Jalan-Jalan Tanpa Berjalan

February 23, 2023

Pelancongan

“Malas lah nak pergi sana. Nak pegi dari tempat A ke tempat B, jauh kalau jalan kaki walaupun 10 minit je. Berpeluh nanti tak best nak enjoy. Nak naik kereta pula confirm sesak. Yelah nama pun tourist attractions!”

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang mengambil gambar seorang lelaki berlatarbelakangkan sebuah banggunan bersejarah.

Mengikut statistik, ada 0.5 juta pengguna e-Scooter bagi tahun 2022. Dan lebih lagi ia menjadi pilihan muda-mudi yang tinggal sekitar bandar seperti di Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh.

Jadi agaknya bagaimana e-scooter ini memudahkan perjalanan sekitar bandar, lebih lagi ketika melawat tempat tarikan pelancongan ni ya? Jom teruskan membaca.

APA ITU E-SCOOTER?

E-Scooter atau skuter elektrik ini merupakan kenderaan bermotor yang menggunakan dua atau tiga roda, dan memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkannya.

Ilustrasi menunjukkan lelaki menaiki skuter elektrik

KELEBIHAN SKUTER ELEKTRIK

#1 Ringan Dan Kompak – Bayangkan anda hanya perlu menggunakan skuter elektrik seberat 10-15kg. Saiznya juga slim dan tidak makan ruang.

#2 Sesuai Untuk Perjalanan Jarak Dekat – Nak travel jarak dekat dengan menaiki kenderaan sendiri semestinya ada masalah parking, nak fikir duit minyak dan bayaran parking. Boleh pusing pekan tempat tarikan.

#3 Lebih Mesra Alam Dan Tidak Mengeluarkan Gas Berbahaya – Apabila penggunaan skuter elektrik digalakkan, pembangunan bandar untuk menyediakan infrastruktur sistem pengangkutan yang selamat dan cekap juga bertambah. Selain pengurangan pengeluaran karbon kerana ia tak mengeluarkan gas berbahaya kesan penggunaan petrol atau diesel.

#4 Elak Trafik Sesak – Saiznya yang kompak membolehkan ia  digunakan pada laluan basikal, pejalan kaki atau laluan tanpa trafik kenderaan bermotor.

#5 Berpatutan – Lebih berpatutan kos untuk bergerak ke banyak tempat dalam kawasan berdekatan dibanding anda mengambil pesanan kenderaan (e-hailing). BEAM bermula RM1.50 untuk memulakan perjalanan dengan RM0.45 setiap minit (bergantung juga pada lokasi anda). Untuk TRYKE pula RM0.50/minit atau RM25-29 sehari. Nah harga sehari boleh jadi harga satu trip kenderaan e-hailing!

APLIKASI APA YANG BOLEH DIGUNAKAN?

#1 BEAM – Kuala Lumpur, Kuantan, Petaling Jaya, Penang, Selangor, Shah Alam

#2 TRYKE – Cyberjaya, Melaka, Kota Kemuning, Rawang

#3 OOGYA – Sekitar Kuala Lumpur antaranya TTDI, Bukit Bintang, KL City Centre (Aurora Tower)

Gambar menunjukkan skuter bagi jenama Beam, Tryke, dan Oogya. Kredit imej daripada laman web & media sosial masing-masing.

BUKAN E-SCOOTER SAJA

Haa bukan e-scooter saja, malah ada basikal elektrik. Boleh pilih antara dua ni untuk anda gunakan bagi melawat tempat-tempat yang diinginkan. Ambil contoh TRYKE yang menyediakan skuter dan basikal elektrik.

Gambar menunjukkan basikal elektrik oleh TRYKE. Kredit imej daripada Tryke.

JIMAT MASA, JIMAT TENAGA

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang menggunakan e-scooter

Tengok tu, nak bergerak sekitar tempat pelancongan pun mudah kalau macam ni gayanya. Tak berpeluh, sambil dapat jimatkan masa perjalanan. Nanti dapatlah anda menikmati destinasi dengan masa yang maksimum dengan rasa selesa.

Malah dengan penyedia perkhidmatan yang ada, ini memudahkan lagi penggunaan aplikasi setiap penyedia. Sekarang nak bergerak ke destinasi pelancongan jadi makin senang. Penyedia perkhidmatan pun boleh meluaskan jaringan perkhidmatan mereka dengan liputan 5G yang makin meluas.

Untuk anda yang baru nak mencuba, selamat mencuba. Untuk penyedia perkhidmatan, ini lah peluang meluaskan lagi kawasan perkhidmatan!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content