First World Problem – Nak Makan Mana?

February 28, 2023

Gaya Hidup

“Jom lunch! Makan mana kita hari ni?”

“Ikut kau lah aku dah decide semalam”.

“Alamak, ikut kau lah, aku tak tau nak makan apa”.

“Kau lah pilih, aku pun pening nak makan apa”.

Maka kedua-dua member ini pun bertekak nak makan kat mana sampai lunch hour habis. Sudahnya order delivery je makan kat meja masing-masing. 

Gambar menunjukkan rakyat berbilang bangsa menikmati pelbagai juadah Malaysia

Semestinya ini satu ‘masalah’ yang kebanyakan rakyat Malaysia boleh relate. Soalan yang tak ada kesudahan selagi salah seorang tak buat keputusan. Ini kalau semua setuju, kalau tak? Berpusing-pusing macam merry-go-round. Nak-nak lagi dengan syurga makanan macam kat Malaysia ini. Kita boleh dapatkan makanan popular dari setiap pelusuk negeri dan tak kira budaya di Malaysia, di mana-mana saja anda berada. Terlalu banyak pilihan yang menyelerakan pun susah juga ya. 

Itu yang seronoknya tinggal di Malaysia, kita dapat menikmati juadah bukan saja dari negeri, budaya malah tak perlu tunggu musim raya pun. Macam kalau ditanya apabila kita berada di luar negara, apa yang mengingatkan anda tentang Malaysia, semestinya makanan kita. Dah jadi ejen perpaduan dah makanan Malaysia!

MAKANAN MALAYSIA, LAMBANG PERPADUAN KITA

Gambar menunjukkan pelbagai makanan Malaysia

Malaysia memang kaya dengan budaya dengan 13 buah negeri dan 3 buah wilayah. Ini termasuklah makanan di mana setiap negeri ada specialty yang tersendiri. Misalnya kalau yang dah merantau dan menetap di bandar pasti rindu dengan masakan ibu di kampung. Mengidam nak makan Nasi Dagang Mak kat kampung di Pasir Mas atau Laksa Utara Ori kat Pekan Sungai Petani. 

Perkara ini yang memberikan perasan ‘sense of belonging’ tak kira di mana kita berada terutamanya apabila kita berhijrah ke luar negara. Bukan kata berhijrah, baru melancong tak sampai 3 hari dekat Kota London dah mengidam Nasi Lemak. Asimilasi budaya dalam makanan pun tak asing lagi dengan makanan Malaysia seperti Laksa Nyonya, Nasi Ayam dan juga juadah-juadah pelbagai budaya yang disesuaikan dengan citarasa lokal. Begitu juga bila sampai waktu perayaan, semua orang yang menetap di Malaysia pasti akan teruja menikmati juadah khas yang banyak tersedia pada waktu-waktu tersebut. Macam rendang pada Hari Raya Aidilfitri, Yee Sang bila Tahun Baru Cina menjelma dan Murukku apabila Deepavali kunjung tiba.

MEMANG BEST MAKANAN MALAYSIA, TAPI PERSOALANNYA NAK MAKAN APA NI?

Chill, benda boleh settle. Asalkan ada Internet semua boleh jadi tau. Ikuti tips-tips di bawah untuk kita selesaikan age-old question ini dengan cara digital! 

#1 Back to Basics Google, Guna Aplikasi, Check Out Media Sosial

Walau macam mana sekalipun, kena tahu juga jenis makanan apa yang anda nak makan. Tapi kalau memang buntu tu boleh discover makanan-makanan di laman web dan aplikasi kat sini.

MyCommentsWebsite & aplikasi ini beraspirasi untuk jadi seperti YELP & TripAdvisor Malaysia. Di mana keutamaannya untuk mendapat komen-komen yang authentic daripada pengunjung restoran. Bukan saja bermanfaat untuk bakal pengunjung malah untuk para peniaga yang boleh mendaftar sebagai salah satu merchant!

Google Guna Keyword yang Betul – Kadang tak pasti nak Google apa. Kalau anda nak spefikasikan lagi, guna nama tempat yang anda nak tuju beserta tahun untuk dapatkan result yang paling latest. Contohnya macam ini.

