Cari Kerja pun Ada Strategi?

February 27, 2023

Gaya Hidup

“Aku tengok Anis tu, senang betul dia dapat kerja. Daripada awal dia grad sampai la dah senior position. Apa rahsia dia eh?”

Ilustrasi menunjukkan contoh resume 

Isu susah mencari kerja bukan saja isu untuk graduan baru, malah yang berpengalaman juga mengalami perkara yang sama. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Negara, 197,400 siswazah menganggur pada tahun 2021. Walaupun statistik itu menurun 4.1 peratus daripada tahun sebelumnya, angka itu masih lagi merupakan angka yang besar.

NAK MOHON KERJA PUN ADA CARANYA TAU, JANGAN SEMBERONO

Memohon kerja tanpa buat homework tentang kriteria yang diperlukan jawatan, latar belakang syarikat dan trajektori perjalanan kerjaya memang memenatkan dan membuang masa. Bayangkan anda mohon apa-apa saja kerja dan kemahiran yang diperlukan anda tak ada. Susah juga nak menjawab dalam sesi temuduga. 

Jadi ini antara strategi-strategi yang boleh anda cuba untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan sama ada anda graduan baru atau pekerja berpengalaman. Jom kita lihat!

NAK STRATEGI CARI KERJA? BACA NI CEPAT!

Alright, ini adalah 6 strategi cari kerja yang boleh anda aplikasikan!

 #1 Tailor-made resume, barulah “meet the requirements”.

“Impressive  budak ni, dia tick hampir semua checklist dan sanggup belajar benda baru”

Ilustrasi menunjukkan resume seorang wanita

Kalau anda merancang untuk mohon 10 jenis jawatan, jangan guna Cover Letter dan Resume yang sama. 

Tapi janganlah tukar kesemuanya. Sekurang-kurangnya baca kriteria yang diperlukan serta senaraikan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan. Berdasarkan apa yang dibaca, tulis juga apa yang anda boleh bantu syarikat untuk perbaiki prestasi akan datang di Cover Letter. Ini berkemungkinanan besar akan menarik minat para penemuduga untuk jemput ke sesi interview! Di situ pandai-pandailah anda goreng apa yang patut! Tapi pastikan relevan dan meliputi apa yang anda mampu buat. 

Contoh: Eksekutif Media Sosial – Senaraikan kemahiran yang relevan seperti pengurusan media sosial, penulisan yang engaging, kepakaran dalam penggunaan platform media sosial dan sebagainya. Senaraikan projek atau sijil berkaitan untuk menyokong kemahiran anda. 

#2 Cari Portal Kerja yang Sesuai Dengan Bidang (Niche Down)

“Sesuai ke nak cari kerja bidang oil & gas dekat Hiredly?”

Ilustrasi menunjukkan pekerja yang sedang bekerja menguruskan perpaipan di pelantar minyak

Resume dah okay, sekarang ini nak cari portal mana yang sesuai untuk jenis kerja berdasarkan pengalaman dan peringkat kerja anda (entry level – senior level).  Tak semua jenis kerja ada di setiap portal pekerjaan. Ada portal yang menawarkan banyak kerja rencam dan ada juga portal yang fokus kepada peringkat pekerjaan yang lebih senior. 

Industri

Ikon-ikon menunjukkan logo foundit, hiredly, Rtist, careerjet, Artisan, Seekers, Linkedin & MauKerja.

Peringkat Pekerjaan

Ikon-ikon menunjukkan logo Robert Walters, Salt, Hays, PersolKelly & Monroe.

#3 Mod Kerja Yang Sesuai Dengan Anda

“Alamak aku nak kerja remote, ni yang aku terima kerja dekat office kenapa, aduh!”

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang bekerja

Pastikan anda baca kriteria sampai habis. Adakah jawatan itu memerlukan anda untuk bekerja di pejabat sepenuhnya (work-in-office), fleksibel mengikut keperluan kerja (hybrid) atau anda bebas bekerja di mana-mana saja (remote)?

Jadi pilih jawatan mengikut apa yang anda suka. Kebiasaannya bagi yang baru memasuki bidang pekerjaan anda dianjurkan untuk mula bekerja dari pejabat. Ini disebabkan anda perlu membina kemahiran komunikasi, networking, gaya kerja yang baik dan sebagainya.

