Pecut Bisnes Anda dengan 2 Program Coaching Mampu Milik!

January 4, 2023

Keusahawanan

“Penat lah promosikan produk tapi stok tak jalan. Sales pun tak seberapa. Apa yang tak kena sebenarnya? Buntu juga kalau fikir sendiri nak kembangkan perniagaan ni.”

Inilah antara cabaran yang dihadapi usahawan. Kurang ilmu untuk sesetengah perkara dalam perniagaan, buntu bila tak ada bimbingan. Lepas itu boleh jadi hilang semangat juga bila tak ada sokongan ini. Tapi yang lebih merunsingkan, nak dapatkan bimbingan luar itu boleh makan beribu ringgit!

Tapi untuk semua usahawan, jangan bimbang. Sebenarnya ada sokongan kerajaan melalui program di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Antaranya INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Online Onboarding Coaching Programme(E-BOARD).

Jadi, mari semak apa yang menarik dalam dua program ini untuk perkasakan kemahiran dan perbaiki perniagaan anda.

PROGRAM APA SEBENARNYA?

1. IBBC (INSKEN Bumiputera Business Coaching)

Gambar menunjukkan dua wanita berbincang tentang perniagaan.

Program ini akan bagi bimbingan komprehensif daripada individu dan tokoh berpengalaman dalam industri tau. Anda akan ada akses untuk belajar dan timba pengalaman daripada tokoh industri untuk tempoh 4 bulan. Paling best, ada lebih 11 industri yang ditawarkan seperti bakeri, food truck, barber shop, restoran dan sebagainya.

Tujuan program ini tak lain tak bukan, akan bantu anda tingkatkan kemahiran sebagai usahawan dan prestasi perniagaan. Kalau anda dah berniaga sekurang-kurangnya 2 tahun, program ini sesuai sangat.

2. E-BOARD (Online Onboarding Coaching Programme)

Gambar menunjukkan logo bagi program E-Board.

Untuk program ini pun 4 bulan juga tempohnya, cuma lebih fokus pada pemasaran digital dan online. Anda akan dapat latihan, bimbingan (coaching) intensif dan hand-holding daripada pakar-pakar penjualan dalam talian.

E-board ini pula akan pastikan anda berjaya digitalkan bisnes dan mahir dalam sales dan marketing online. Contoh macam nak guna Whatsapp Business, nak guna media sosial, nak guna Lazada, Shopee dan sebagainya. Memang sesuai untuk beginner dalam digital.

BETUL KE BERKESAN, ADA SUCCESS STORY?

Peserta program IBCC iaitu Puan Dayang Hartini binti Abang Ismail dah berjaya buktikan. Beliau mampu capai peningkatan jualan sebanyak 147%, untuk kategori jualan pasaraya! Beliau belajar untuk tambah baik bungkusan produk jadi lebih menarik. Selain tu, banyakkan lagi usaha pemasaran online.

Daripada IBCC ini lah beliau dapat kukuhkan pemasaran dan penjenamaan dengan ilmu dan bimbingan. Bila ada bimbingan daripada mentor yang datang daripada industri sendiri, memang lagi cepat boleh maju!

MANA SATU, IBCC ATAU E-BOARD?

Ini pula perbandingan jika anda masih tak pasti mana yang lebih sesuai dengan bisnes anda. Anda juga boleh buat keputusan dengan menilai jenis skil dan ilmu yang perlu anda tambah untuk majukan bisnes. 

Gambar menunjukkan perbandingan kedua-dua program

KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA

Mesti anda dah nampak macamana 2 program ini akan bantu anda sebagai usahawan. Sebenarnya memang banyak inisiatif menyeluruh yang disediakan kerajaan. Tak kira lah yang bantu perniagaan untuk pendigitalan atau pengurusan. Ada penyelesaian untuk semua lapisan usahawan.

Akan datang ada banyak lagi industri yang dibuka untuk bimbingan IBCC. Dengan ketersambungan internet dan teknologi 5G yang makin berkembang, rugi kalau anda tak rebut peluang latihan E-Board ini. Bisnes sekarang semua kena ada dalam talian.

Jadi kalau nak tahu lebih lanjut, pergi saja ke laman web rasmi INSKEN ini. Semoga bermanfaat!

Penulisan oleh Addin Dyna

Kongsi maklumat ini
Kandungan Berkaitan
Freelancer! Dah Buat Semua ni Belum?

Keusahawanan

March 17, 2023

Edit Video Pakai Phone je - 4 Pilihan Aplikasi

Keusahawanan

March 15, 2023

Slogan Singkat Yang Melekat - Inspirasi Usahawan!

Keusahawanan

March 13, 2023

Small Business? Ini 5 Cara Untuk Website Awesome!

Keusahawanan

March 9, 2023

Skip to content