Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

March 17, 2023

Keusahawanan

“Izz, kau kan kerja freelance, kau ada saving macam EPF semua tu tak?”  Soal Meerqeen kepada Izz

Meme yang menunjukkan seorang lelaki yang sedang mengetuk pintu dan seorang lelaki lagi sedang menyorok. Kredit meme daripada asklegal.

Eh kejap, freelancer ni macam mana ya? Posisi kerja ke jenis pekerjaan? Haa, sekarang ini dah ramai yang semakin berminat untuk jadi freelancer. 

Kalau anda pernah dengar perkataan ekonomi gig, ia satu trend yang memberi kebebasan kepada pekerja dan organisasi untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa perlu mengajikan pekerja sepenuh masa. Pendek kata, mereka yang menjalani ekonomi gig ni bergelar freelancer. Kerja tanpa majikan dan masa yang tetap. Per job atau kontrak. Contohnya, jadi rider GrabFood, buat kerja perakaunan ikut projek dan juga videographer. 

Tapi kan, kenapa ya agak-agaknya mereka ini nak jadi freelancer?

ANTARA SEBAB KENAPA RAMAI ORANG NAK KERJA FREELANCE:

Ilustrasi yang menunjukkan 3 orang individu yang sedang bekerja secara fleksibel

#1 Platform Kerja Freelance yang Banyak – Ada Upwork, fiverr, Guru dan pelbagai lagi. Mudah nak cari task ikut kategori dan hantarkan saja portfolio jika ada yang request atau nak mohon. Untuk ketahui lebih banyak platform dan cara nak tulis resume untuk kerja gig, boleh baca artikel ini – Remote Work? Nak Kerja Apa?

#2 Lebih Fleksibel dan Banyak Pilihan – Boleh kerja ikut kemampuan, kemahuan dan di mana sahaja anda berada. Jadi walaupun anda berada jauh dari bandar atau syarikat yang menawarkan kerja berada di luar negara pun boleh anda apply!

#3 Lebih Banyak Peluang – Bayangkan, lagi banyak job anda dapat untuk satu-satu masa, lebih banyak bayaran yang anda akan dapat. Cuma kena pandai bahagikan masa. Jangan tamak dan berikan kerja yang asal boleh je tau. 

PERKARA PENTING UNTUK TAHU SEBAGAI SEORANG FREELANCER!

#1 Rate Card Sesuai Dengan Portfolio Dan Pengalaman Bekerja

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki memberikan dokumen kepada seorang wanita

Kalau anda first time nak buat kerja freelance, mesti buntu nak tentukan berapa nak caj client ni! Suraya daripada laman web ringgit oh ringgit beri beberapa tips untuk anda:

  • Beritahu client berapa lama anda boleh siapkan kerja yang diberikan dan tanya mereka jika mereka ada offer untuk kerja tersebut.
  • Kena rajin network dengan freelancer lain yang sama bidang dan tanya berapa biasanya mereka caj.
  • Buat kajian harga pasaran untuk servis yang anda bakal tawarkan. Boleh cari kat website freelancer macam upwork atau fiverr. 
  • Caj ikut jam atau per projek. Anda boleh lihat harga pasaran dan lihat sama ada nak ikut, turunkan atau naikkan. 
  • Letak je harga mengikut apa yang anda rasa sesuai. Sama ada client setuju, runding balik atau mereka ghost anda. Hasilnya boleh jadi rujukan masa depan.

Yang penting tawarkan servis anda dengan kualiti yang baik serta harga yang berpatutan.

Jangan lupa berikan invois untuk setiap job yang selesai. Bukti kena ada untuk bayaran dan cas untuk setiap pekerjaan yang anda lakukan untuk rekod sendiri dan juga urusan-urusan seperti pengiraan cukai dan pinjaman perumahan/bisnes dan lain-lain.

#2 Bina Networking Kaw-Kaw

Ilustrasi menunjukkan acara networking

Selain boleh dapatkan kerja daripada portal pekerjaan, Networking adalah cara yang ramai freelancer gunakan. Macam mana nak networking?

