Teknik Pelaris Paling Latest: Podcast

February 9, 2023

Keusahawanan

“Niny, apa kata kau jual produk kau dalam bentuk podcast?”

“Podcast?? tu bukan influencer ke or selebriti je yang buat?”

Industri podcast semakin mendapat perhatian dan tempat di hati rakyat Malaysia. Kadang dah bosan nak dengar iklan di radio semasa memandu. Jadi podcast menjadi pilihan alternatif. Begitu juga semasa berada dalam train atau berjogging. Boleh dengar orang bersembang mengikut topik yang kita suka nak dengar. Nak playback boleh nak fast forward pun boleh. 

Gambar menunjukkan seorang lelaki yang sedang mendengar podcast

Ada yang suka dengar podcast audio ataupun video. Dulu, boleh nampak yang ramai buat untuk hobi, iyalah sekadar suka-suka. Tapi sekarang ni, ramai dah sedar yang podcast sebenarnya boleh buat duit! Jadi ramai yang dah mula membina audiens. Itu untuk yang minat menjadi seorang podcaster, tapi untuk pemilik bisnes pula, apa manfaat yang boleh anda dapat? Tapi sebelum tu jom kita tengok sikit, apa benda podcast ini sebenarnya.

APA ITU PODCAST?

Podcast ialah rancangan audio, seperti rancangan radio, yang sedia didengari di platform-platform podcast seperti Spotify, Apple Podcasts dan aplikasi podcast tempatan yang paling popular sekarang ialah Syok. Biasanya podcast adalah rancangan audio bersiri yang ada tema tersendiri. Macam tips bisnes, kesihatan mental, fitness dan sebagainya. Kalau yang gemar dengar sambil lihat ekspresi muka podcaster dan tetamu jemputan, cari je kat Youtube, ada video podcast nya. 

OKAY, TAPI APA BISNES BOLEH DAPAT DENGAN PODCAST?

Podcast merupakan satu cara softsell di mana pemilik bisnes menjual secara tidak langsung  kepada pelanggan. Dengan membuat podcast, anda memberi nilai tambah kepada pelanggan dengan topik-topik yang bersesuaian dengan bisnes anda. Sekiranya anda pemilik jenama kek, mungkin anda boleh ambil topik mengenai di sebalik tirai bisnes kek, cerita pelanggan-pelanggan kek yang menarik & menyentuh hati dan sebagainya.

#1 POTENSI MENDAPATKAN PELANGGAN BARU

Ilustrasi menunjukkan magnet yang menarik pelanggan-pelanggan
  • Pertama, orang yang berbeza mengikuti podcast daripada blog. Jadi anda dapat meluaskan lingkungan audiens.
  • Kedua, mereka yang mengikuti kedua-dua media menggunakan podcast apabila apabila mereka tak dapat membaca. Contohnya semasa bersenam dan berulang-alik ke mana-mana, semasa penyediaan makanan dan pembersihan, dan sebagainya.
  • Ketiga, konten podcast yang seronok didengari dan bermanfaat akan turut tersebar melalui perkongsian word-of-mouth. Jangan tak tahu ada je pendengar podcast yang bersemangat!

#2 BINA JENAMA SENDIRI

Ilustrasi menunjukkan pembinaan brand yang merangkumi segenap aspek
  • Tak kira podcast atau blog, kedua-duanya membolehkan anda menyampaikan pengetahuan dan memberikan hiburan kepada pendengar. 
  • Cuma podcast lebih tertumpu kepada audiens yang gemar mendengar audio berbanding bahan bacaan atau visual. 
  • Apabila pelanggan dan bakal pelanggan mendengar suara pemilik bisnes atau podcaster yang diupah untuk mewakili bisnes dalam podcast, ia meyakinkan pelanggan yang bisnes anda adalah legit. Ini seterusnya akan mengukuhkan kredibiliti jenama anda. 
  • Janganlah pula sepanjang topik perbualan dalam podcast anda cerita mengenai produk. Setiap kandungan yang dipilih boleh berselang-seli dengan promosi produk. Hard sell & soft sell. Kaitkan setiap topik perbualan dengan produk jenama anda pada hujung atau pertengahan segmen.
  • Di samping memberi pengetahuan dan hiburan, anda juga boleh mengajak mereka mengenali brand anda.

