Usahawan Baru Kena Tick Checklist Ni! 

March 1, 2023

Keusahawanan

“Okay settle bukak bisnes, eh tapi lepas tu nak buat apa?”

Semua orang nak berniaga dan ada bisnes sendiri. Proses menjadi pemilik bisnes tidaklah mudah. Terdapat pelbagai langkah anda harus lakukan sebelum menjadi menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Memang bagus apabila melihat kejayaan mereka-mereka yang berniaga, namun anda tak tahu apakah halangan dan cabaran yang perlu dan telah mereka tempuh, serta kerugian yang mereka terpaksa hadapi.

Ilustrasi menunjukkan seseorang sedang menjulang piala di atas bukit

Jadi, untuk memastikan urusan perniagaan anda bermula dengan baik, anda kena kental dan tidak putus asa. Sebagai seorang yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan juga, anda perlu melakukan persediaan yang rapi supaya hala tuju anda tidak tersasar.

Ini checklist untuk anda tick untuk memulakan perniagaan anda. 

SEDIA UNTUK TICK CHECKLIST INI

✅ Checklist Pertama. 

Ikon  menunjukan logo  Suruhanjaya Syarikat Malaysia

DAFTAR Syarikat di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) – Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendaftar syarikat anda di SSM. Ini untuk mengukuhkan perniagaan anda. Nama pula perlu sesuai dengan jenis perniagaan. Ye lah tak kan bila orang tanya nama syarikat, anda nak jawab tak tahu? Tak pasti nama yang anda nak letak ikut syarat atau tak, ikut panduan di SINI. Proses pendaftaran ini senang sahaja. Sekarang pun boleh daftar online di SSM. Dah tak payah beratur dan untuk daftarkan syarikat anda. Lepas dah daftar, jangan lupa untuk buka akaun bank syarikat. Kenapa anda kena buka akaun bank syarikat? Banyak sebab, antaranya: 

  • Kemaskini akaun untung rugi dan aliran tunai bisnes. Bukan dalam akaun peribadi anda. Secara tak langsung boleh elak penggunaan duit bisnes tanpa kawalan. 
  • Mudahkan untuk buat apa-apa jenis pinjaman pada masa depan. Bank akan melihat kepada kekuatan kewangan anda dan ‘credit standing’ jika anda ingin membuat apa-apa jenis pinjaman. Bank akaun syarikat boleh jadi bukti duit keluar masuk dalam syarikat anda. 

✅Checklist Kedua

Ikon menunjukkan logo PERKESO

DAFTAR SOCSO – Mesti anda pernah dengan SOCSO ataupun SOCIAL Security Organisation atau, PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ia ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia.Ia lebih kurang macam sebuah organisasi insurans untuk semua pekerja di Malaysia (pekerja bermaksud majikan, pekerja tetap/sepenuh masa, dan juga pekerja sementara/sambilan). Tujuannya adalah untuk menyediakan pembayaran tunai dan faedah kepada semua pekerja berdaftar dalam kes kecemasan, kecederaan, atau kematian. Jadilah majikan bertanggungjawab dengan mendaftar syarikat anda di PERKESO. Banyak faedahnya. Nak daftar pun senang, hujung jari je boleh buat di SINI. Lepas dah daftar, jangan lupa muat turun aplikasi PERKESO ke dalam telefon. 

✅Checklist Ketiga

Ikon menunjukkan logo KWSP/EPF

DAFTAR KWSP/EPF – Ini lagi satu perkara penting untuk anda tick dalam checklist ini. Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) memudahkan lagi bayaran caruman KWSP. 

Kalau syarikat anda jenis swasta, boleh daftar online je dekat SINI. Anda juga sebagai majikan boleh daftarkan pekerja anda secara online untuk urusan mencarum. 

✅Checklist Keempat

Ikon menunjukkan logo Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

DAFTAR LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) – Kena isytihar pendapatan syarikat dan bayar cukai perniagaan.  Boleh daftar dan akses kepada maklumat berkenaan cukai di SINI. Kenapa kena bayar cukai? Menjadi tanggungjawab rakyat untuk membayar cukai, di mana hasil cukai tadi digunakan kembali oleh kerajaan untuk rakyat. Juga, untuk mengelak daripada di senaraihitam oleh LHDN. Nanti susah untuk anda mendapatkan apa-apa jenis pinjaman dan inisiatif daripada kerajaan. Silap-silap boleh dihalang daripada keluar negara. 

DAH BUAT SEMUA KAT ATAS?

Okay ini antara agensi-agensi kerajaan yang boleh bantu anda mengikut keperluan dan industri.

  1. Khidmat Nasihat MARA, PUNB, SMECorp.
  2. Mendaftar Harta IntelekMyIPO.
  3. Inovasi Produk/ProsesMOSTI, SIRIM.
  4. Pinjaman/Geran Kewangan  – TEKUNCGC, MARA, SME Bank, MOF.
  5. LatihanINSKEN, MLVK, MDEC
  6. KreatifFINAS, MyCreative Ventures.
  7. PertanianMARDI, MAFI, NAFAS, MPOB, RISDA.
  8. PelanconganMOTAC, MOF.

ALL CHECKED, NOW WHAT? 

Ilustrasi menunjukkan seorang business man yang sedang melangkah ke hadapan.

Daftar Syarikat, checked! 

Daftar SOCSO, checked! 

Daftar KWSP/EPF, checked! 

Daftar LHDN, checked! 

Barulah ada business anda lebih berkredibiliti. Semua ini boleh dilakukan dalam talian sahaja dengan ketersediaan jalur lebar. Tak perlu dah ke kaunter. Dah siap daftar semua ini, boleh lah anda fokuskan kepada bisnes anda dengan mempertingkatkan ilmu keusahawanan. Banyak online classes dan juga bantuan kerajaan yang anda boleh cari di Internet. 

Tak pasti nak mula mana? Boleh check out article keusahawanan di portal mydigital.kkd di SINI!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content