  • First and foremost, hasilkan kerja berkualiti dan jaga hubungan dengan clients. Mungkin client yang akan bagi recommendation untuk job lain dan anda juga boleh tanya mereka dari semasa ke semasa jika mereka perlukan lagi servis.
  • Berhubung baik dengan para freelancers lain. Ada freelancer yang terlalu banyak job dan tak dapat cope, jadi mungkin mereka boleh beri job kepada anda. Ataupun beri recommendation kepada clients mereka. 
  • Aktif di sosial media. Tonjolkan bakat anda dalam format video pendek macam kat Tik Tok. Tak perlu bercakap pun dalam video, let your work speak on your behalf. 
  • Sertai acara networking bila ada kesempatan. Boleh jumpa like-minded people dan ada peluang nak tahu apa yang sedang in dalam bidang anda dan juga peluang berkongsi tips and tricks antara satu sama lain. 

#3 Wajib Tahu Hak-Hak Untuk Freelancer

Ilustrasi menunjukkan pekerja-pekerja sedang memegang tanda tick.

Menurut Clarence Kuna daripada asklegal.my ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh para pekerja gig/freelancer sebelum mereka memulakan apa-apa kerja. Perkara-perkara atau hak-hak ini boleh dimasukkan di dalam kontrak perkhidmatan. Ya, memang kena ada kontrak atau sekurang-kurangnya rekod black and white dalam bentuk email atau chat. Ini adalah antara yang boleh anda masukkan dalam kontrak:

  • Syarat bayaran (jumlah, tarikh bayaran dan juga hak untuk dapat wang pendahuluan sekiranya perlu).
  • Hak milik projek (menentukan siapa pemilik karya atau had penggunaan)
  • Klausa pampasan atau indemnity clause – (sekiranya berlaku apa-apa terhadap penggunaan karya anda oleh client, anda tak bertanggungjawab)
  • Skop kerja dan garis masa yang ditetapkan (bantu kawal revision yang terlalu banyak dan kerja tambahan yang tak dicaj).
  • Apa jadi jika client MIA (apa yang boleh anda lakukan sekiranya terjadi seperti tutup projek & cari yang lain).

Untuk maklumat yang lebih menyeluruh anda boleh baca artikel oleh Clarence Kuna di SINI. Itu adalah sedikit sebanyak mengenai hak-hak anda. Tapi sebagai freelancer ada juga hak lain yang perlu anda lunaskan seperti pembayaran cukai pendapatan. Jadi, simpan segala dokumen seperti invois, resit, dan sebagainya dengan baik. FYI, setiap individu berpendapatan lebih daripada RM34,000 setahun tak termasuk sumbangan EPF wajib bayar income tax. 

#4 Kena Ada Security Blanket – KWSP dan Private Retirement Scheme (PRS) 

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita tua sedang menyiram pokok pelaburan untuk hari tua. 

Mungkin sekarang ni anda tak nampak fungsi utama perkara ni. Tapi ia sebenarnya sangat penting sebagai dana atau pelan persaraan. Nanti kalau dah bersara, takkan anda tak ada sebarang simpanan kan?  

Jadi pun boleh je nak carum di KWSP di bawah pilihan caruman pilihan sendiri. Antara alternatif lain, anda juga boleh memohon untuk membuka akaun Private Retirement Scheme (Skim Persaraan Swasta). Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai PRS di SINI dan INI adalah antara penyedia yang menawarkannya Skim & Dana PRS.

OKAY, SEKARANG DAH BOLEH JADI FREELANCER YANG LEBIH CEMERLANG DAN DILINDUNGI!

Wah! Best juga jadi freelancer ini jika kena gaya. Ada hak, bebas dan paling penting, boleh jana pendapatan yang lumayan. Tapi perlu juga diingatkan, jika anda baru bermula ia akan mengambil masa untuk mendapat pendapatan yang stabil. 

Jika anda masih ragu-ragu, dapatkan kerja tetap dan mulakan dengan side hustle. Apabila side hustle anda dah mampu menandingi gaji kerja tetap, mungkin itu masa yang sesuai untuk anda beralih ke bidang freelancer sepenuh masa. Kalau nak cuba buat side hustle dulu, boleh baca artikel ini. 

Dengan kemudahan Internet yang laju, lagi senang sebenarnya nak apply kerja. Bukan full time sahaja, part time, freelance pun mudah. Best kan? Dengan ketersambungan jalur lebar, semua pun boleh jadi!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content