Dari Pusing Tombol ke Tekan Skrin

February 17, 2023

Gaya Hidup

Bangun pagi semata-mata nak tengok Dragon Ball, SailorMoon atau Samurai X. 

Sanggup ponteng sekolah sebab nak tengok episod akhir Rosalinda. 

Tumpang rumah kawan sebab nak tengok Akademi Fantasia 1 atau siaran langsung bola.

Mungkin ada antara anda yang pernah alami situasi begini semasa menonton kartun atau telenovela Sepanyol di televisyen suatu ketika dulu. Kalau yang sedang memakai antena mahupun piring satelit, mungkin alami masalah gangguan siaran semasa hujan, kilat atau angin kuat. 

Gambar menunjukkan barisan TV lama

Tapi sekarang anda boleh tonton rancangan kegemaran melalui telefon bimbit, tab atau laptop. Dan sebenarnya sedar tak sedar anda berada dalam sebahagian evolusi penstriman video.

Infografik menunjukkan evolusi televisyen di Malaysia. Kredit imej daripada Bernama.

SALURAN PERTAMA MALAYSIA

Rangkaian pertama oleh Radio Televisyen Malaysia(RTM), dengan siaran daripada saluran pertama RTM1 yang mula disiarkan 28 Disember 1963. Yang kemudian RTM menambah saluran kedua, yang dikenali sebagai RTM2. Kat sini lah mulanya sesetengah daripada anda mengenali rancangan Tilawah Al-Quran, animasi Anak-anak Sidek, Usop Sontorian dan sebagainya.

Tangkap layar menunjukkan rancangan animasi dan tilawah Al-Quran. Kredit imej daripada iMDB & Dewan Bahasa & Pustaka.

SALURAN YANG WUJUD DI MALAYSIA

Jangan tak tahu, kalau dahulu beli surat khabar macam Utusan dan Berita Harian, muka surat yang paling disukai adalah ruangan rancangan TV untuk semak rancangan yang ada. Antara saluran yang wujud pada awal dahulu seperti TV1 yang menyiarkan berita arus perdana dan TV2 yang tertumpu pada berita bahasa Inggeris.

Gambar menunjukkan jadual siaran TV. Kredit imej daripada OhBulan.

Dan pilihan ramai selepas kedua saluran tadi adalah TV3 yang merupakan saluran swasta pertama Malaysia. Kemudian dapat saksikan saluran 8TV yang menyiarkan rancangan lebih kepada bahasa Mandarin ketika itu. Tak ketinggalan saluran NTV7, Bernama TV, dan sebagainya. 

PLATFORM PENSTRIMAN TEMPATAN

Seiring dengan evolusi pendigitalan televisyen yang menggunakan ketersambungan jalur lebar, penonton boleh menonton rancangan on-demand mahupun strim secara langsung. Ini antara contoh laman sesawang tempatan yang menyediakan konten hiburan drama dan filem:

  • RTMklik – Platform rangkaian 34 saluran RTM yang kini boleh ditonton di mana saja
  • Siar – Perkhidmatan penstriman untuk menonton rancangan klasik tempatan secara langganan bulanan atau tahunan
  • ASTRO Go – Merangkumi penstriman langsung seperti saluran sukan dan rancangan on-demand, percuma bagi pelanggan Astro
  • WeTV Iflix – Asalnya Iflix yang kini disatukan menjadi sebahagian WeTV dengan rancangan on-demand percuma. Antaranya rancangan drama Cina, Korea, Indonesia dan tempatan
  • Tonton – Perkhidmatan penstriman terbesar tempatan, secara percuma. Cuma daftar dan boleh mula menonton hampir kesemua rancangan tempatan dan antarabangsa.

BILA PENGGUNAAN TELEVISYEN DI MALAYSIA BERMULA?

Bermulanya penggunaan televisyen apabila ia menjadi alat menyebarkan maklumat dan hiburan untuk masyarakat, bagi menggantikan radio. 

Gambar menunjukkan logo bagi Siar, RTMKlik, Tonton dan AstroGo.

Untuk anda yang nak optimumkan pilihan saluran penyedia konten langganan seperti MUBI, VIU & NETFLIX secara bundle, boleh cuba pilihan daripada:

Gambar menunjukkan logo bagi Maxis TV, dan Unifi TV.

PILIH IKUT KEPERLUAN

Gambar menunjukkan seorang lelaki yang sedang menonton platform penstriman

Nah, dapat kita lihat dengan perubahan landskap tontonan hiburan melalui televisyen dahulu sehinggalah zaman sekarang yang banyak menggunakan peranti yang boleh dibawa ke mana saja. Mungkin anda pun salah seorang daripada pelanggan perkhidmatan penstriman seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, MUBI dan sebagainya.

Dengan ketersambungan jalur lebar, memang banyak pilihan yang anda ada. Nak menonton rancangan mainstream televisyen mahupun drama dan filem antarabangsa. Apa-apa pun tonton lah secara berpada dan ikut keperluan ya!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content