Tangkap layar menunjukkan contoh menggunakan keyword untuk mencari tempat makan

Media Sosial Niche Makanan – Ramai sangat reviewer makanan di luar sana. Jadi manfaatkan informasi yang mereka kongsikan untuk kegunaan kita bila dah buntu nak makan kat mana. Ini antara yang boleh anda  follow dan scroll untuk buat research nanti.

  • Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) – Siapa yang tak pernah dengar rancangan makanan ni? Memang dah bermusim dan bertukar host. Review memang mantap!
  • KLFOODIE – Nak tahu kafe & restoran mana yang paling “IN” dan hipster di serata Klang Valley & KL. Ini akaun yang wajib anda follow.
  • EatDrinkKL – Kalau ke laman webnya siap ada artikel yang menceritakan dengan lanjut mengenai restoran, menu dan gambar-gambar menu yang menarik. Di laman Instagramnya pula menunjukkan gambar-gambar restoran yang aesthetic.
  • MalaysianFoodie – Malaysian Foodie membawakan anda review-review tak kira dari dari warung tepi jalan sehinggalah restoran kelas atas.  

Ada banyak lagi sebenarnya, bukan Instagram saja malah di Tik Tok. Jadi gunakan hashtag yang tepat seperti #malaysiafood #malaysiastreetfood #malaysiafoodiehunter #malaysiafoodie dan sebagainya 

#2 Dah Jumpa Restoran/Kafe Mana Nak Pergi. Apa Lagi Jom Cari Review!

Bila dah pergi restoran atau kafe jauh-jauh, memang teruja nak cuba makanan. Tapi yang merosakkan pengalaman apabila rasa pula yang agak mengecewakan. Bukan saja rasa, servis dan kebersihan juga memainkan peranan sama ada pengalaman berkunjung ke satu-satu restoran itu menyeronokkan atau tak. Silap hari bulan boleh bermasam muka. Untuk mengurangkan risiko perkara ini berlaku, anda bolehlah cari review menggunakan aplikasi/laman web di bawah bila dah jumpa mana nak pergi menggunakan tips #1 tadi.

Ataupun Google saja nama restoran dan Google mempunyai ciri untuk membenarkan pengguna untuk meninggalkan review dan rating!

#3 Still Undecided? Biar aplikasi yang tentukan! 

Berbalik situasi kat atas, sama ada dekat pejabat, dekat rumah atau pasangan yang bertengkar dalam kereta sebab tak tahu nak makan kat mana dan apa. Haa aplikasi boleh bantu! Tapi anda kena ada pilihan lah. sekurang-kurang nya dua pilihan. Sebab apa, ini cara aplikasi Pick Me – Random Generator boleh tolong!

Contohnya anda ada dua pilihan nak makan di Restoran Asam Pedas Melaka atau Restoran Laksa Johor & Beriyani Gam. Gunakan ciri flip the coin aplikasi tersebut (Heads or Tails). Kalau ada banyak pilihan macam KFC, Pizza Hut, Texas Chicken, Taco Bell dan sebagainya, guna ciri Spin the Wheel. 

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Pick Me – Random Generator

Aplikasi ini cuma ada di Apple Store, untuk peranti Android anda boleh gunakan alternatifnya seperti Spin the Wheel – Random Picker atau di laman web Wheel of Names. Kalau anda nak tahu, aplikasi MAE turut ada ciri seperti ini di mana ia dipanggil Wheel of MAKAN MANA? 

HA AMACAM? BOLEH SELESAIKAN SOALAN FIRST-WORLD PROBLEM INI TAK?

Soalan macam simple tapi jawapan dia boleh buat gaduh. Jadi dengan tips-tips di atas dapat membantu anda buat keputusan yang lebih pantas dan memuaskan hati dalam pilihan makanan dan tempat yang ingin dituju. Itulah macam mana teknologi boleh memudahkan kehidupan kita dalam memilih makanan di syurga makanan terkenal di dunia ini. Hari-hari boleh bertukar pilihan makanan dan semuanya direalisasikan dengan ketersambungan jalur lebar yang disediakan kerajaan.

Jadi anda mesti dah boleh jawab kan, hari ni nak makan apa?

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content