Jadi fikir baik-baik sebelum membuat permohonan.

#4 Networking bukan dalam bisnes je

“Hello, salam perkenalan, awak Pengurus Agensi Maverick Aspire kan?”

Ilustrasi menunjukkan 3 orang yang sedang borak bersama

Kemahiran asas yang bagus untuk mana-mana pekerjaan adalah  networking. Networking merupakan aktiviti yang melibatkan perjumpaan orang baru di dalam industri yang sama di mana pertukaran idea dan informasi berlaku di dalam perjumpaan ini.  Jadi walaupun anda masih tengah cari kerja, boleh je nak buat networking. Pergi je cari mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam industri anda di platform seperti Linkedin dan berhubung dengan mereka. Sama ada anda nak tukar pendapat atau meminta nasihat.

Mana tahu, dengan cara ini, mungkin mereka sendiri yang akan hand deliver resume anda ke hiring manager. Jadi anda perlu juga buat first impression yang meninggalkan kesan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, mana anda nak tahu kan?

#5 Tolong! Saya perlukan bantuan professional

“Aku perlukan bantuan professional, tapi nak cari siapa?”

Tangkap layar menunjukkan antara konten yang diketengahkan career coach di aplikasi Tik Tok. Kredit imej daripada @kerjajer, @paktam_nizama & @coachkarthigah.

Mestilah ada, sama ada yang percuma dan berbayar, dua-dua ada. Kalau untuk graduan baru, boleh tengok di Tik Tok je dengan personaliti seperti @paktam_nizama, @coachkarthigah dan @kerjajer. Mereka sangat bagus dalam memberikan tips yang boleh diaplikasikan serta merta! Kalau ada wang lebih boleh dapatkan khidmat yang berbayar. Walaupun berbayar, tapi berbaloi. Anda boleh dapatkan khidmat profesional seperti Hanie Razaif (The Career Doctor) dan Nik Akmal (The Career Consultant). Mereka boleh beri anda insight yang sesuai untuk karier apa yang anda ingin dapatkan.

#6 Inisiatif Kerajaan dan Program Khas Siswazah

Ikon-ikon menunjukkan logo MyStep, MYFutureJobs & Protégé

Ini adalah antara program daripada kerajaan:

Antara program khas untuk para siswazah:

(Semua program masih berjalan setakat artikel ini ditulis)

JANGAN PUTUS HARAPAN OKAY? USAHA, GUNA STRATEGI YANG BETUL DAN REZEKI AKAN MUNCUL!

Ilustrasi menunjukkan dua individu yang bersedia untuk memberikan pengumuman

Dengan strategi yang betul dan usaha yang berterusan, kerja yang menjadi idaman pasti dalam gapaian. Lagipun dengan zaman digitalisasi, urusan mencari kerja makin mudah. Cuma layari Internet atau muat turun saja aplikasi yang berkenaan. Tak macam dulu, kena buka surat khabar dan telefon satu-satu syarikat yang ingin dimohon kerja. 

Sekarang dengan satu klik atau tap dah boleh muat naik resume dan terus hantar! Tempat temuduga jauh? Bukan masalah, guna saja aplikasi teleconference, pakai phone pun boleh. Tak perlu lagi mengeluarkan duit tambang semata-mata untuk pergi ke sesi temuduga. Dengan ketersambungan jalur lebar, perkara macam ini mudah diaplikasi kerana segalanya di hujung jari. 

Jadi jangan down bila tak dapat jemputan interview. Hari yang cerah itu akan tiba, jadi bangkit, belajar guna strategi dan percaya, rezeki itu tak salah alamat. Mungkin tak lama lagi anda akan buat pengumuman yang menggembirakan kat keluarga dan rakan-rakan. Selamat berjaya cari kerjaya!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Isi Masa Terluang Versi Digital

Gaya Hidup

March 21, 2023

Untungnya Tinggalkan Review!

Gaya Hidup

March 20, 2023

Media Sosial Anti Toksik - ‘Block’ Je

Gaya Hidup

March 8, 2023

'Online Presence' Para Kerabat Diraja

Gaya Hidup

March 8, 2023

Skip to content