3 Aplikasi Telekonsultasi dengan Doktor yang Anda Patut Tahu!

January 4, 2023

Kesihatan

“Jauh benor klinik terdekat pun, kan best kalau setakat sakit ringan-ringan ni boleh video call je?”.

Sebenarnya tanpa kita sedari, jarak hospital dan klinik yang jauh boleh menjadi sebab yang mengekang segolongan individu untuk mendapat rawatan awal untuk sakit ringan. Bayangkan, batuk sikit-sikit tapi nak kena bergerak jauh ke klinik. 

Rasa macam tak berbaloi walaupun hakikatnya ia mungkin simptom awal untuk penyakit yang membahayakan nyawa. Satu lagi yang boleh dikatakan hampir semua orang akan lalui ialah, menunggu giliran di klinik atau hospital. Nak pula kalau anda sedang sibuk bekerja, dahlah sakit tapi rasa macam lebih rela terus bekerja daripada nak tunggu beratur. 

Ilustrasi menunjukkan perbualan virtual antara seorang pesakit dan doktor

Tapi jangan anda risau, permintaan ini dah pun jadi kenyataan! Jom kita tengok 3 aplikasi yang boleh ubah hubungan kita dengan fasiliti kesihatan!

3 APLIKASI DOKTOR MAYA UNTUK SEMUA

Boleh consult dengan doktor secara virtual sahaja? Iya! Tahukah anda, terdapat beberapa aplikasi yang anda boleh muat turun sekarang dan bakal manfaatkan anda daripada segi kesihatan.

#1 Doctor2u – Bukan Sekadar Konsultasi Virtual Saja!

Anda pernah dengar aplikasi Doctor2u? Aplikasi yang dibangunkan oleh BP Healthcare Group ini adalah aplikasi on-demand di mana ia boleh memberikan servis penjagaan kesihatan di hujung jari. 

Dengan aplikasi ini, anda boleh hubungi doktor untuk dapatkan nasihat melalui telekonsultasi. Anda juga boleh live chat dengan para doktor, ahli farmasi, dan pakar nutrisi secara percuma. Bukan itu saja, antara yang lain adalah memanggil doktor/ambulan ke rumah, jadualkan penghantaran ubat dan simpan rekod kesihatan anda secara selamat.

Senang kalau doktor nak check medical history bila dah ada track record dalam aplikasi. Kan dah macam ada klinik di rumah! 


Muat turun di App Store & Google Play

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Doctor2u

#2 Speedoc – Telekonsultasi dan Pantauan Penjagaan dari Jauh

Aplikasi ini pula diwujudkan untuk memberikan penjagaan kesihatan yang lebih berinovasi dan sesuai dengan keperluan zaman. Diasaskan oleh Dr Shravan Verma, aplikasi ini menawarkan akses kepada penjagaan seperti di hospital dengan servis telekonsultasi, lawatan doktor/jururawat di rumah dan  penjagaan kecemasan (yang tidak membahayakan nyawa) di rumah seperti alahan, selesema, dehidrasi, vertigo, pneumonia dan lain-lain.

Antara yang berbeza dengan aplikasi lain adalah, aplikasi ini membolehkan anda mendapatkan servis pantauan kesihatan dari jauh (remote monitoring) menggunakan peranti khas. Servis ini dinamakan H-Ward dan sesuai untuk pesakit yang memerlukan pantauan sepanjang masa dan juga pesakit lanjut umur. Dah macam penjagaan hospital-level!

Muat turun di App Store & Google Play

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Speedoc

#3 Anura – Kombinasi AI dan Penjagaan Kesihatan!

Bayangkan, dengan hanya menggunakan kamera video, anda dah boleh tahu kadar degupan jantung dan tahap stres anda! Wah, biar betul? Ini merupakan hasil teknologi AI (DeepAffex™) yang dibangunkan oleh Nuralogix menerusi aplikasi Anura. 

