5 Aplikasi Bantu Anda Dapatkan Berat Badan Ideal

January 18, 2023

Kesihatan

Berdebar-debar jantung sambil mata melorot ke arah lantai. Perlahan-lahan kaki diangkat, satu persatu di atas sebuah mesin.

“Alah, kenapa berat tak turun ni!” 

Pernah tak anda jerit kegeraman macam ini bila lihat berat badan di mesin penimbang?

TURUN BERAT UNTUK SIHAT, LUPAKAN TREN

Mengikut Statistik KKM, kadar obesiti Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara sebanyak 15.6%. Mempunyai fizikal cergas dan sihat dengan bentuk tubuh ideal semestinya menjadi idaman malah ianya juga saranan kerajaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Tetapi diet yang sihat bukanlah hanya mengikut trend dan apabila anda mencapai berat yang dimahukan, anda tidak menjaga pemakanan secara berterusan. Diet yang terbaik adalah melalui gaya hidup sihat dan 5 aplikasi ini akan memudahkan anda menjejak kalori mahupun bersenam bagi mendapatkan berat idaman:

MyFitnessPal

Tangkap layar daripada aplikasi MyFitnessPal.
Tangkap layar daripada aplikasi MyFitnessPal
  • MyFitnessPal merupakan salah satu aplikasi percuma yang mempunyai hampir semua sumber pengiraan kalori bagi makanan dan tenaga yang digunakan setiap hari. 
  • Ciri istimewanya boleh diselaraskan dengan aplikasi kecergasan lain seperti Garmin Tracker & Fitbit Tracker yang tersambung dengan peranti seperti Garmin Watch atau Fitbit Watch.
  • Penggunaan MyFitnessPal ini sangat mesra pemula. Ini caranya : 

  1. Anda hanya perlu mencipta akaun melalui emel atau Facebook.
  2. Tetapkan matlamat diet anda ke arah mendapatkan berat badan ideal dalam masa yang dimahukan.
  3. Jadikan ia sebagai diari menjejak kalori makanan.

Muat turun di Google Play & App Store

Strava  

Tangkap layar daripada aplikasi Strava.
Tangkap layar daripada aplikasi Strava
  • Strava merupakan media sosial bagi kebanyakan atlet dan peminat aktiviti fizikal. Strava ini kebiasaannya digunakan bagi menjejak kecergasan aktiviti dengan ciri-ciri tempoh masa, jarak dan kalori yang dibakar bagi setiap aktiviti dilakukan.
  • Dicirikan sebagai jaringan sosial dalam bidang kecergasan kerana aplikasi ini membolehkan penggunanya menambah dan menjemput individu lain untuk saling berkongsi pencapaian aktiviti kecergasan masing-masing. 
  • Aplikasi ini juga sesuai bagi pemula untuk melahirkan rasa semangat agar sentiasa memperbaiki progress apabila berada dalam kelompok  yang sukakan aktiviti kecergasan.

Muat turun di Google Play dan App Store

Fitbit  

Tangkap layar daripada aplikasi Fitbit.
Tangkap layar daripada aplikasi Fitbit
  • Nah, ini aplikasi jejak aktiviti yang dipakai seperti perhiasan tangan dengan pilihan peranti jam pintar atau penjejak aktiviti (Fitbit Tracker). 
  • Ia juga boleh diselaraskan dengan penjejak kalori makanan seperti MyFitnessPal. Semestinya memudahkan lagi urusan anda menjejak kalori makanan dan kalori aktiviti yang dibakar dalam satu hari.
  • Jika anda mempunyai kemampuan untuk memiliki perantinya, penggunaan menyeluruh adalah lebih mudah. 
  • Namun juga boleh digunakan tanpa peranti (hanya di telefon pintar) dengan pilihan ‘Mobile Track’ yang mesra bagi pengguna pemula.

Muat turun di Google Play dan Apps Store

Prepear  

Tangkap layar daripada aplikasi Prepear.
Tangkap layar daripada aplikasi Prepear
  • Prepear adalah satu aplikasi meal prepping (merancang makanan). 
  • Kalau sebelum ini anda pening untuk memikirkan senarai makanan sihat yang hendak disediakan sepanjang hari, aplikasi Prepear menjimatkan masa anda bagi merancang makanan bagi satu minggu secara sekali gus. 
  • Cirinya membantu anda menyenaraikan senarai bahan untuk pelan makanan mingguan. Jadi, anda dapat menetapkan resepi makanan mengikut keperluan kalori pada minggu tersebut. 
  • Dengan cara sebegini anda bukan saja dapat menjejak kalori pada menu yang akan disediakan, malah anda juga pasti dapat menjimatkan perbelanjaan makanan mingguan!

Muat turun di Google Play & App Store

Map My Run by Under Armour  

Tangkap layar daripada aplikasi Map My Run
  • Ini adalah salah satu lagi aplikasi boleh laras bersama aplikasi MyFitnesspal terutamanya bagi anda yang suka berlari. Ciri menarik  Gear Tracker membolehkan anda mengetahui jumlah jarak yang telah kasut anda lalui dan menetapkan tempoh penukaran kepada kasut baru. 
  • Jika dibandingkan dengan Strava yang mendorong anda untuk bersifat kompetitif bersama individu lain, Map My Run adalah aplikasi yang lebih sesuai bagi anda yang hanya mahu fokus pada progress aktiviti larian sendiri.

Muat turun di Google Play & App Store

BERAT BADAN SIHAT, KEYAKINAN MENINGKAT

Mendapatkan kecergasan yang baik dengan berat badan ideal pastinya meningkatkan keyakinan diri. Saranan kerajaan untuk menjalankan gaya hidup sihat dengan penggunaan aplikasi jejak kalori juga dapat dijayakan seiring kehidupan moden.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengembangkan ketersambungan jalur lebar di seluruh negara membolehkan pemantauan nutrisi, senaman dan berat badan dilakukan dengan akses Internet di rumah atau di mana-mana anda berada. Penggunaan aplikasi tersebut juga membantu anda membuat pilihan terbaik bagi menepati matlamat kesihatan semasa.

Anda akan lebih memahami hubungan antara berat badan, kalori pemakanan dan nutrisi secara langsung selain bagaimana tabiat gaya hidup mempengaruhinya secara menyeluruh!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Marie Kondo Kan Ekosistem Digital Anda

Kesihatan

March 21, 2023

Kerja Kerja Juga, Belakang Kena Jaga!

Kesihatan

March 20, 2023

Aplikasi First Aid jadi HERO dalam kecemasan

Kesihatan

March 17, 2023

Benda Dah Ada, Kenapa Tak Guna?

Kesihatan

March 13, 2023

Skip to content