yang sangat penting untuk individu berkongsi lokasi lagi-lagi jika berseorangan.

Ilustrasi menunjukkan jalan yang sunyi di waktu malam

  • Berjalan berseorangan di waktu malam 
  • Menaiki kenderaan e-hailing
  • Sewaktu hiking di hutan 
  • Business trip di tempat yang tak pernah dituju, terutamanya di luar negara
  • Untuk ketahui lokasi anak-anak supaya pantauan dapat dibuat
  • Berjumpa orang tak dikenali (ketika menjual barang melalui Carousel, berjumpa pasangan online kali pertama, dan lain-lain)

Cara Nak Kongsi

Sebelum nak guna live location ini, buka tetapan (setting) pada telefon pintar anda untuk benarkan aplikasi WhatsApp mengakses lokasi semasa. Untuk tetapan kebanyakan telefon pintar, ini yang perlu anda lakukan:

Android: Setting > Apps & Notification > WhatsApp > Permissions > turn on Location

iPhone: Setting > Privacy > Location Services > WhatsApp > Location > Always

Selepas itu, begini caranya:

  • Langkah 1 – Buka aplikasi WhatsApp, dan pergi ke chat individu atau kumpulan.
  • Langkah 2 – Tekan pada ikon tambah dan tekan  Location > Send Your Current Location

Gambar menunjukkan pilihan perkongsian dalam aplikasi WhatsApp.

Gambar menunjukkan perkongsian live location dalam aplikasi WhatsApp.

  • Langkah 3 – Boleh pilih tempoh masa anda nak berkongsi lokasi live. Kalau mahu, boleh tambah ulasan atau kapsyen semasa berkongsi lokasi.

Gambar menunjukkan pilihan masa dalam untuk perkongsian live location di aplikasi WhatsApp.

  • Langkah 4 – Sekarang, dah boleh tekan ‘Hantar’.

Gambar menunjukkan live location setelah dihantar dalam aplikasi WhatsApp.

Macam Mana Nak Hentikan Perkongsian

Langkah 1 – Pergi ke WhatsApp dan buka chat individu atau kumpulan yang tadi.

Langkah 2 – Pergi ke live location yang dihantar tadi dan tekan ‘stop sharing’. Siap!

Gambar menunjukkan cara menghentikan perkongsian live location dalam aplikasi WhatsApp.

Pastikan penerima live location menggunakan aplikasi WhatsApp di telefon bimbit dan bukan menggunakan WhatsApp web. Supaya penerima boleh mengakses live location anda. 

BENDA DAH ADA, KENA LAH GUNA

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki di sebuah tempat baru berkongsi lokasi

Dengan ketersambungan Internet, hampir semua orang ada akses pada aplikasi WhatsApp ini sekarang. Jangan risau, perkongsian live location ni adalah end-to-end encryption, maksudnya tiada data yang disimpan dalam mana-mana storan WhatsApp.

Jadi anda anda patut manfaatkan ciri-cirinya dengan sepenuhnya lebih lagi live location ni. Yang tersayang selamat, hati pun senang. Semoga bermanfaat!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content