#3 LEBIH RAPAT 

Ilustrasi menunjukkan 3 individu bersembang
  • Format podcast kebiasannya lebih santai dan bahasa yang digunakan adalah kasual. 
  • Jadi ia menjadi mudah dan seronok didengari. Rasa macam dengar kawan sendiri bercerita dan inilah yang perlu dimanfaatkan bisnes. 
  • Kandungan yang sesuai juga boleh merapatkan jurang dan bina kepercayaan kepada para pendengar.
  • Pelanggan dan bakal pelanggan akan rasa lebih dekat dengan jenama. Jika anda promosikan produk dengan secara tak berlebihan mesti mereka akan rasa “eh nak belilah, macam best!”
  • Lagi satu, Kkandungan yang dipilih perlu realistik, relatable, catchy, trending, tak bias dan paling penting kreatif.

#4 KERJASAMA UNTUK MASA DEPAN 

Gambar menunjukkan salah seorang pemenang di Anugerah Syok Podcast 2022. Kredit imej daripada budiey.com.
  • Bayangkan kalau podcast anda sudah terkenal, mesti akan ramai kerjasama strategik yang datang.
  • Mana tahu anda boleh buat kolaborasi dengan jenama berkaitan yang lain dan join venture produk.
  • Contohnya kita sambung contoh jika anda pemilik jenama kek. Anda boleh berkolaborasi dengan jenama minuman. Gabungkan pengaruh brand anda dan brand jenama minuman untuk dapat exposure yang lebih tinggi melalui podcast. 
  • Jika audiens dah meningkat, orang suka konten yang anda ketengahkan, silap hari bulan boleh menang award.
  • Haa anda tahu tak,  podcast pun ada anugerah tau! Contohnya, “Thinker Studios” dan “Studio Sembang” terima Anugerah Syok Podcast 2022 bagi kategori Program Podcast Persendirian. 

#5 MENINGKATKAN TRAFIK UNTUK LAMAN SESAWANG

Ilustrasi menunjukkan trafik laman web yang meningkat
  • Kalau pemilik bisnes cakna digital mesti anda dah ada laman web sendiri, mungkin laman e-dagang juga dan pastinya media sosial. 
  • Dah alang-alang buat podcast, kena la halakan trafik ke arah laman web atau mana-mana destinasi talian yang anda mahukan
  • Jadi jangan lupa masukkan CTA (Call-to-Action) untuk halakan pendengar ke laman web ke dalam skrip podcast. Penting tau yang ini.
  • Lepas dengar je mesti mereka akan mula taip dalam browser, kan trafik dah naik macam itu.
  • Boleh la anda masukkan juga podcast di dalam website. Jangan lupa untuk sentiasa update laman web dengan siri podcast terbaru kerana ini juga salah satu faktor yang boleh meningkatkan page ranking laman web anda di enjin carian.

BEST INI, ADA SATU LAGI PLATFORM BOLEH GUNA!

Ilustrasi menunjukkan podcaster dan pendengar 

Platform digital marketing sememangnya banyak tersedia dan hanya tunggu masa saja untuk diutilisasikan. 

Bukan saja untuk individu malah banyak juga manfaatnya dalam membantu usahawan dalam membina imej dan menjadi pelaris produk. Bayangkan kalau ramai sudah tertarik dengan podcast anda, tanpa disedari jenama anda akan diangkat dan mula dipercayai.

Jom set studio untuk podcast sekarang! Anda hanya perlukan telefon, mikrofon/earphone dan platform seperti TikTok, Youtube, Spotify dan sebagainya. Pastikan konten ada hook dan ikut apa yang orang nak dengar. Bukan syok sendiri je. Tapi jangan lupa juga yang paling penting, liputan Internet yang stabil! Tapi dah dimungkinkan dengan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan.

Tunggu apa lagi itu, jom la mula!

Penulisan oleh Qareena Ramlee

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content