SENDPARCEL Oleh POS Laju : 6 Sebab Anda Mesti Cuba

January 5, 2023

Keusahawanan

“Parcel dah sampai dengan selamat, terima kasih Tuan”. Satu ayat yang menggembirakan para peniaga atas talian. 

Semakin lama semakin ramai meniaga online, kaunter pos pun makin penuh. Sebagai seorang usahawan, anda mesti tercari-cari kurier terbaik untuk menghantar parcel jualan anda. Dengan pelbagai penawaran perkhidmatan penghantaran barang, kadang-kadang pening juga nak fikir pilih yang mana. Tak payah fikir lagi, mudahkan kerja, gunakan SendParcel je.

Ilustrasi menunjukkan peniaga membuat pesanan kurier dan pekerja menghantarnya melalui POS Laju SENDPARCEL. Kredit imej daripada The Malaysian Reserve.

APA ITU SENDPARCEL

Pos Laju sinonim dengan penghantaran surat. Tetapi dengan SendParcel, barangan pun boleh dihantar juga. Permudahkan penghantaran anda dengan Pos Laju SendParcel, platform penghantaran dalam talian di mana anda boleh membuat dan mengurus penghantaran anda pada bila-bila masa dan dari mana saja anda berada. 

Anda boleh memilih daripada 8 pelan pakej prabayar yang datang dengan kadar dan faedah yang menarik untuk memenuhi keperluan penghantaran anda. Hanya tambah nilai akaun anda dengan kredit untuk memulakan penghantaran, jadualkan perkhidmatan pengambilan percuma, muat naik secara pukal dan cetak Nota e-Konsainan dengan mudah.

KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN SENDPARCEL? INI 6 SEBAB

1. Kadar penghantaran kompetitif. SendParcel menawarkan kadar penghantaran kompetitif daripada perkhidmatan lain. 

Gambar menunjukkan pakej kadar penghantaran daripada SendParcel

2. Penghantaran domestik dan internasional. SendParcel juga menawarkan penghantaran domestik dan internasional kepada pelanggannya. Jadi peniaga dalam talian yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara boleh cuba guna SendParcel. 

Ilustrasi menunjukkan penghantaran yang dapat dibuat di seluruh dunia

3. Pick-up berjadual. Ini perhidmatan paling “convenient”. Dengan “pick-up” berjadual, anda sebagai usahawan boleh menyusun dan membuat jadual “pick-up” barangan anda secara berkala. Jadi tak perlu risau nak kena selesaikan penghantaran barangan yang banyak. 

Ilustrasi menunjukkan seorang pekerja mengambil parcel untuk dihantar ke desinasi

4. Pilihan perkhidmatan pembayaran yang anda boleh sesuaikan dengan perniagaan anda.  

Gambar menunjukkan pilihan perkhidmatan pembayaran yang ditawarkan

5. Lebih daripada 1000 tempat penghantaran di seluruh negara. Tak ada masalah untuk anda meluaskan jaringan perniagaan anda. 

6. “Easy Accesskepada tempat drop-off di Pos Laju Ezi Drive dan Pos Laju EziBox. Urusan dipermudahkan dengan keberadaan Pos Laju Ezi Drive dan Ezibox yang merata di seluruh Malaysia.

Gambar menunjukkan Pos Laju EziDrive Thru dan Pos Laju EziBox

Anda juga boleh tonton video di bawah untuk pemahaman lebih lanjut.

MUAT TURUN APLIKASI SENDPARCEL DAN GUNA SEKARANG!

Paling penting, anda hanya memerlukan capaian Internet yang bagus untuk menggunakan perkhidmatan ini. Boleh muat turun aplikasi sekarang di Google Play dan App Store. Begitulah dengan adanya teknologi, sesuatu pekerjaan pasti akan lebih mudah.

Ditambah dengan inisiatif PAKEJ (Pelan Accelarator Kurier Negara) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), perkhidmatan penghantaran kurier semakin bertambah baik. Dengan pelan ini sesiapa saja terutamanya usahawan boleh meluaskan rangkaian penghantaran barang. Ini termasuk usahawan yang bermula dari rumah dengan adanya sambungan Internet fiber. 

Dengan peluasan liputan, peningkatan akses dan fleksibiliti kepada pengguna, di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan (QoS) bagi menzahirkan pengalaman pelanggan yang lebih lancar selain daripada menyokong pertumbuhan industri e-dagang.

Selamat berniaga dan semoga berjaya!

Penulisan oleh Arshad Adam

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content