Elak Kena Sidai Dekat Airport. Gunakan Ini!

January 12, 2023

Pelancongan

“Flight hubby dari Munich sampai pukul 3 petang, tapi airline ni selalu ada delay, jadi pukul berapa nak pergi airport ni?” keluh Isma sambil melihat skrin telefon.

Anda pasti risau jika orang tersayang menaiki kapal terbang dalam penerbangan jarak jauh. Ini mungkin persoalan yang ditanya :

Flight kat mana sekarang? 

Kalau ada flight delay macam mana nak tahu? 

Dah selamat mendarat ke? 

Dan banyak lagi persoalan yang merungsingkan. Sebab itulah kita memerlukan flight tracking. Bukan je melegakan hati, tapi memudahkan untuk merancang perjalanan untuk mengambil mereka. Jom tahu tentang apa lagi fungsi flight tracking dan di mana nak guna!

FLIGHT TRACKING INI APA? 

Flight tracking ataupun dalam bahasa melayunya ‘menjejaki penerbangan’ ini sebenarnya teknologi yang membantu anda untuk menjejak penerbangan yang ingin diketahui. Perkhidmatan ini dapat diakses dalam talian dengan menunjukkan maklumat penjejakan penerbangan pesawat pada masa nyata (real-time) di peta dunia. Ia termasuk maklumat pengesanan penerbangan, tempat asal dan destinasi, nombor penerbangan, jenis pesawat, kedudukan, ketinggian dan kelajuan. Di bawah adalah aplikasi-aplikasi yang popular di pasaran.

Ikon menunjukkan aplikasi-aplikasi flight tracking seperti FlightAware, Plane Finder dan Flightradar24.

KENAPA KENA ADA FLIGHT TRACKING?

  • Tahu & Kenal Jenis Kapal Terbang Di Udara Dan Destinasi Yang Dituju

Kalau dulu, sama ada nak naik kapal terbang atau nak ambil orang di lapangan terbang, anda pasti akan semak maklumat seperti masa dan nombor pesawat di paparan skrin LCD di airport. 

Jadinya dah sampai airport baru tahu kalau ada perubahan. Leceh dan buang masa. Sekarang download je aplikasi flight tracking, sama ada kat rumah atau dalam perjalanan ke airport pun boleh check! Jimat masa dan tenaga.

Tangkap layar aplikasi FlightRadar24

  • Pantau Perjalanan Kesayangan Dari Jauh

Contohnya Mak sedang berada dalam flight pulang dari Madinah ke Kuala Lumpur. Boleh ke nak jejak Mak kat mana sekarang? Eh, apa tak bolehnya. Masukkan je maklumat penerbangan seperti flight number, dan anda boleh lihat ikon penerbangan bergerak. Itulah lokasi semasa Mak! Aplikasi macam FlightAware pun ada versi web. Ini contoh yang anda akan lihat.

Tangkap layar daripada laman web FlightAware

  • Elak Dari Berprasangka

Ciri ini berguna untuk pasangan, sama ada suami atau isteri. Dengan flight tracker, anda boleh perhatikan dan tahu sekiranya mereka dalam perjalanan, sedang transit ataupun sudah tiba. Macam anda track rider sementara tunggu penghantaran makanan tu. Jadi kuranglah rasa risau atau curiga dan anda pun lega dengan keselamatan pasangan.

Gambar menunjukkan seorang lelaki menyambut isterinya pulang di lapangan terbang

  • Rancang Perjalanan Yang Lebih Menarik

Pernah terfikir tak untuk duduk dalam penerbangan yang ada pemandangan yang cantik? Sekarang dah boleh atur view masing-masing tau! Menerusi aplikasi-aplikasi tersebut, anda boleh kenalpasti laluan (route) pesawat dan boleh memilih tempat duduk bersebelahan tingkap di barisan kanan atau kiri. 

Kenapa? Sebab pemandangan di sebelah kanan pesawat mungkin membawa anda ke pemandangan gunung-ganang, manakala sebelah kiri pula pemandangan laut. Tetapi, tak semua penerbangan akan mengalami dua jenis pemandangan seperti ini, tapi boleh je nak semak. Macam ada added experience!

Gambar menunjukkan pemandangan di luar tingkap pesawat

MUDAH MEMANTAU, RANCANG DENGAN LEBIH BAIK!

Dengan penggunaan aplikasi-aplikasi ini, mudah anda nak pantau dan rancang perjalanan anda. Nak semak di rumah atau semasa on-the-go pun boleh! Layari je laman web seperti FlightAware, Plane Finder dan Flightradar24 untuk semak di laman web atau untuk muat turun aplikasi. Kan segalanya di hujung jari. 

Penggunaan teknologi seperti ini juga dimudahkan dengan adanya ketersambungan jalur lebar yang stabil  dan juga penggunaan teknologi 5G yang semakin meluas. 

Selamat menjejak dengan flight tracker!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Teknologi Dalam Tourism pun Tak Nak Kalah!

Pelancongan

March 20, 2023

Board Games Berat? Versi Digital kan Ada!

Pelancongan

March 17, 2023

Backpackers 101 - Tips Digital Untuk Trip Selamat

Pelancongan

March 15, 2023

Simptom-Simptom Travel Scam. Selamatkah Anda?

Pelancongan

March 14, 2023

Skip to content