Jadi bagaimana ia berfungsi? Anda cuma perlu buka kamera melalui aplikasi tersebut, dan ia akan menganalisa kulit untuk membaca perjalanan darah di muka. Data yang diambil akan diproses oleh teknologi AI dan keputusan akan diberikan. Antara data yang dapat dibaca adalah kadar degupan jantung, tekanan darah dan tahap stres. Advanced betul! 

Perlu juga diingatkan, aplikasi ini bukanlah pengganti doktor, tetapi alternatif untuk memeriksa data asas kesihatan dan juga petunjuk jika anda perlukan rawatan lanjut. 

Muat turun di App Store & Google Play

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Anura

JUGA MEMBANTU SAAT KLINIK & HOSPITAL DIBANJIRI PESAKIT

Aplikasi-aplikasi di atas sangat membantu dalam memudahkan pesakit yang mempunyai masalah mobiliti seperti warga emas dan yang berkerusi roda. Ia juga menjadi salah satu jalan penyelesaian yang boleh diambil sekiranya hospital dan klinik dibanjiri pesakit. Salah satu contoh adalah ketika pandemik memuncak pada awal 2020 di mana hospital dan klinik penuh dengan pesakit dengan risiko jangkitan Covid-19 yang tinggi. Ada masa rawatan asas pun sukar diterima dengan sekatan perjalanan yang ketat pada waktu itu.

Ilustrasi menunjukkan klinik yang sesak dengan pesakit

APLIKASI MENJADI PENYELAMAT TAPI BUKAN UNTUK KECEMASAN YANG MENGANCAM NYAWA

Aplikasi-aplikasi ini menjadi penyelamat tetapi ingat, sekiranya anda memiliki kecederaan parah dan mengancam nyawa, segera ke klinik ataupun hospital berhampiran kerana rawatan virtual atau di rumah saja tak mencukupi. Tak pasti apa klasifikasi kecemasan mengancam nyawa dan tidak mengancam nyawa, anda boleh rujuk klasifikasi Speedoc di sini.

3 LAGI APLIKASI – UNTUK TEMUJANJI DAN PENGURUSAN UBAT

Tak cukup 3 aplikasi? Ini pula aplikasi-aplikasi untuk mudahkan urusan anda buat temujanji, menguruskan ubatan di klinik & hospital kerajaan dan juga klinik swasta. 

  • MySejahtera – Untuk urus temujanji di 673 klinik kesihatan Kerajaan (akan diperluas secara berperingkat).
  • BookDoc – Bantu buat temujanji di pusat rawatan berhampiran. Boleh juga mengakses servis daripada pakar nutrisi dan coach kesihatan. 
  • MyUBAT – Set ubat untuk dihantar ke rumah. Tak perlu lagi ambil di hospital kerajaan. 
Tangkap layar menunjukkan aplikasi MyUBAT

DOKTOR HERO KITA

Doktor virtual atau doktor bergerak ini adalah satu inovasi rawatan yang sangat diperlukan. Kita dapat lihat keperluannya sewaktu pandemik yang telah menghadkan pergerakan pesakit dan aplikasi-aplikasi seperti inilah yang dapat membantu. Internet yang stabil juga menghasilkan keputusan dan diagnosis yang lebih jitu dan tepat. 

Dengan ketersediaan infrastruktur yang dibina Kerajaan, perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik. Kalau lah rakyat Malaysia tahu akan kelebihan teknologi, mesti semua akan menjadi bagai kacang direbus satu

Jom muat turun sekarang untuk kegunaan akan datang!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Marie Kondo Kan Ekosistem Digital Anda

Kesihatan

March 21, 2023

Kerja Kerja Juga, Belakang Kena Jaga!

Kesihatan

March 20, 2023

Aplikasi First Aid jadi HERO dalam kecemasan

Kesihatan

March 17, 2023

Benda Dah Ada, Kenapa Tak Guna?

Kesihatan

March 13, 2023

Skip to content