Edit Video Pakai Phone je – 4 Pilihan Aplikasi

March 15, 2023

Keusahawanan

“Raju, aku takde bajet nak hire video editor, nak edit sendiri pun laptop yang boleh edit video mahal gila kan??”

“Tu handphone kau tu? Download je app yang sesuai lepas tu edit je pakai phone. Tak perlu nak hire orang atau beli laptop bagai!”

Kalau tak gunakan video dalam pemasaran, memang something is wrong somewhere lah dalam strategi pemasaran anda.

Ilustrasi menunjukkan individu-individu yang sedang menggunakan telefon mereka

Sebab target audience anda semuanya dah beralih ke alam digital. Jadi ini memang satu langkah yang munasabah. Dari segi video editing pun dah mudah sekarang ini, pakai telefon pintar pun dah boleh. Tak perlu beli laptop atau PC dengan spesifikasi gempak tapi harga boleh naik darah tinggi.

Anda pun mesti dah selalu dengar aplikasi macam CapCut, InShot, VN dan Canva. Aplikasi-aplikasi ini pun dah bagus tapi jom kita ketahui alternatif lain yang juga boleh digunakan mengikut apa yang anda perlukan.

APA APLIKASI VIDEO EDITING MOBILE YANG TERBAIK?

Setiap bisnes mempunyai keperluan yang berbeza. Ada yang nak video dengan visual effect yang gempak atau yang sekadar mahukan effect transition yang minimal. Ada juga yang sukakan interface yang tak kompleks dan user-friendly. Aplikasi-aplikasi ini juga ada yang percuma dan berbayar.

Jadi terpulang kepada keperluan bisnes masing-masing untuk tentukan apa yang terbaik untuk strategi pemasaran anda. Artikel ini akan memberi anda panduan untuk buat pilihan aplikasi video editing yang terbaik.

#1 Terbaik Dari Segala Segi – POWERDIRECTOR

https://www.youtube.com/watch?v=TKvRYW3ZOI4>
Video menunjukkan cara-cara membuat animasi daripada gambar menggunakan aplikasi PowerDirector.

Aplikasi video editing ini telah diiktiraf oleh PCMag sebagai salah satu perisian video editing terbaik dari segala segi untuk tahun 2023. Ini kerana ciri-cirinya yang pelbagai dan mudah untuk digunakan. Orang yang tak pernah guna pun boleh cepat mahir. Antara key features aplikasi ini adalah:

  • Potong, cantum, pusingkan video dengan beberapa tap saja.
  • Tambah efek dan transition yang gempak dengan fungsi drag & drop.
  • Letak teks atau tajuk beranimasi di video dalam beberapa saat je.
  • Letak gambar atau video di atas gambar atau video (PiP, Picture in Picture)
  • Boleh edit multi-track macam perisian desktop. 
  • Ada ciri output 4K.
  • Boleh guna pelbagai jenis templat sedia dipakai.
  • Ada versi desktop juga.

Muat turun di iOS & Android (versi percuma & berbayar)

#2 Untuk Keperluan Paling Minimal Tapi Function – SPLICE 

Video menunjukkan cara asas menggunakan aplikasi Splice.

Tak semua jenis perniagaan perlu editing yang kompleks. Lagipun tren di media sosial sekarang ini sukakan video yang lebih organik ataupun raw. Jadi aplikasi ini bolehkan anda untuk buat editing minimal seperti buat potongan, cropping dan cantuman video. Apa lagi aplikasi ni boleh buat? Ini dia:

  • Eksport terus ke media sosial.
  • Meliputi semua fungsi asas video editing.
  • Mesra pemula dengan papan pemuka yang mudah dinavigasi.
  • Koleksi muzik dan efek bunyian yang percuma.

Muat turun di iOS & Android (versi percuma & berbayar)

#3 Direka Khusus Untuk Media Sosial – PROMEO

GIF menunjukkan rekaan visual design dengan gambar dan teks daripada template di Promeo.

Ini aplikasi yang tak perlu nak fikir apa layout yang nak digunakan dan macam mana nak design visual. Pilih je pilihan template yang sesuai dengan bisnes anda, masukkan gambar dan teks yang diingini dan siap! Ini beberapa lagi ciri-ciri aplikasi ini yang dikatakan aplikasi terbaik untuk kegunaan media sosial!

  • Navigasi papan pemuka yang mudah diguna.
  • 10,000 pilihan templat yang sedia diguna dari pelbagai kategori.
  • Templat baru dan mengikut perayaan semasa ditambah setiap bulan.
  • Boleh juga guna koleksi gambar, video & muzik.

Muat turun di iOS & Android (versi percuma & berbayar)

#4 Ciri-Ciri Advanced Untuk Yang Berpengalaman – DAVINCI RESOLVE 18

Video menunjukkan tutorial menggunakan aplikasi ini Davinci Resolve 18 untuk beginner yang mahu menjadi lebih advanced.

Ini pula adalah aplikasi paling advanced untuk editor yang berpengalaman. Antara perisian yang digunakan oleh para profesional dan diperkatakan “Hollywood’s #1 Post Solution”. Ia satu aplikasi yang memberi anda fungsi editing, pembetulan warna, efek visual, grafik bergerak dan audio post production di satu tempat. Apa lagi yang menarik?

  • Mudahkan kolaborasi bersama editor lain, colorist, artis efek visual dan jurutera bunyi.
  • Editing dilakukan mengikut ‘pages’ untuk mudahkan pengasingan tugasan. Contoh, editing dilakukan di page ‘edit’ dan colour grading dilakukan di page ‘color’.
  • Boleh diintegrasikan dengan aplikasi 3rd party seperti template motion grafik dan mudah alihkan fail daripada perisian lain seperti Final Cut Pro dan Premiere Pro.
  • Namun, aplikasi percuma ini hanya tersedia untuk pengguna iOS melalui iPad, Macbook & iMac.

Muat turun di iOS (versi percuma)

#5 Alternatif Untuk Davinci Resolve 18 – KINEMASTER

Video menunjukkan tutorial menggunakan aplikasi Kinemaster di iOS dan Android untuk beginner.

Jangan risau, bagi bukan pengguna iOS anda masih boleh gunakan aplikasi editing seperti DaVinci Resolve 18 dengan KineMaster. Kinemaster ada cri-ciri yang paling hampir dengan aplikasi di atas. Aplikasi ini juga mudah dinavigasi dan ini antara ciri utamanya:

  • Ketepatan pengawalan dalam mengedit.
  • Tools yang professional.
  • Mempunyai fungsi seperti trim, cut & tweak video dan audio track.
  • Ada juga ciri-ciri transition, blending, chroma key dan pelarasan cahaya.
  • Menyokong pengeditan 4K dan mudah mengeksport video ke Youtube. 

Muat turun di iOS & Android (versi percuma & berbayar)

PILIHLAH IKUT KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK

Ilustrasi menunjukkan seorang individu yang menggunakan magnet untuk menarik pelanggan

Yang paling penting adalah membuat market research tentang apa yang biasanya berkesan untuk perniagaan seperti anda. Kerana masa yang diambil untuk mengedit dan juga pembayaran yang dilakukan adalah satu pelaburan untuk bisnes. Jadi buatlah keputusan yang bijak untuk dapatkan MROI (Marketing Return of Investment) yang diingini. 

Walaupun anda boleh jimat kos dengan mengedit video sendiri, pilihan aplikasi yang tak sesuai boleh membuang masa dan tenaga. Jadi tingkatkan literasi digital anda dalam navigasi untuk mengembangkan bisnes dengan lebih pesat lagi!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content