Ini Cara Bercucuk Tanam Tanpa Perlu Tanah

February 2, 2023

Gaya Hidup

“Bestnya kalau boleh petik-petik je sayuran dan herba masa memasak terus daripada dapur”. 

Siapa cakap tak boleh? Zaman sekarang semua benda boleh buat. Nak bercucuk tanam dalam rumah pun boleh dengan pelbagai teknologi yang direka. Tak perlu ada tanah untuk berkebun. Dekat balkoni boleh, dekat dapur pun boleh. 

Ilustrasi menunjukkan komuniti kebun di balkoni 

Revolusi teknologi pertanian membolehkan sayur-sayuran kini ditanam tanpa tanah dalam persekitaran yang terkawal di dalam bangunan, sekali gus menjamin kualiti dan keselamatan makanan. Pelbagai teknologi diperkenal bagi menggalakkan masyarakat menceburi bidang pertanian. Sekali gus membantu menangani isu rantaian bekalan produk tani putus, kerana ia mampu dihasilkan sendiri.

Menepis stigma pertanian hanya boleh dilakukan masyarakat luar bandar, aktiviti bercucuk tanam kini boleh dijalankan di kawasan perumahan bandar. 

SUSTAINABLE FARMING, BOLEH JE! 

Nak cuba bercucuk tanam sendiri dan praktikkan “sustainable farming”? Boleh lihat antara teknologi dibawah : 

1. RotofarmRuang Menanam Kecil

Gambar menunjukkan peranti Rotofarm

Alat unik untuk menanam sayuran atau herba ini telah direka oleh Toby Farmer yang berasal dari Melbourne, Australia. Beliau telah mencipta alat ini bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan sayur dan herba. Anda tak perlukan ruang yang besar, tak perlu tanah atau baja dan yang penting ianya menjimatkan tenaga, masa dan air. Menurut Toby, dengan Rotofarm, anda hanya perlukan 4 langkah mudah:

  1. Letakkan benih di atas slot khas yang dipanggil Pre-Seeded Pods.
  2. Isikan Rotofarm dengan air dan nutrisi penting. 
  3. Pantau dan kawal melalui aplikasi Rotofarm 
  4. Sayur dan herba akan membesar di dalam alat tersebut

Produk ini bakal dijual pada tahun ini. Untuk sertai waiting list, anda boleh daftar di sini.

2. Green Kit – Sistem Pertanian

Gambar menunjukkan kawasan Green Kit

Green Kit merupakan sistem atau bekas penanaman yang direka bentuk khas dengan tiga  bahagian utama terdiri daripada takungan air (reservoir), ruang kapilari (capillary chamber) dan ruang media. Ia tak mempunyai lubang pada bahagian bawah tetapi mempunyai lubang saliran di bahagian tepi. 

Air dari takungan naik ke bahagian media di mana akar tanaman tumbuh dan melalui ruang kapilari. Tanaman akan mendapat bekalan air yang berterusan selagi takungan mempunyai air. Jumlah air yang terdapat dalam takungan selalunya cukup untuk empat hingga tujuh hari. Jadi tak payah siram setiap hari. 

Inovasi daripada MARDI ini belum lagi dipasarkan secara umum kepada orang awam, jadi nantikan kemunculannya akan datang!

3. Dekoponix – Bercucuk tanam sambil “home deco”

Gambar menunjukkan alat Dekoponix

Kumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan ‘dekoponix rack’ dan ‘home deco’ yang membolehkan penghuni pangsapuri menanam beberapa jenis sayuran dan ulaman di dalam rumah. Bukan sahaja tak memerlukan tanah, teknologi ini juga hanya menggunakan ruang kecil namun dapat mewujudkan suasana kehijauan dalam rumah dan membawa kesegaran udara.

Produk ini boleh dibeli di laman e-dagang seperti Shopee di sini. 

CUBA CUCUK TANAM SECARA PINTAR DI RUMAH 

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang menuai hasil tanaman

Inisiatif pertanian dalam rumah ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai mula bergiat aktif dalam aktiviti bercucuk tanam disamping mampu menjimatkan perbelanjaan harian, ia juga berupaya mendukung hasrat kepada keberhasilan dasar jaminan keselamatan makanan negara.

Dengan inovasi teknologi pertanian di atas dan kestabilan jalur lebar, kos sara hidup anda boleh dikurangkan malah jika fokus boleh menjana pendapatan sampingan. 

Selamat bertani!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content