Upgrade Business ke POS CLOUD!

January 27, 2023

Keusahawanan

“Nak kena pegi kedai baru boleh akses data jualan, susah ni nak pegi bercuti luar negara nanti”.

Ilustrasi menunjukkan sistem POS tradisional dan sistem POS Cloud. Kredit imej daripada wedevs.

Kalau guna sistem POS tradisional di kedai, memang ini salah satu masalahnya. Pemilik kedai hanya boleh semak data jualan di mesin POS di kedai dan menyukarkan pantauan dari jarak jauh. Jadi susah nak bergerak ke mana-mana. Ada ke pilihan lain untuk peniaga? 

Ada, peniaga kini boleh memilih untuk guna sistem POS CLOUD. 

“Psst, POS tu bukan yang POS hantar surat tau, tapi POS di sini ialah Point of Sales … ”

Sistem POS atau Point of Sales pada asasnya merupakan mesin tunai untuk pelanggan membuat bayaran kepada jurutunai di kedai-kedai. 

POS NI ADA 2 JENIS KAN?

Gambar menunjukkan sistem POS tradisional dan sistem POS Cloud. Kredit imej daripada StoreHub.

Sistem POS Tradisional – Dipasang di lokasi kedai, kebiasaannya menggunakan mesin terminal yang agak besar, besar kemungkinan tak menyokong pembayaran melalui kad dan data jualan hanya boleh diakses di lokasi kedai. Kebiasaannya anda boleh lihat sistem ini di kedai-kedai runcit kecil. 

Sistem POS Cloud – Sistem POS yang mudah alih, data jualan boleh dipantau di mana saja anda berada melalui Cloud Storage, dan skrin paparan terminal jualan lebih murah dan mudah dengan penggunaan tablet. Anda biasa lihat sistem ini di mana-mana kedai di pusat beli-belah. 

INI ADALAH MANFAAT-MANFAAT YANG SANGAT BERGUNA UNTUK ANDA SELAKU SME:

Ilustrasi menunjukkan terminal yang menggunakan sistem POS Cloud

  • Pantau bisnes anda di mana saja – Anda boleh pantau bisnes anda menggunakan beberapa peranti yang anda inginkan di mana saja dengan kebolehan software yang boleh dilaras (sync).
  • Jimat masa pengurusan – Sistem POS CLOUD bukan saja uruskan bayaran, malah boleh hubungkan dengan software lain seperti payroll dan perakaunan. Data dari beberapa cawangan juga boleh dilihat sekali gus.
  • Menambah nilai pengalaman pelanggan (customer experience) – pelanggan boleh bayar guna pelbagai cara seperti kad, QR Pay, e-wallet dan lain-lain.
  • Memudahkan pemasaran – Sesetengah sistem POS Cloud dilengkapi dengan alat pemasaran seperti e-mel, SMS dan lain-lain. Malah ada yang boleh jejak sejarah pembelian pelanggan dan menawarkan diskaun secara automatik kepada mereka.
  • Boleh link dengan laman e-dagang – pemilik kedai fizikal boleh laraskan inventori kedai dengan laman sesawang, marketplace dan lain-lain. Pelanggan boleh ada pilihan untuk beli dalam talian atau ambil (pick up) di kedai juga!

Sistem Cloud POS ni ada banyak. Macam mana nak tahu yang mana yang terbaik untuk bisnes anda?

Ini adalah cara-cara untuk anda semak:

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki sedang memikirkan keputusan yang perlu dilakukan

  1. Banding sewaan bulanan yang sesuai dengan bajet
  2. Lihat sekiranya data laporan jualan memenuhi keperluan anda dan diselaras dengan perisian akaun syarikat.
  3. Pilih paparan (interface) yang mudah digunakan
  4. Pilih cara bayaran yang menyokong bayaran kad/e-wallet dan lain-lain
  5. Pilih yang boleh selaras inventori fizikal dan dalam talian sekiranya ada turut mempunyai platform e-dagang.
  6. Semak ciri-ciri keselamatan perisian.
  7. Semak ciri-ciri lain yang relevan dengan perniagaan anda. 

PILIHAN YANG ADA DI PASARAN MALAYSIA

Gambar menunjukkan antara sistem POS Cloud yang ada di Malaysia

Manakala ini pula adalah pilihan sistem Cloud POS yang ada dan popular di Malaysia:

SELAIN ITU BOLEH TINGKAT ILMU PEMASARAN JUGA!

Gambar menunjukkan portal MDEC (Learn For Free) yang menawarkan sesi pembelajaran dalam talian secara percuma.

Selain daripada mengaplikasikan sistem Cloud POS di kedai anda, teknik pemasaran digital yang lebih mendalam juga boleh anda pelajari untuk anda gunakan dalam bisnes. Contohnya seperti Go-Ecommerce Programme & Enterprise Development Programme. Anda boleh lihat semua program dan lihat mana yang sesuai dengan keperluan bisnes anda di sini. Apa yang paling best sekali, semua program adalah percuma!

LEBIH DI DEPAN DENGAN TEKNOLOGI RUNCIT YANG TERKINI

Ilustrasi menunjukkan seorang juruwang di sebuah kedai fesyen

Sistem POS semestinya menjadikan pengurusan kedai fizikal lebih mudah terutamanya untuk perniagaan yang mempunyai banyak cawangan. Dengan ketersambungan Internet di seluruh negara yang mantap, pemilik bisnes boleh pantau perniagaan kat mana-mana je menggunakan sistem POS Cloud.

Jadi apa tunggu lagi, lihat pilihan yang ada di atas dan pilih yang terbaik untuk bisnes anda!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content