Internet Padu, Rakyat Bersatu

February 14, 2023

Gaya Hidup

“Saya anak Malaysia, Saya anak Malaysia, Saya Anak Malaysia” 

Lirik lagu yang ini sememangnya dah menjadi satu budaya. Hampir ke semua rakyat Malaysia tahu lagu ini. Kalau ada seorang nyanyi confirm akan ada yang sambung. 

Ilustrasi menunjukkan golongan muda dari pelbagai bangsa

Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 66 pada tahun 2023. Kepelbagaian kaum di Malaysia merupakan satu aset penting yang harus dijaga dan sentiasa diraikan. Sebagai sebuah negara yang membangun dengan pelbagai kaum, agama dan budaya, nilai perpaduan ini harus semakin erat dan kukuh. 

Jika dulu perpaduan disemai melalui lagu-lagu malar segar nyanyian artis kegemaran, kempen-kempen di media cetak dan TV serta radio dan banyak lagi, kewujudan media sosial dan kebolehcapaian Internet yang lebih meluas, mendedahkan kita kepada anasir-anasir yang boleh memecahbelahkan perpaduan. 

Jadi sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama pertahankan nilai perpaduan ini lebih-lebih lagi pada zaman teknologi. Tapi untuk tujuan apa dan bagaimana?

GUNA INTERNET SATUKAN RAKYAT

Ilustrasi menunjukkan bagaimana internet menghubungkan semua orang

Ini antara tujuan yang boleh anda lakukan untuk mengukuhkan nilai perpaduan.

Meningkatkan kesedaran

Banyak perkara yang memerlukan kesedaran masyarakat tak kira bangsa terutama masalah sosial dan keperluan orang ramai. Salah satunya adalah keselamatan wanita di tempat awam ataupun keselamatan diri semasa melayari internet. Antara medium yang boleh digunakan adalah seperti podcast, media sosial seperti Twitter, IG dan TikTok serta laman web. Antara kempen kesedaran yang dijalankan di media sosial ialah seperti perkongsian tentang keselamatan siber oleh pengguna atau mangsa. Contohnya seperti tangkap layar di bawah di mana video Youtube daripada Soya Cincau memberikan pendedahan serta kesedaran tentang scam kerja online. 

Tangkap layar menunjukkan pendedahan mangsa scam kerja online, perkongsian di Youtube Soya Cincau BM

Menjana dana amal

Zaman media sosial macam sekarang dah tak memerlukan kita untuk uruskan dana amal melalui acara gah dan jemputan artis yang tersohor. Cukup dengan promosi dalam talian anda boleh membantu sesiapa saja di mana-mana mereka berada dengan pantas melalui platform yang mudah diakses orang ramai. Antara dana amal yang boleh dilakukan adalah dana mangsa banjir, dana pelajar susah dan sebagainya. Antara medium yang paling efektif adalah laman web seperti Kitafund, Gofundme, Simply Giving, kitajagakita. Seperti mana laman web kitajagakita.com yang diwujudkan untuk membantu mereka yang terkesan semasa dan selepas PKP. 

Tangkap layar menunjukkan individu-individu dibelakang laman web kitajagakita.com. Kredit imej daripada kitajagakita.com

Mempromosikan budaya kurang dikenali 

Adakah anda tahu budaya Malaysia dari segenap bangsa yang ada di negara ini? Mungkin kita dah biasa dengan budaya yang diketengahkan melalui perayaan yang disambut besar tapi ada lagi yang boleh kita terokai, fahami dan hargai. Antaranya adalah asal usul peribahasa Melayu, paku tidak digunakan dalam seni bina orang asli Temuan, pakaian tradisional cina selain Cheongsam, susu dididih sehingga melimpah keluar sebagai simbolik murah rezeki bagi kaum India dan lain-lain. Anda boleh menggunakan Youtube, Podcast, dan Media Sosial untuk mempromosikan budaya. Ambil contoh TikToker bernama soya belacan – seorang mualaf yang berkongsi resepi masakan kaum cina di akaun TikToknya. 

Tangkap layar menunjukkan antara resepi yang dikongsi oleh TikToker @soyabelacan.

Tanggungjawab Bersama

Selain individu, kita sebagai komuniti juga mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama mengekalkan keharmonian bangsa. Gunakan ketersambungan jalur lebar sebagai langkah untuk eratkan hubungan sesama sendiri. Contohnya KRT – kawasan rukun tetangga. Sekarang pun dah ada Facebook sendiri dan Whatsapp atau Telegram untuk kawasan masing-masing. 

Ikon menunjukkan logo Kawasan Rukun Tetangga 

DEMI MALAYSIA 

Usaha untuk mengeratkan perpaduan perlu disokong oleh semua rakyat Malaysia. Usaha ini perlu berterusan dan dengan ketersambungan jalur lebar yang semakin mudah diakses, nilai ini juga perlu diterap dalam dunia digital. 

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, kepelbagaian agama, kaum dan budaya menjadi identiti negara kita. Jadi jom kita teruskan usaha untuk mengukuhkannya!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content